Yang Dipertua JMK, Nor ‘Isam Md Noor, berkata kem itu meletak sasaran melahirkan mahasiswa serba boleh.
“Kem ini merencanakan pelbagai aktiviti bagi mengharumkan nama UPSI. Ia menjadi tempat menguji semangat dan kekuatan peserta menghadapi pelbagai cabaran.
“Ia juga bagi memupuk semangat bekerjasama serta mendorong antara satu sama lain,” katanya.
Sepanjang program itu, peserta dilatih dengan pelbagai latihan mencabar diri oleh pasukan pasukan fasilitator diketuai Mohd Fadzli Abd Manaf dari Exact Tarining Colsuntant.
Mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti sukar seperti meredah hutan sejauh satu kilometer dalam hujan lebat selain membina kepakaran memasak makanan di tepi sungai.
Peserta yang dibahagikan kepada empat kumpulan turut didedahkan aktiviti menara impian, merunut hutan dan ikhtiar hidup, dinamik kumpulan, komunikasi berkesan dan memanjat dinding.
Turut hadir, Pengetua KHAR , Nor Azman Mohd Ramli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan