nufnang

Sabtu, 25 Februari 2012

Petua : Air beras lembutkan muka dan hilangkan minyak..

Wah, percaya atau tidak, air beras sebenarnya merupakan salah satu pertua kecantikan masa dulu. Skarang ramai dok pakai produk dari kedai, dah x guna dah semua nie..

Tahukah anda yang produk dari kedai lambat berkesan kerana kandungan bahan-bahan adalah sedikit. Tapi kalau dicuba guna air beras.. lepas basuh terus boleh rasa.. hehe

Aku nie bukan apa, tengok orang dok basuh beras, pas 2 air dibuang saja, rugi rasanya... So, ari nei aku ajar korang yang nak muka lembut dan licin ( walaupun muka aku x berapa licin tapi bila buat rasa kesannya). Caranya begini.. selepas basuh beras, airnya disimpan atau terus dibasuh kemuka, senang kan.. biar selama 5 hingga 10 minit.. Lepas 2 bilas dengan air bersih.. 

Apa, geli,? ok, kalau rasa geli, air basuhan jangan ambik yang pertama, tapi ambik le yang kedua atau ketiga untuk cucian, kiranya lebih ok kan. 

Satu lagi.. sapa yang minat tanam pokok.. guna air beras juga sebagai air siraman.. subur nanti pokoknya dengan izin Allah.

Sabtu, 18 Februari 2012

International youth exchange ( IYE ) Malaysia 2012

Assalamuaikum..

UNtuk pengetahuan semua. Bulan  nie aku ada join program seperti d atas.. Perh, kira salah satu program yang besar jugak yang aku join stakat nie..

Peserta yang join dalam program nie adalah dari serata dunia. Ada dari Korea, Nepal, Pakistan, Indonesia, Filipina, Mogolia dan Malaysia.. 

Mula masuki ingat akan ada masalah le jugak kerna dah peringkat antarabangsa. Tapi sepanjang perjalanan program semuanya berjalan agak lancar. Program 9 hari nie kalau dilihat agak padat namun masa berjalan x terasa sebab best sangat..

Antara pengisian yang ada seperti keluarga angkat, lawatan ke tempat agama, perkemahan dan isian lain..
Tempat berprogram juga sering berpindah randah membuatkan minda terbuka dari masa ke semasa.


Kesan yang paling ketara sepanjang perjalanan program nie adalah ukhwah diantara peserta diibaratkan keluarga. dan yang paling penting ada segelintir daripada peserta luar mula tertarik dengan ISlam kerana mereka merasakan apa yang dipaparkan di media massa adalah jauh berbeza dari kenyataaan sebenar.. Islam dikatakan agama tertutup yang mana tidak bercampur dengan bangsa lain..

KAlau ada program sebegini lagi.. aku mengangkat tangan untuk menyertainya lagi... 

" ONE FAMILY UNDER GOD "

INILAH CEBISAN KENANGAN YANG DAPAT KUSELITKAN BERSAMA PENULISAN RINGKAS INI..

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...