nufnang

Khamis, 19 Julai 2012

Sek Sumak Rantau Panje

As salam..

Ari nie aku nak cerita peristiwa atau cerita minggu lepas.. Hahaha, gelak dulu..

Nak dijadikan cerita, dalam minggu pertama aku kerja, dapatlah berkenalan dengan budak-budak ofis yang baru.. So, aku nie cepat masuk, x da la rasa kek kok sangat..

Aku pon diajak ke Pasir Mas untuk makan2. Aku follow.

............................................................................................................
1,2,3,4,5,6,7,8.

Aku letak nombor.. haha.. sumbak bebudak nie.. Ngila sajo kejo aku.. keh3.. no 9 x dok coz ambik gambar.. lalalala


Ade, bo buleh gaji, mai perabis d KFC.. no.10 tu bekas pekerja a.k.a sain PJKN 2006.Nie la KFC Pasir Mas.. keh3.. Kali ke 3 masuk seumur hidup..


MOdel Pasar Male..

Hahahaha, x dok keje, sapa ore v laluan ko fok2 sumbak nie.. No space dah.. ttp jale terus... 

(  nie sekeping, sebenarnya banyak lagi, tak larat nak masukkan dah. )

Sayonara..

Dari kul 6.30 sampai kul 9.30 malam.. akhirnya mereka membawa diri masing2 pulang.. hehe.. 
Total sorang belanja rm30.00 x 10 = rm 300.00

KAYA ORANG PASIR MAS SEKEJAP..  HAHAHA








Selasa, 17 Julai 2012

Dapatkan Hadiah Misteri dari Ariey Boutique

As salam..

Hai semua.. Arie nie aku nak bagi tahu yang mana Ariey boutique ada menganjurkan satu program like dan komen bagi pagenya.. So boleh la ke Ariey Boutique

Hadiah adalah misteri dan nama pemenang akan diumumkan pada hujung bulan JUlai 2012.. So, sila2kan untuk like dan komen pagenya...

https://www.facebook.com/pages/Ariey-Boutique/167888636591166

Khamis, 12 Julai 2012

REzeki digelar designer

..Bismillah..

5.7.2012 merupakan tarikh yang menakutkan bagi sesiapa nak gi minta kerja.. Biasa la, darah gemuruh pasti ada.. Tapi aku relaz je.. keh3.. Mungkin x meletakkan sasaran sampai buat biasa2 je..

Tapi, selepas temu duga selama 10 minit, aku disahkan sebagai designer sebuah syarikat di daerah sendiri.. Alhamdulillah.. Mungkin itu yang dikatakan rzeki, walau x mencari, akan datang juga... =)

8.7.2012, akhirnya aku menjejakkan kaki sekali lagi ke syarikat tersebut untuk memulakan kerja.. 

HAri pertama, siap ada majlis lagi.. keh444

................................................................

HAri ini dah masuk 5 hari aku bekerja, amat menyeronokkan kerana aku amat meminati bidang ini. Projek? agak takut sebab ia melibatkan idea, kreativiti, dan pendapat orang lain.. 

Nie produk yang ada kat syarikat... bnayak lagi.. Nie just bahagian perkahwinan sahaja..

Banyak benda nak kena tahu, yang penting kreatif dan kemahiran.. Aku dah siapkan beberapa tugasan yang diberikan. Yang penting, satunya dah siap cetak.. syukur sangat....

Made by hand.. Nie saya buat.. Hebat tak.. haha.. Ilmu nie nak bawa ke sekolah.. Buleh murid2 saku belajar n menjana pendapatan nanti...


Moga banyak  benda yang akan aku belajar.. =)

Selasa, 19 Jun 2012

The Crucible: Cerita si Pekak

BIsmillah..

PErkongsian aku kali ini adalah berkaitan sebuah movie yang telah diadaptasikan daripada sebuah novel kisah sebenar tentang nasib budak pekak yang malang. 

Peristiwa yang berlaku di sebuah sekolah yang bermula dengan kemunculan seorang guru pekak baru. Pembongkaran kejadian-jadian yang menyentuh hati yang mana kesucian murid-murid pekak dirampas oleh gurunya sendiri.

Nasib malang ini mendapat pembelaan guru baru dan seorang gadis, namun nasib malang terus menyelubungi apabila pihak-pihak berkuasa tidak memihak kepada mereka akibat suapan rasuah.

Penjenayah sexsual ini telah dibebaskan. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka mati bersama seorang mangsa yang membalas dendam.

cerita ini tidak berkesudahan


..................................................................................................................

Aku mula melihat diri aku sendiri yang mana bakal mengalas tanggungjawab sebagai guru baru satu hari nanti. Adakah aku mampu untuk memberikan yang terbaik atau terlalai dari tanggungjawab yang diberikan.

Andai benar peristiwa ini berlaku, mampukah aku untuk menghadapai.

Moga dipermudahkan untuk aku menjadi guru yang terbaik dalam memberikan didikan dan perlindungan kepada anak murid aku nanti


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...