nufnang

Memaparkan catatan dengan label love books. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label love books. Papar semua catatan

Khamis, 11 Oktober 2012

Novel pilihan : Cinta kau dan aku

Bismillah

Kali nie aku beli novel yang sebenarnya dah lama keluar tapi baru terbeli.. Gara2 tulis 'bestseller'
jadi x salah mencuba.. Skarang kena kaji skit sebelum beli sebab ada sebijik dua yang memang hambar je ceritanya.. rasa rugi bila dah abis baca..

CINTA KAU & AKU

Itulah tajuknya.. cerita yang agak menarik dengan konfik yang x sudah. Peleraian yang bagus membuat mata aku nie berkaca-kaca.. Berkaca je pon.. x nangis ah.. hahhaha

Kalau ada kesempatan.. Try le baca.. memang best wei... 


Kepada yang nak baca.. sila cari.. susah wei.. laju jak habis bila dah ada stok.... 


Isnin, 13 Ogos 2012

Contengan Jalanan - I - fend

BIsmillah

Masya Allah. Sungguh, bakat yang Allah berikan kepada penulis ini yang dikenali sebagai Hlovate amat besar.. Dengan penulisan sahaja mampu membawa pembaca untuk berubah sama ada secara langsung atau tidak langsung.. 

Penulisan yang berkaitan realiti masa sekarang sehinggalah berlaku satu lonjakan dalam hidup sampai memusingkan gaya hidup 180 darjah.. 

Sebelum ini aku pernah membaca Versus. Berlinang air mata. Kali nie menitis air mata... Moga dengan pembacaan ini mampu membaca aku untuk terus istikhomah kepada Allah..

Sungguh, tajuk kali nie kena dengan bulan ramadhan yang sedang aku lalui. Rugi, itulah ungkapan yang paling sesuai kepada diri aku sendiri kerana mengsia-siakan bulan mulia ini untuk sesuatu yang lebih berfaedah... Moga aku diberi peluang berjumpa untuk ramadhan tahun depan..

‎"The man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh."

Ayat nie membawa seribu makna bagi yang mendalaminya... Moga contengan jalanan Hlovate ini tidak sia-sia.. Teruskan penulisanmu.. Aku menyokong sepenuh hati... 

Terima kasih keran menyedarkan aku dari dunia yang penuh kepura-puraan ini...

 jap lagi nak baca II-k2 

Selasa, 3 April 2012

Buku Pilihan : Travelog Wartawan Islam

Assalamualaikum

Hari nie aku nak berkongsi sebuah buku dengan pembaca sekalian.. Tajuknya adalah seperti di atas.

Buku ini mengisahakan pengalaman yang dialami sendiri oleh Roslan Hamid iaitu penulis buku ini. Buku ini mengisahkan suka duka yang dialami dalam dunia kewartawanan. 

Sebagai seorang wartawan yang beragama islam, banyak benda yang perlu dititik beratkan semasa melakukan tugas. kadang2 ia menjadi sukar kerana tugasan ini mengganggu masa beribadat seorang muslim. Selain itu juga, penulisan cerita juga memberi cabaran yang berbeza kerana harus mengikut warga atasan walaupun berita itu melanggar hak seorang muslim.

Kerja merupakan satu ibadah, silap pecaturan, kerja itu boleh menjadi saham ke neraka.. Kenapa, bagaimana. UNtuk mengetahui lebih lanjut, sila dapatkan buku ini.

Melalui pembacaan aku, agak menarik yang mana menjelaskan tentang konsep kerja menurut islam, cabaran yang perlu dibawa oleh seorang muslim dalam setiap pecaturan yang dilakukan. Bagaimana mengatasi bos yang berkuasa Veto dan apakah tindakan yang perlu dilakukan. Sebenarnya pembacaan aku belum tamat. Jadi untuk tahu lebih lanjut, dapatkan. Insyaallah mampu membantu anda dalam menghadapi cabaran kerja...

Rabu, 11 Januari 2012

Novel pilihan : Syahadah Gadis Ateis

Tahun 2012

Akhirnya tahun baru yea.. Walau dah 11 ari dah masuk 2012, tapi cam baru ngak.. Sempena itu, saya pon tanam le semangat baru n azam baru.. Nak tahu.. eh, tak pa la.. Sebab semua dah ada azam masing2kan..

Ok lah.. Novel pilihan kali ini adalah Syahadah Gadis Ateis. Santai je novelnya tapi pernuh dengan fakta2 yang menarik yang mampu membuka minda semua untuk mengenali agam mana yang terbaik..

Agak berat bagi aku novel nie bila kita kurang ilmu pengetahuan.. Tapi fakta2 membuka minda untuk lebih mengkaji berkenaan keagungan Islam.





Sinopsis novel ini adalah berkenaan seorang gadis yang tidak mendapat didikan agama daripada keluaraga dari kecil hingga besar. Bila masuk asrama, Rini belajar berkenaan islam, namun apabila doa2nya tidak dimakburkan dan pertanyaan kepada org yang mampu membimbing dibalas dengan amarah, Rini akhirnya menjauhkan diri daripada islam.. Suatu hari, Rini berjumpa dengan Nizam yang disangkakan kutu rayau disebabkan imejnya. Bermulalah sebuah pengembaraan dalam mengenali erti sebenar Islam

Apa yang akana berlaku.. Nantikan.. Sebabnya kau x abis baca lagi.. haha.. Ada yang berminat nak beli ka.. Ok, aku tunjukkan bukunya...


Moga pembacaan ini memberikan manfaat kepada aku.. Nie orang punya, pinjam jeak.. hhee.. Thank Mazlie

..JOM MEMBACA..

Ahad, 6 November 2011

Novel pilihan : Versus by Hlovate

akhirnya.

Buku karya HLOVATE jd miliku... Sebenarnya byk buku penulis nie.. Tapi untuk langkah pertama aku belu dulu novel bertajuk VERSUS

Cerita tentang mahasiswa/wi dlm menempuh kehidupan.. Sebenarnya x abis baca lg.. hihi.. Ramai yg kata best.. so try lu satu.. 


Nie le buku dia.. Hmm


Jumaat, 30 September 2011

NOvel pilihan : BUkan Puteri Lindungan Bulan

..Assalamualaikum..

Arie nie aku nak cite pasal koleksi terbaru aku. Pa dia.. Dah maklum kan seperti tajuk di atas.. 
Bukan Puteri Lindungan Bulan.. 

NOvel nie merupakan paling tebal ngan buka surat sampai 1211... Arhhh, biar betul... Tapi aku percaya, kaki novel boleh abiskan dalam masa seminggu.. Betul @ Tidak.. hahha

Tapi kalau aku lambat cikit coz bila sampai kawasan yang menusuk jiwa, sedih dan sebagainya, pasti diulang-ulang... heheh.. JIwang plok..


Pe pun trimas kat geng lukih untuk buku dan gambar nie... 

Sekian

Selasa, 20 September 2011

Bilik 616... Suspen, Ngeri, Kelakar...

Novel kali nie yang aku baca bertajuk Bilik 616.

Belum lagi abis baca tapi dah setengah telah diterjemahkan di ruang legar otak aku yang kecik nie.. Kira buku nie memberi kelainan ckit dari buku seram yang aku baca sebelum nie yang bertajuk sumpahan dewi bumi..

Mai le aku cite ckit.. Novel ni kiranya bermula dengan beberapa situasi yang berlaku pada masa yang sama tetapi tempat yang berbeza. MUla baca pening gak, Tapi makin lama, setiap situasi mula bergabung dalam satu topik yang sama iaitu Seram, suspen dan banyak lagi..

Mula baca ingat pasal cite pembunuhan, pastu bertukar hantu dan pas nie x tahu la apa... Nanti le aku cite pas abis baca


kalau nak baca sinopsis.. klik je gambar.. Hehe


Isnin, 12 September 2011

Sumpahan Dewi Bumi.. Aku dah abis baca...

Hai semua

Untuk pengetahuan semua, aku baru habis baca novel Sumpahan Dewi Bumi. Novel ini yang membawa suasana tegang, seram dan mistik yang menyebabkan aku tertarik membacanya


Cerita yang mengisahkan tentang pembunuhan yang kejam yang mana seorang gadis telah dituduh melakukannya walaupun dilihat tidak logik dari penilaian minda seseorang. Membawa unsur mistik yang mana melibatkan makhluk ghaib seperti syaitan, alam ghaib, ilmu batin dan kuasa Tuhan.

Bagi aku, novel nie ada logik dan ada bahagian yang tidak logik. Susah nak terangkan kalau x baca.. So, sapa2 yang berminat leh le cari kat kedai yea.. Heheh

Apa? nak pinjam, maaf le, buku ada kat Kampung, x bawa pula coz dah abis baca...

Sekarang aku ngah dok ngah nak menghabiskan Novel Bilik 616. Gende yang sama cam novel d atas.. hahaha.. Suka plok cite seram nie..

Isnin, 28 Februari 2011

Kuasa Minda.. Telepati menyerang aku..

 [M]inggu nie pemikiran aku jadi x brape nak betul ckit... Ye betul.. semua gara-gara Kuasa telepati... Ape 2 ? Bisikan rahsia menyengat telinga n meminta tolong untuk dilepaskan....Aku x faham, bukan aku pakai telefon pon, tapi kenape aku leh dengar perkara sedemikian.... Gila-gila


         Tapi, semua Perkara yang berlaku hanya mimpi semata, x ada kaitan dengan realiti hidup aku.. hahahahahaha.. NBie semua karut.. man mungkin aku mampu mendengar suara org lain dlm keadaan sedar yang hanya membisikkan ke telinga tanpa mengeluarkan suara...


          Nie la sebabnya, Buku Detektif Indigo Kembali telah membuat aku jdi cam gini.. Pas baca terus tido hingga aku membayangkan dlm hidup sebenar aku...

           Kalau sape nak tahu lebih lanjut, leh cari buku nie kat Khar mionggu nie... Ye la, kebetulan ada Pesta Buku dan Informasi 2011...  Nak tanya aku, just send pesanan ngan Kuasa minda anda. hahah...

Jumaat, 25 Februari 2011

Kenyang aku jamah Karipap2 cinta..


Dah lama x makan karipap, tetiba tengok yang panas, try le kunyah... peh memang sedap arhh..
Aku dua ari dok kunyah, barulah kenyang...hehe..

Dari mula nak buat karipap aku try hayati, ternyata ianya sukar dah memberlukan banyak perkara...Aku kiranya bila dah telan kuih nie sampai mengalir air mata .. hahaha

Ko nak rasa, mai arh, aku bagi tgk...kaka... 



Nie la karipapnya... Ko nak makan yang mana, si sareah buat or ali... hihii.. Kelakar cite dia....

Pe pun nak tahu, p le beli.. Bukan karipap kat kedai ek..

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...