nufnang

Selasa, 1 Mac 2011

Banyak Juga Khar masuk Paper... Nie masa Karib dulu.....

Harian Metro




UPSI prihatin mangsa banjir







KUALA LUMPUR: Selepas utara tanah air, nasib mangsa banjir di pantai timur kini terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak yang menyerahkan RM3,812 menerusi Tabung Bencana The New Straits Times Press (M) Bhd - Media Prima (NSTP-Media Prima).
Pengarah Program Karnival Insaniah Bestari 2011, Noor ‘Isam Md Noor berkata, kutipan sumbangan diterima daripada pelajar menerusi karnival anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid yang berlangsung pada 13 hingga 16 Januari lalu.


“Menerusi karnival ini, kami dapat menyaksikan sambutan pelajar dan kakitangan UPSI yang prihatin dengan mangsa bencana alam. dengan memberi derma bagi membantu meringankan beban mereka.
“Penubuhan tabung bencana ini adalah tepat pada masanya malah sebagai satu cara pelajar dapat berbakti kepada masyarakat sesuai dengan konsep kemahiran insaniah Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan keprihatinan mahasiswa kepada golongan yang memerlukan,” katanya.


Katanya, tabung kutipan derma mula dilancarkan pada 26 Disember tahun lalu dan berakhir 16 Januari lalu dan hanya dalam dua minggu berjaya mengumpul jumlah itu menunjukkan komitmen semua pihak terutama pelajar keempat-empat kolej UPSI begitu membanggakan.


Sumbangan diserahkan Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Nor Azman Mohd Ramli kepada Eksekutif Jabatan Komunikasi Korporat NSTP, Mohd Rizzuan Abd Razak di Balai Berita, di sini, semalam.


Ni link yang khar pernah masuk untuk program sebelumnya...


Harian Metro..
Berita harian...

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...