nufnang

Isnin, 2 April 2012

sEMANGAT sEMUT DALAM BEKERJA

Assalamualaikum

Semalam aku telah belajar sesuatu daripada semut.. Sungguh, mereka atau haiwan kecil ini telah mengajar aku tentang kepentingan kerjasama dalam bekerja.

2 hari aku membuat pemerhatian terhadap semut dengan memberikan sedikit makanan. Allah, aku terpegun melihat semangat kerja yang ditonjolkan oleh mereka. Tiada kepentingan kepada diri sendiri tetapi kepentingan untuk keluarganya atau keluarga semut. Caranya mudah, sedikit makanan telah aku letakkan di laluan semut yang keluar bekerja. Subhanallah, sekejap sahaja semut2 lain telah datang untuk membantu untuk membawa makanan pulang.. Walaupun makanan itu besar, namun bebanan dipikul bersama.. tak sampai 2 jam, semua habis dibawa pergi.


Aku membandingkan situasi semut dengan situasi manusia masa kini.. Masyaallah, jauh bezanya, kita
( manusia ). Terlalu banyak kepentingan kepada diri sendiri tanpa memikirkan saudara2 kita yang lain. 

Jika masyarakat kita x dapat mengambil semangat kerja semut, tak lama lagi, tergadai negara dek kerana sikap pentingkan diri sendiri.. Hari ini, umat islam bergaduh sesama sendiri dan ada menolak kebenaran islam demi kepentingan politik. Sungguh, aku sedih melihat hal ini dan kadang kala aku malu dengan sikap segelintir masyarakat kita yang sanggup butakan mata, telinga dan hati bagi memuaskan nafsu sendiri...

Akal diberi untuk berfikir baik dan buruk sesuatu tindakan.. jadi, fikirlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...