nufnang

Memaparkan catatan dengan label Terjah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terjah. Papar semua catatan

Jumaat, 30 November 2012

Kampung Bahagian Hulu Kelantan

As salam

Alhamdulillah, akhirnya misi kali ini berjaya ditamatkan. Lokasinya adalah Kampung Bahagia di Hulu Kelantan... 3 Hari 2 Malam di sana...

Tentatif Program (serius je bunyinya)

28/11/2012

0700 - Bertolak dari Kota Bharu Ke Kuala Krai
1130 - Menaiki Teksi Air ( 45 minit )
1230 - Sampai ke lokasi iaitu Kampung Bahagia
1300 - Rehat/solat zohor
1330 - Slot 1 - Kenali Kampung / Imbas kembali
1600 - Solat asar
1630 - Slot 2 - Memungut hasil kebun
1830 - Menikmati hidangan / Santai petang
1900 - Solat Maghrib / Solat Isyak
2100 - Santai  /Makan dan layan bola 
2300 - Rehat / Tidur

29/11/2012

0630 - Solat Subuh / Sarapan
0700 - Slot 3 - Senaman Pagi
0830 - Slot 4 - Mengut Hasil Kebun
1100 - Riadah / Mandi sungai
1230 - Rehat / Solat Zohor/ Makan
1500 - Shooting 
1600 - Solat Asar / makan / rehat
1800 - Mesra Alam
1900 - Solat Maghrib / Solat Isyak / makan
2100 - Rehat 

30/11/2012

0630 - Solat Subuh
0700 - Sarapan
0730 - Hantar barang
0900 - Naik Teksi Air
1030 - Bersurai

Hahaha,. Bagai2, siap ada Tentatif segala kali nie.. 

Apa yang menarik.. Hmm.. Jom tengok dan layan gambar. Semua akan diceritakan nanti...

Teksi Air. Nie la pengangkutan nak ke Kampung Bahagia.. Jom naik..

Misi bermula.. 10 minit jalan kaki nie.. huhu

Kerja dia, panjat2, gayut2 nk masuk bakul.. huhu.. 2 kotak penuh bawa balik.. baru 3 pokok 2.. ish3

Kerja dah siap, bawak turun bukit.. Pokok2 bukan kat tahan rata, semua cam bukit sebelah.. 

Perjalanan kali nie melibatkan 4 orang.. 

Krik Aflie

Zulhairi Zulkifili a.k.a Ariey



Semasa perjalanan pulang.. Best wooo, Subhanallah, Pemandangan yang aman, tenang dan mempersonakan.. Asyik dengan situasi ini




SELAMAT JALAN. NANTI JUMPA LAGI

















Sabtu, 18 Februari 2012

International youth exchange ( IYE ) Malaysia 2012

Assalamuaikum..

UNtuk pengetahuan semua. Bulan  nie aku ada join program seperti d atas.. Perh, kira salah satu program yang besar jugak yang aku join stakat nie..

Peserta yang join dalam program nie adalah dari serata dunia. Ada dari Korea, Nepal, Pakistan, Indonesia, Filipina, Mogolia dan Malaysia.. 

Mula masuki ingat akan ada masalah le jugak kerna dah peringkat antarabangsa. Tapi sepanjang perjalanan program semuanya berjalan agak lancar. Program 9 hari nie kalau dilihat agak padat namun masa berjalan x terasa sebab best sangat..

Antara pengisian yang ada seperti keluarga angkat, lawatan ke tempat agama, perkemahan dan isian lain..
Tempat berprogram juga sering berpindah randah membuatkan minda terbuka dari masa ke semasa.


Kesan yang paling ketara sepanjang perjalanan program nie adalah ukhwah diantara peserta diibaratkan keluarga. dan yang paling penting ada segelintir daripada peserta luar mula tertarik dengan ISlam kerana mereka merasakan apa yang dipaparkan di media massa adalah jauh berbeza dari kenyataaan sebenar.. Islam dikatakan agama tertutup yang mana tidak bercampur dengan bangsa lain..

KAlau ada program sebegini lagi.. aku mengangkat tangan untuk menyertainya lagi... 

" ONE FAMILY UNDER GOD "

INILAH CEBISAN KENANGAN YANG DAPAT KUSELITKAN BERSAMA PENULISAN RINGKAS INI..

Isnin, 16 Januari 2012

Terjah : Kalumpang, 1001 memori diimbas kembali

Selamat Petang Semua

Misi secara tidak sengaja petang tadi berjaya dilaksanakan. Sebenarnya dari pagi kuar p hantar motor sepupu kat Bukit Beruntung. Dijadikan cerita, dah sampai Bukit Beruntung, singgah la jap di Tesco. Maka, jumpa la benda alah nie yang menjadi kegilaan aku semasa di Batu Pahat, Johor masa praktikum dulu. Terima kasih kepada Amiruddin Khakim kerna mempekenalkan kepada aku. heh

Dah Otw nak Balik Khar, tetiba rasa panas dan rindu kat Kalumpang.. On je la kan. Bukan kena bayar pon.. hehe. Sesampai kat sana.. Perh, sunyi, dua tiga kerat jak yang ada..

Apa lagi, p la tempat kegemaran.. Alahai.. masa 2 la terimbas kembali kat kekawan yang pernah pernah sampai cni.. Hafiz, dalila, Yana, Surabi, shafi, dan yang lain2.. perh.. aku, p ngan wak jak.. mula dok rindu korang heh.

Kreta nie dah bawa kamu pergi.. huhu.. Ikan2 jadi semangat yang tinggal...

Walaupun berdua je tadi.. aku tetap meneruskan misi bermain dengan ratusan ikan jinak .. Mantap..

SeKiAn

Selasa, 10 Januari 2012

Theme Park Genting : Akhirnya sampai jua..

..Assalamuaikum..

Apa plan anda bila dah abis exam tapi x reti2 nak balik lagi? haha, memang tangkap feeling betul la balik awal2  kan.. Al maklum lah dah abis blaja dah pon.. Bila balik Tanam anggur jak.. kikikiki

Aku? seperti di atas, memang x reti2 nak balik coz tgk kekawan ada lagi yang x abis exam, jadi tunggu la skali nak balik sesama.. Bukan apa, tempoh duduk di kolej masih berbaki, kena gunakan sebaik mungkin.. x gitu.. 

Lari tajuk plok, k, semalam aku n the geng ( nie geng jantan terhebat n gadis terayu ) telah memulakan ekspedisi menawan Puncak Genting Highland.. Haha, PLan asal nak naik kereta kabel jak tapi so sad sebab tengah diselenggara, jadi tukar plan daki ngan kete je.. hehe

Detik sesampai ke sana, perhhh, beza, memang berbeza suasananya. Cam dok negeri orang putih doh.. Sejuk ngak.. haha. cakap pon berasap2.. Kira pengalaman untuk sekian kalinya selepas menawan Takubang Perahu d Indonesia 2 tahun lepas.. 

PLan, nak main sebanyk mungkin permainan yang ada indoor n outdoor. Tapi Cuaca kurang merestui, jadi, hanya beberapa sahaja yang dapat main..

JOm tengok apa yang kami buat di Theme Park Genting
The Geng yang meriahkan lagi ekspedisi ini..


Nie le dia sedikit sebanyak cerita yang dapat disampaikan.. MOga sapa yang x pernah sampai, boleh le ke sana.. Selamat melancong..

Target seterusnya.. Lego Land. Hahaha

Khamis, 5 Januari 2012

NAsi Ambem JOhor Mari.. Meletup beb !!!

NIe kisah semalam... Terima kasih Kepada Amri Tomin atas nasi yang sedap.

Pendek cerita, kami menjamah dengan lahapnya... Sedap beb !!!

org johor jumpa nasi ambem.. hii

Sekian

Isnin, 19 Disember 2011

Desa Selesa Mencalitkan Kenangan..

Assalamuaikum...

Maaf la yea tak update blog nie untuk beberapa hari nie.. Bukan pa, banyak sangat program dok menyusur sejak dua menjak nie. Hehe

Apa cite terbaru.. Cam best Jak bunyinya kan.. hahah..

Ok lah pepuan tetuan semua, Jumaat hingga sabtu lepas aku p la program yang dinamakan 
"Secalit kenangan, Selamanya terasa"

Boleh tahan ramai juga peserta, dalam likungan 35 orang.. hahaha..  Apa yang bestnye program nie.. Mai aku cite.. 



Nie tugasan pertama... Memungut hasil hutan.. 
Banyak ada, durian, rambutan, manggis, dokong, pulasan dll.. Perhh..

B.B.Q time.. hahaha, kerang, ikan, hot dog.. Menyelerakan.. Perhhh




Dah abis makan, sambung plok ngan permainan... Seronok de, main mewah, cerita kasih sayang.. Ada lagi rasanya permainan, tapi x ingat dah.. heheh.. Bajet sampai kul 12 tapi meleret je masanya.. kakak





Apa le si mamat tinggi 2 dok buat.. haha.. ko ingat yoga.. tet... sudah le wei...






Aksi mereka yang mencuit hati.. kakaka.. bagai bagai..

Yang penting, bila dah abis, aku n the geng pon ambik le gambar sesama.... Kenangan 2.. Moga persahabatan ini terus terjalin hingga ke akhir hayat... Rugi juga coz ada diantara mereka baru aku kenal d saat aku nak undur diri dari UPSI nie.  sob sob sob..




Cuba teka siapa di sebalik gambar.. hahha..




Akhir kata, misi berjaya... Huraiiiii..

Nak tengok gambar lain??? Leh le ke Fb Azmil

Sekian..

Ahad, 27 November 2011

Sungai Bil.. Sejuk airnya, Hijau kawasannya..

Assalamualaikum..

Punya nak sambung cerita, lepas pergi PDK Khamis minggu Lepas, masa balik aku n the geng tersinggah le kat Sungai Bil. Mula ingat nak p Kalumpang, tapi sayang, jalan x sehaluan la katakan. Huhu

Sungai Bil kalau x silap aku terletak antara Behrang n Slim River. Hmm, x da la jah sangat sebenarnya dengan Tanjung Malim.

Lain tempat lain suasana dan best le dapat p Sungai Bil untuk sejukkan kaki.. hehe


Sejuk dan nyaman kalau tengok kan.. ahha best ngak eh..
Tapi bila nak balik, jumpa plok menatang nie.. Lagi sedak wei.. haha


Bapak mahal.. sekilo RM4.00 tapi layan je la.. hehe

Rabu, 16 November 2011

Vietnam #2 : Masyarakat yang pemalu

As salam

Pada siri pertama iaitu sistem pendidikan Vietnam, aku telah menceritakan beberapa kelebihan dan kekurangan. Ari nie aku nak jelaskan pula pasal masyarakat Vietnam terutama di Ho Chi Minh atau nama lama Saigon.

Kalau dilihat dari percakapan, ramai diantara mereka adalah pemalu. Terutama lelaki. hehe. APabila ditegur atau berkomunikasi, kelihatan menundukkan muka.. hahha.. Tapi agak ramah bagi masyarakat ini semasa komunikasi. Rasa seronok melihat budaya sebegini.

untuk PENGETAHUAN semua, Bahasa Melayu juga dilihat sedikit berkembang di Vietnam terutama di kalangan peniaga. Agak mudah untuk urusan membeli belah. Tip kepada rakyat Malaysia yang ingin kesana. Anda diwajibkan untuk membuat tawar menawar barangan sehingga 70 persen. Contohnya barang berharga RM 10, boleh lah ditawarkan bawah daripada rm 6.00.. Amat berbaloi.. Tapi diingatkan, sekiranya harga telah disetujui, anda diharuskan membeli kerana akan berlaku masam muka dan pertengkaran. 

NIsbah motor ngan kereta 10 : 1
Mesra bila ditegur...
promosi 1 Malaysia
Besar, manis dan sedap. Harga ok la..

Ho Chi Minh juga dikenali sebagai bandar motosikal.. Memang banyak gila.. Bayangkan nak lintas jalan, nyawa  cam d hujung tanduk.. Tapi  bila angkat tangan dan berjalan d tengah jalan, mereka akan mengelak. Yang pasti anda berjalan tanpa  berhenti atau berlari... Mula2 buat cam nak terjatuh jantung aku.. Tapi bila dah tau, semua dilalui dengan mudah.. 

SEKIAN


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...