nufnang

Memaparkan catatan dengan label surat untukmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label surat untukmu. Papar semua catatan

Khamis, 13 Disember 2012

2012 mula mengundurkan diri

As salam..

Sedar tak sedar tahun 2012 dah hampir ke penghujung. Banyak kenangan manis pahit woo.

Tapikan, sepanjang tahun nie, rasanya ada kerja2 yang belum aku selesaikan, ish, dahsyatnye.. Bahaya kalau suka tangguh2 nie, Kena bawak ke 2013 x kan nyanye 2. Bertimbun jadinya. 

Jadi dalam hayat 2012 yang pendek nie. Aku kena selesaikan seberapa mungkin kerja yang tertangguh dan 2013 akan jadi tahun baru dengan perkara/masalah baru... 

MOGA DIPERMUDAHKAN

Rabu, 21 November 2012

Allah, Selamatkan rakyat Palestin

Masya Allah

Ianya berlaku lagi. untuk sekian kalinya..

Mangsa, mangsa dan mangsanya kebanyakkan anak2, pewaris bangsa..

Mereka dibunuh kejam tanpa belas kasihan. Masih dalam erti mengenal dunia. Allah.

Doa2 disana bukanlah doa moga selamat dari kekejaman ini namun doa yang dipohon adalah doa agar mereka syahid dengan cepat.. Allah. Beraninya mereka.. Teguhnya iman mereka... Subuh di sana bagaikan solat jumaat. Ramai..



Lakukan apa yang patut sahabat.. Moga tindakanmu di balas oleh Allah di SANA nanti

Sabtu, 28 Julai 2012

Mati itu pasti

Bismillah

MATI, tiada siapa yang boleh lari darinya. Bila tiba masa, tercabutlah nyawa dari jasad untuk selama-lamanya.

"Kerja bagai kau akan hidup seribu tahun, ibadah bagaikan kau akan mati esok hari"

Andai kamu2 semua mengamalkan ini, pasti hidup diberkati.

..Soalan..

berapa peratus kamu bahagikan kepada dunia dan berapa peratus kamu bahagikan kepada akhirat?

Soalan ini kena jawab dengan akal dan hati.. Kalau guna nafsu, rosak pecaturan.

........................................

Kenapa topik MATI menjadi penulisan aku kali nie.. ? Sebenarnya, ada satu peristiwa yang baru berlaku yang ada kaitan dengan mati.. Semuanya dapat dilihat dengan jelas.. 

NIe berlaku semalam, dekat umah aku.. kira kenal la Arwah.. baik orangnya.. Meninggal d bulan Ramadhan dan ari jumaat.. MOga dipermudahkan urusannya di alam sana.. 

Al-Fatihah
...............................................................................................................

Peniaga Nanas Maut Dirempuh Lori Ketika Sedang Berniaga

PASIR MAS: Seorang peniaga nanas maut akibat dirempuh lori tanah ketika dia sedang berniaga di tepi jalan di Km3, Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang dekat sini petang Jumaat.

Mangsa ialah Nik Mariam Nik Ja, 52, dari Kampung Gual Tinggi. Lori itu dikatakan dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Kota Baharu apabila kejadian berlaku kira-kira 1.15 petang.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nasuha Ahmad Mijal berkata, lori itu dilaporkan dipandu dalam keadaan laju dan hilang kawalan sebelum ia terbabas dan merempuh gerai Nik Mariam.

Pemandu lori itu hanya mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan berhampiran, katanya.

Nasuha berkata, pihaknya mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori.

Mayat Nik Mariam telah dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan di kampungnya, katanya. - BERNAMA

............................................................................

Aku dah 3 hari demam, ingat mati adalah wajar... 

...Kun Fayakun.. 


Selasa, 15 Mei 2012

Selamat hari guru

16 Mei 2012

Sapa tau tarikh ini membawa maksud apa? Haha, jangan tak tahu, tarikh ini atau lebih tepat hari ini merupakan sambutan Hari Guru yang mana meraikan para guru yang banyak berjasa dalam penyebaran ilmu.

Guru, satu nama yang cukup dihormati. Sekali anda terjebak sebagai guru, sampai ke mati orang akan memanggil gelaran itu.. Walaupun anda dok umah goyang kaki lepas bersara, guru jugaklah panggilan anda.. hehe

Banyak orang kata menjadi guru ini adalah kerja yang senang, sampaikan ada yang membantah masa kerja yang telah disusun kepada guru.. Ingat, kerja guru bukan sahaja di sekolah, malahan sampai ke rumah, siang mengajar, malam menyemak kerja pulak.. Selain itu, nak jadi guru, bakat yang perlua ada adalah serba boleh. kenapa x percaya?
Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh seorang guru.. Itulah sebabnya dalam doa selalu disebut

 "ampunkan dosa2 ibu bapaku, ampunkan dosa guru2ku"

Kejayaan yang dicapai oleh mana2 individu sememangnya bermula dari seorang guru. Takkan mungkin DOktor megah berdiri di bilik bedah belajar sendiri..


Aku? hmm, selayakknya aku merasakan aku tidak layak untuk dipanggil guru. Entah, kekuatan ITU tiada untuk menghadapi dugaan yang besar ini.. Takut, takut tidak dapat menjadi Guru yang mampu mendidik dengan sebaik-baiknya..

Walau apa pun, Aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah mengajar mana2 individu. Walau anda hanya pengemis, namun anda masih mampu menjadi guru... percayalah... Kadang kala guru terbaik bukannya berada di sekolah namun berada di rumah anda... Terima kasih kepada Ibu Bapa..

Jumaat, 20 Januari 2012

Sayonara Wak Rosdi. Panjang Umur Jumpa Lagi.

20/1/2012

Tarikh yang menyedihkan bagi isi rumah 2-1-6 dan khar gamaknya..

ROSDI BIN MUJI akhirnya berangkat pulang ke tanah kebesarannya untuk meneruskan perjuangan hidup.  Moga berjaya dalam semua bidang yang diceburi.

Aku. Minta maap sangat dari mula kita kenal hingga detik ini. Aku, mungkin antara insan yang manja dan menyusahkan. Sepanjang perkenalan kita, banyak benar perkara yang aku lakukan hingga menyusahkan ko. Dari kena paksa p Hospital bila sakit, hinggalah bad mood datang, ko layan aku dengan sabar. Mungkin kerna aku x pernah dilayan sebegini, jadi aku membiarkan ko menjadi tempat untuk aku melepaskan segala permasalahan yang ada.

Walau kadang kala aku rasa aku banyak menyusahkan, tapi aku teruskan juga sebab aku tahu kau seorang yang sabar. Marah? susah aku nak tengok. Terima kasih kerna layan aku bak seorang adik bila mana kita sama2 dalam keluarga JMK dan 2-1-6.

Detik pertemuan masa sem 1.

Aku mengharapkan ko meneruskan keceriaan walau kita berpisah. Betul kata orang, bertemu dan berpisah pasti akan berlaku. Aku redha. Terima Kasih atas segalanya. 

NIe lagu kita berdua.. 

Saat perpisahan. Sayonara.

Tulus dari lubuk hati, aku anggap ko abang aku. ketiadaan ko untuk detik nie buat aku sayu sepanjang detik yang berlalu..


Ahad, 9 Oktober 2011

Berita HArian: 60 000 pelajar ketagih FB

BUkanlah satu kejutan bila aku baca isu nie... Kajian terhadap pelajar sekolah dah menunjukkan jumlah yang besar.. Apa lagi kajian di Universiti... Ye lah, setiap orang ada laptop, 98.00% ada fb punya.. 

BH Online

60,000 pelajar kita ketagih FB
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmahbharian.com.my
2011/10/10

Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).
Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia
Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB. 
“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Isnin, 29 Ogos 2011

Akhirnya......

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
✿ S A L A M A I D I L F I T R I .M O H O N M A A F Z A H I R D A N B A T I N ✿
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


Wah, PAs 29 ari kita pose, akhirnya raya juga.. Hahaha

Tapi x puas le puasa, cam x rasa je.. Ye la 27 ari puasa di perantauan, 1 hari di umah dan 1 lagi d kampung.. Sob Sob...

Walau apa pun, nasib leh lagi merasa. Kepada mereka yang di kejauhan, jangan bersedih, mereka yang tersayang ada di hati.. Itu dah cukup yea.. Walu rindu datang menjelma tapi x semua orang dapat rasa perasaan tu...

Tahun nie aku sambut 1 Syawal kat Thailand. Wah, seronoknya ( walau setiap tahun cam nie )..

K lah, nak tido, esok nak p pungut duit raya ( x sedar dah tua ) hahaha...


Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat HAri Raya semua

SELAMAT HARI RAYA

masa kecik, mak cakap, sape pausa saja boleh raya.. hahaha

Simple post je.. NIe Kad raya arie Zulhairi Zulkifili..

0 - 0

Rabu, 24 Ogos 2011

Saat ingin bergembira, datang pula dugaan...

Assalamualaikum....

Arie nie kalau kira aku nak abis dah praktikum... ye la, esok last day... KAlau korang, apa yang korang rasa.. mestilah gembira kan, kan, kan... Sebenarnya rasanya sama saja dengan aku.. Tapi bukan arie nie... 2 kisah semalam.... 


          Dekat nak raya, merdeka lagi, nak balik kampung lagi, nak abis pratikum lagi.... Bestnye..... TApi semua kena ketepi dulu... Aku didatangi plok dengan kejutan demi kejutan yang memaksa untguk berkerja lebih masa.. Arghhhhhhh, tension, tension, tension....

          Semalam plan nak tengok movie, tetiba si KAWAN serumah dapat panggilan dari geng2 bas sekolah... Katanya, sape2 di bawah seliaan Dr xxxxx, sila hantar tugasan yang 5 jenis semuanya.... Arhhhhhhhh... TIDAK, 

          BAyangkan le, arie2 terakhir kena cam nie, aduhai, kiranya x sanggup, tapi terpaksa jua.... Sob Sob... Mungkin Dugaan.. TApi bagi aku nie, cam x betul je. YE la, mana ada bagi tau semua2 tu sebelum nie. Masa datang cni masa aku dok mengajar pun, dia bag tau digalakkan buat untuk Subjek sem depan..... AKu kiranyanya nak bertindak untuk mencari keadilan... 

Yang sakitnye, kena antar kat bilik dia di TAnjung Malim.... Apa ke jadah nie semua... X sampai sari notice pemberitahuan....

          Aku bukan ROBOT yang leh siapkan semua....  Sekian le rintihan kali nie....













Isnin, 22 Ogos 2011

Dari Kemuncak ke Peleraian...

Assalamualaikum...... 

Wah2, seronok berbuka ye kekawan semua?

Rupanya kejap ja puasa kan.. Dah 22 hari semuanya.. Ckit je lagi yang tinggal... Selama perjalanan puasa nie le yang menjadi satu penanda kira-kira untuk aku abis praktikum... Wah, bukan main dok tunggu nak abis... x sabor2 gayanye kan.....



Banyak cerita de sepanjang dok BAtu PaHat nie.. Sedih ada, letih ada, seronok ada, takut ada, malas dan segala jenis perasaan seumpama dah dicampur dalam Gulai Kari ayam.. PElbagai rasanya.... TApi, banyak rasa 2 dah berlalu. he he he... Sekarang? Aku rasa apa? hehe.... Tentu le de seronok dan x sabor.... Kalau g sekolah, cam nak putar je jam kat dinding suruh cepat2 abis... 




Ramai dok kata sedih nak tinggalkan sekolah.. Tapi aku x rasa plok, haish, pelik2.. MUngkin last day kot br rasa... Coz dok nampak raya je.. Perasaan pun ngah dok klimaks, x pikir semua benda alah yang ada kat tepi2.. Alo la..

Pe pun, aku nak berjuang lagi untuk 4 HARI TERAKHIR di sekolah... Ada ckit lagi ilmu yang boleh aku bagi.. MOga leh jadi bikisan untuk masa depan korang... ( untuk pelajar aku )... wah wah wahhhh..


"Guru terbaik adalah pengalaman hidup"

"BIar aku menjadi Matahari yang menerangi segenap sudut"


Sabtu, 18 Disember 2010

Aku sedia untuk kedunia... Indah bersama Malaikatku...

Malaikatmu.. ...tersentuh hati.....(bacalah. ...ambillah masa walaupun 1 minit)]

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok
Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup
disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi
saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan
merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang
pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan
mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam
jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan
sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama
malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan
cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang
gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah
telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikanlah walau satu ayat"




Selasa, 24 Ogos 2010


Kasih sayang bukan hanya ada pada manusia berakal.....

Persahabatan kekal abadi sampai mati....

Kawan-kawan, aku sayang kamu........

Jumaat, 23 Julai 2010

Jika ia terjadi...

disaat ibumu tidur, cuba kamu lihat matanya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya..tangannya tak dapat hapuskan airmata mu dan tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan..bayangkan ibumu sudah tiada..apakah kamu cukup membahagiakannya..apakah kamu pernah berfikir bertapa besar pengorbanannya semenjak kamu berada di dalam perutnya

erti sebuah persahabatan

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.
KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.
DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.
DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.
KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.
DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.
TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.
BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.
KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.
DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.
KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.
JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH
DGN
KEBENCIAN.
KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:
DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.
SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.
SALAM KASIH SAYANG,
________________
KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.
TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.
IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.
DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN
ANAKNYA.
KAMU SUDAH TERLAMBAT.
KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN
SELAMAT TINGGAL.
PENGAJARANNYA:
SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA
MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKAN
TERJADI ESOK HARI.







Get Your Comments Here!

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...