nufnang

Memaparkan catatan dengan label budak khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label budak khas. Papar semua catatan

Ahad, 15 Januari 2012

Hebat budak nie. 2 tahun, tapi bahasa isyarat dah cair.

Assalamuaikum

NIe video berkenaan dengan budak bermasalah pendengaran yang berkomunikasi dengan ibunya menggunakan bahasa isyarat. Nice n clever.


Bila tengik balik, aku yang blaja kod tangan pon kalah. haish. nie yang kena praktis lek lok nie.. 

Jumaat, 6 Januari 2012

Pra Graduasi Pendidikan Khas 2008/2009.. Meriahnya..

..Assalamualaikum..

Sebenarnya nie kisah sudah dekat seminggu berlalu tapi aku br nak update cni. HEh

TArikh 30 dan 31 menjadi saksi kepada semua budak khas upsi yang mana hubungan 3 tahun setengah sememangnya erat dan terjalin kukuh seperti ikatan tali rapia.. hehe

Komen aku, seronok sangat dapat bersama untuk terakhir kalinya bg tahun lepas dan akan dibuat lagi.. INsyaalllah

NIe sedikit picisan kenangan yg aku ambik daripada D 'jati katering @ Hafiz.. Sapa rasa nak shoot ke apa ka untuk wedding atau pic kenangan leh le call dia.. Dia sahabat aku
...................................................................................................................................................................
SLOT 1
.. Main lumpur.. 

Peh, best gila.. dah lama x bekubang sebegini.. haha. Cam balik ke dunia kanak2 jak... 

aktiviti team work

Ujian individu..

peserta yang mengambil tempat.. Geng belakang sana sebagai pemantau jarak jauh.. kiki

Apa pon, kita posing dulu.. hahaha.
...................................................................................................................................................................
SLOT 2
..bbq, karok, tukar hadiah..

TQ kepada chef2 kita

KHas dr Dr. Rahim... 

...................................................................................................................................................................
SLOT 3
..sukaneka, nk main air..

Nie ari last.. Banyak aktiviti yang dibuat sebenarnya.. Dari naik bukit, redah sungai, makan epal, isi air dalam belon dan lain-lain... Arhhh.. Banyak sangat.. Saksikan ckit2 sudah la yea..

Mereka yang berjaya menawan anak BUkit Samak.. TAhniah diucapkan.. hehe

Main TIub lagi 2.. Hanyutkan diri.. NIce apa.. best


Hadirnya mereka melengkapi sebahagian hidup

..............................................................................................................................................................

Nie je yang boleh aku paparkan, yang lain biarlah kekal menjadi kenangan antara kami budak khas sahaja... 

Apa pon, kepada kawan2 semua, moga anda mempunyai haluan yang terbaik selepas nie. INgat aku selalu dalam doamu... 

..SEKIAN..

Jumaat, 9 Disember 2011

Pau Tanjung Malim n Aman Gado-Gado.. Yummy

Dua Tiga Empat hari nie aku dok lapar je kejenya.. Hmm

Dok kira-kira, nak makan kat umah je tapi kekawan punya pasal p la makan luar, Ye la, x sampai sebulan lagi ada kat cni... X pa la berkorban ckit kan.. Tapi pulus pon nipis je kat poket de.. lala

Dalam 2 3 hr nie juga baru aku jumpa benda yang jarang aku makan kat mana2 tempat dan pertama kali kat Tanjung Malim.. 

Apa dia, ceritalah... SAbaR2 ye semua..

Bermonolog plok mamak nie... Tet.. Apa yang aku makan? sedap ka... Hmm...nak tau ke... kuikuikui... Menyampah.. Sudah2.. Pening nak menulis banyak2 kakaa

Aku makan nie je.. Tet

PAU & GADO-GADO

Yummy.. Ok pertama adalah PAU yang aku makan ngan bebudak Khas dekat ngan KFC. X ingat le pa nama peniaga n kedainya.. Tapi boleh tahan la...

Penangan PAU Tanjung MAlim.. Jadi x brapa nak Betul Bebudak Nie.. kaka

OK, 2 pasal kui PAu, skarang p Plok Gado2.. Masa P Indonesia dulu teringin nak makan, tapi dihalang takut ada pencemaran coz Kencing Tikus ngah kuat.. Last skali jumpa kat TAnjung Gak... 

Promosi ckit.. Sapa nak rasa leh p kat Medan Selera Dekat ngan Balai Polis.. NAma kedai AMAN GADO_GADO.. hehe

Makan Petang tadi.. Sedap le jugak.. Ada masa nak p lagi... JOM...

ABC pon ada gak tapi aku anggap sekadar peneman Gado-Gado...hehehe. Lapar le plok... 

Sekian

Jumaat, 25 November 2011

Budak Khas: Semalam D'KFC

kok, kok, kok...

Dengar x? x.. hmmm.. memang le, sebabnya ku tulis.. hahaha

K, semalam aku p le makan KFC ngan Budak Khas ( bakal Cikgu ) hehe.. Melayan jak le kejenya.. 

Tapi kecewa, bagai semua x kena ngan makanannya.. Hmmm Tempat... Tet.. 

Melayan menatang nie.. sluppp.. eh, ada oreo. haha
K-pop ka pa... 
Muka kemasinan.. auhh...
Insan yang x kesah masin ka apa ka.. layan jak orangnya
Nie le geng2 yang datang.. Ada lagi dua orang diasingkan ke kelas VIP.. huhu

KOmen prestasi kfc xxx

Selasa, 25 Oktober 2011

Ciri-ciri individu Autisme..

Masa dok tengok2  terjumpa la satu pic berkenaan ciri-ciri autisme. Mungkin ramai yang x tahu jadi, aku nak kongsi agar korang yang x tahu akan dapat mengenali dan lebih prihatin terhadap golongan ini.

nak tengok lagi leh ke NASOM

Rabu, 19 Oktober 2011

Thank 4 everything.. Always remember me, Zulhairi Zulkifili

..............

8 sem berada d Upsi, 8 sem jugak aku mengenali mereka. Dari hari pertama sudah aku mengenali..

Setiap sem Wajib ada gambar bersama.. Tak pernah miss. 

Semalam dapat ini


Sebagai ingatan selalu, aku ternak le kekura kat blog nie.. 

Sekian

Selasa, 11 Oktober 2011

Susah nak bagi yang sempurna

Pagi doh ni

Baru dapat tenet, jadi pagi pon pagi la update yea.. 

Kisah semalam. Apa? hehe, sesi photografi budak Pendidikan Khas. Maap la kat yang lain yang tak dapat maklumat dan sebagainya.. Semua berlaku mengejut coz pada kali pertama  bertanya semua kata TAK, TIDAK, TAK NAK dan sebagainya.. Semua menolak.. Tapi aku nie terhimpit coz ari2 Pihak sana mesej katanya Wajib.. 

Jadinya, ambil la jugak untuk Alumni UPSI. X ramai yang datang.. TApi ok la ada wakil yang sanggup turun padang... Kepada yang terasa, Aku mintak maap la, semua dah desak dan mendesak. Moga paham...

Secebis kenangan nie untuk anda... 


Kepada yang membeli gambar, nanti dalam masa 2 minggu akan sampai.. Yang tempah gambar nanti boleh bayar kat aku nanti masa kelas... Ada 2 orang x bayar deposit lagi... 

Isnin, 16 Ogos 2010

budak khas jual jus... kat kuo... best sangat.. satu just RM 1.00

Nie adalah gerai persatuan pendidikan khas... tahun lepas bukak gak n sambung tradisi, so bukak la tahun nie....

Walaupun dok ujung skali, namun aku rasa cam ada tarikan tersendiri coz pengunjung yang pernah beli pasti kembali.. cewah..


Antara pekerja dan pembeli.. yang mana satu?? cuba teka


Apa2 berkaitan dengan gerai nie pasti "special" hahaha


Pelayan yang riang... lalalallala

Jumaat, 13 Ogos 2010

oku x cam dulu....

OKU penglihatan pun berfacebook




SUATU ketika dahulu buku-buku dalam bentuk Braille menjadi ‘jendela’ kepada golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan mendekati dunia luar.
Medium Braille boleh diibaratkan sebagai teman setia kepada golongan itu untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan maklumat dalam mengharungi kehidupan seharian mereka.
Bahkan, golongan itu tidak pernah mengenal erti jemu memikul buku-buku Braille yang tebal semata-mata untuk menambah ilmu di dada sama seperti orang normal lain.
Bagaimanapun, keterbatasan mencari bahan bacaan dalam bentuk Braille kadangkala menyukarkan OKU penglihatan menggunakan imaginasi mereka mengenali dunia luar dengan lebih mudah dan berkesan.
Kini golongan OKU penglihatan mempunyai alternatif dengan hanya menggunakan hujung jari mereka untuk memperoleh segala maklumat iaitu dengan melayari laman web.
Mungkin kedengaran agak pelik tetapi kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini membolehkan golongan OKU penglihatan menikmati kemudahan tersebut seperti orang lain.
Ini dibuktikan apabila lebih 700 OKU penglihatan dilatih Jabatan ICT Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur dalam memahirkan diri menggunakan kemudahan capaian tanpa sempadan itu.
Pengurus Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi MAB, Silatul Rahim Dahman berkata, program melatih golongan OKU penglihatan di MAB telah bermula sejak tahun 2005 lagi.
“Perkembangan teknologi banyak membantu golongan OKU penglihatan hidup berdikari dengan lebih mudah dan sempurna.

TEKNOLOGI canggih membolehkan OKU penglihatan juga malayari laman sosial seperti Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan.


“Dengan menggunakan teknologi yang serba canggih ini, ia membuka peluang pekerjaan dan pendidikan kepada golongan OKU penglihatan,” katanya ketika ditemui Kosmo!.
Silatul Rahim menambah, program melatih golongan OKU penglihatan mengambil masa selama lima hari sahaja untuk memperkenalkan asas pengkomputeran kepada mereka.
“Selepas lima hari menjalani latihan asas, mereka boleh melakukannya di rumah.
“Kebiasaannya, saya akan memberi tempoh sehingga tiga bulan untuk mereka memahirkan diri dalam penggunaan perisian dan komputer,” katanya yang mendapat pendidikan pengkomputeran di Amerika Syarikat.
Sambil rancak berbicara, kelihatan salah seorang pengunjung tetap makmal komputer MAB begitu asyik melayari laman web.
Bahkan, hebatnya lelaki itu dia begitu mahir mengendalikan papan kekunci komputer dengan menggunakan hampir semua 10 jarinya, sesuatu yang mungkin tidak boleh dilakukan oleh orang celik penglihatan sendiri.

SILATUL RAHIM menunjukkan cara penggunaan PDA Pacmate yang menelan belanja RM16,000.


Apatah lagi papan kekunci yang digunakannya juga tidak mempunyai sebarang abjad Braille.
Hakikatnya, lelaki itu sebenarnya perlu menghafal setiap butang di papan kekunci untuk melancarkan penggunaan komputer.
Perisian pembaca layar
Kongsi Silatul Rahim, bagi memastikan OKU penglihatan dapat melayari Internet penggunaan perisian pembaca layar (screen reader software) telah dipasang di dalam komputer.
Katanya, perisian itu membolehkan OKU penglihatan mendengar output yang keluar di komputer dalam bentuk audio.
“Terdapat beberapa perisian yang digunakan termasuk Job Access With Speech (JAWS), Window-Eyes dan NonVisual Desktop Access (NVDA).
“Banyak perisian boleh digunakan oleh OKU penglihatan kecuali berbentuk imej,” katanya.
Bagaimanapun, dia menambah, laman web yang dibangunkan perlu menepati Web Accessibility agar golongan OKU dapat menggunakannya.
Katanya, Web Accessibility itu akan memainkan peranan penting agar semua isi kandungan di laman yang dilayari dapat dibaca.

PENGGUNAAN mesin taip Braille bakal digantikan sepenuhnya dengan sistem pengkomputeran satu hari nanti. - Gambar hiasan


“Sebagai contoh jika laman web berkenaan mempunyai gambar, ia perlu melabelkannya dalam bentuk teks agar perisian pembaca layar dapat membacanya.
“Di kebanyakan negara maju, ciri-ciri ini diwajibkan oleh pembuat polisi mereka agar OKU dapat melayari Internet khususnya laman web kerajaan,” katanya.
Pada tahun 2008 MAB juga telah melancarkan kempen Web Accessibility untuk memupuk kesedaran kepada pembangun laman web di negara ini tentang kepentingannya.
Peralatan mahal
Silatul Rahim menyeru kepada semua pembangun laman web, pembikin polisi dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar mengambil kira kepentingan golongan istimewa.
“Saya juga berharap skim subsidi dapat diberikan kepada golongan istimewa khususnya kepada mereka yang ingin membeli peralatan khas.
“Ia perlu dipertimbangkan kerana peralatan khas golongan OKU bukan dijual pada harga yang murah,” katanya.
Sambil berjalan Silatul Rahim menunjukkan pembantu peribadi digital (PDA) jenama Pacmate keluaran Freedom Scientific yang menelan belanja sehingga RM16,000.
Pada kebiasaannya, peralatan khas itu digunakan oleh golongan profesional OKU penglihatan seperti peguam, wartawan dan sebagainya.
Sementara itu, Mohd. Romadi Ibrahim, 40, berkata, dia mula berjinak-jinak dengan komputer sejak tahun 1992 lagi.

PENGGUNAAN al-Quran digital juga bakal memberi peluang kepada OKU penglihatan hidup lebih normal.


“Ia tidak begitu sukar dikendalikan kerana dia sudah biasa menggunakan mesin taip Braille.
“Perbezaannya adalah mesin taip tidak mempunyai audio yang dapat membantu memudahkan tugasan,” katanya.
Bagi Jamaluddin Rashid, 44, yang telah menggunakan teknologi pengkomputeran sejak tahun 2003, dia menghadapi kesukaran memahirkan diri pada peringkat awal mengendalikan komputer.
“Agak pening juga hendak mendengar audio tetapi minat mendalam terhadap teknologi tidak mematahkan semangat saya mempelajari komputer.
“Ia juga banyak membantu dalam memudahkan mendapat maklumat khususnya apabila dapat membaca akhbar dan bahan-bahan rujukan,” katanya.
Ujarnya, dia juga menggunakan laman sosial Facebook untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan.
Katanya, kemajuan ICT banyak membantu OKU penglihatan berdikari tanpa bantuan pembantu apabila menulis surat dan sebagainya.

Selasa, 27 Julai 2010

OLahraga sem 1... group terhebat n ceria... lalala

Lama sudah aku dok simpan gambar-gambar nie... Takut pe2 jadi kat laptop, so aku masukkan sebanyak mungkin gambar2 dalam blog aku... 

Nie semua gambar masa kat padang UPSI... masa olahraga sem 1... KIra masa nie muda lagi, hehehe... Muka kawan aku pun x banyak bulu n sekutunya.


Hari last Olahraga... kiranya kami kumpulan yang paling ceria dari semua group yang ada... jangan jelez... lalalala


Helmet yang menyelamatkan kami...


Leh tersesat lak jantan nie... Masuk siap golek2...


Kumpulan Juara... masi sedar dalam ingatanku... best masa nie


Tangan2 budak khas yang ????

Sabtu, 17 Julai 2010

Kisah lama yang menjadi kenangan....

Atas permintaan seorang sahabat, so, aku masukkan la juga gambar yang lama... Pe pun, kenangan kini diimbas kembali... 

Pe pun, harapan moga hubungan kita terus terjalin walau apa pun badai menimpa.....
 sayang semua






posing gila-gila daripada budak khas lelaki...

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...