nufnang

Isnin, 14 November 2011

Vietnam #1 : Sistem Pendidikan

Assalamualaikum

Aku sebenarnya baru balik dari Vietnam melalui program Kembara Ilmu ke Ho Chi Minh Vietnam yang mana mendekati sistem pendidikan yang disediakan disana. 

Pemantauan dan peninjauan yang dilakukan membabitkan 3 peringkat iaitu sekolah rendah, menengah dan universiti. Kalau dibandingkan dengan Malaysia, kemudahan dan infrastuktur yang disediakan di Malaysia lebih10 tahun kehadapan berbanding disana ( penilaian aku sendiri )

Penekanan dalam bidang It diberikan bermula d sekolah rendah lagi
Mesra, menghormati dan mematuhi
Kreatif semasa mengaja.. BBM amat diperlukan
Semangat Komunis yang tinggi
Jadual persekolahan juga berbeza yang mana pelajar akan belajar dari awal pagi hingga ke petang seperti mana pekerja d pejabat.. Amat memenatkan kalau difikirkan kembali. pada masa rehat tengahari, pelajar dibenarkan kembali kerumah atau kemana sahaja dan akan memasuki semula ke sekolah jam 2.00 petang hingga tamat sekitar 6.00 petang.. Wau, bila aku dengar berkenaan ini, amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia

Ruangan yang terhad.. Namun digunakan sebaik mungkin... Setiap Kelas menggunakan P.A sistem kerana keadaan yang bising
Pengajaran yang mengikut standart

Bagaimana pula d Universiti. Lawatan aku adalah ke University of Pedagogy iaitu berlandaskan Pendidikan. Agar sukar untuk memasuki Universty kerna selepas tamat pengajian setaraf dengan stpm, hampir 1 juta pelajar akan menduduki peperiksaan bagi memasuki universiti.. Namun hanya sekitar 40 ribu sahaja yang diterima. Kebanyakkan mereka adalah yang paling hebat dari 1 juta yang mencuba.

Walau kurang, keinginan masih ada
Kebudayaan diberikan penekanan
Kami lawan dengan JUara bola tampar keseluruhan universiti d Vietnam.. glup... haha
Wakil Malaysia.. alahai... Bedal je lah.. Seminggu je buat latihan..
Jalinan dua negara

Suasana pembelajaran di sana agar ketinggalan terutama di Universiti. Di Upsi misalnya, kita merungut kerana  belajar dalam rumah kedai dan akan mengeluh sekiranya penghawa dingin rosak. Namun disana bilik kuliah hanya setaraf dengan kelas sekolah menengah Malaysia yang memuatkan hampir 40 orang atau lebih pada sesuatu masa. Hanya menggunakan kipas sahaja. Sesi pembelajaran juga agar padat berbanding kita yang belajar sekitar 20 jam seminggu.

Apa yang istimewa tentang pendidikan disana, pelajar begitu menghormati guru yang mengajar. Selalunya kita mendengar dari orang tua yang mengatakan zaman dulu guru disanjungi.. Itulah suasana di Vietnam. 

Bagi warga pendidik disana, mereka tidak hanya mengajar di sebuah sekolah sahaja namun akan bertukar sekolah setiap hari.. Agar sukar sebenarnya.. COntoh hari nie di sekolah Ibrahim, esoknya d sekolah Husin... Begitu la caranya.

Ulasan tentang pendidikan disana adalah lebih berkesan berbanding Malaysia. Walaupun kekurangan alatan dan suasana kurang selesa, namun, kesungguhan yang ditunjukkkan untuk maju adalah amat tuinggi.. Amat berbeza dengan Malaysia yang hanya kesekolah kerana terpaksa...

Sekian

4 ulasan:

  1. ANDA MENCERITAKAN SISTEM PENDIDIKAN VIETNAM YANG MAJU, TETAPI DALAM PENULISAN ANDA, ANDA BANYAK MENGATAKAN KEKURANGAN PENDIDIKAN VIETNAM.. SEPERTI KELAS DI UNIVERSITI MEREKA YANG SEMPIT DAN HANYA GUNA KIPAS, SAYA DI UNIVERSITI DULU AIR COND. RASANYA MALAYSIA LAGI MAJU. KALAU KANAK-KANAK GUNA KOMPUTER DI SEKOLAH RENDAH, BUKANKAH DI MALAYSIA JUGA ADA BEGITU? DI SETIAP SEKOLAH ADA LAP KOMPUTERNYA. CIKGU MEREKA MENGAJAR BERBAGAI SEKOLAH? INI TIDAK SISTEMATIK. DI MALAYSIA GURU HANYA MENGAJAR DI SATU SEKOLAH SAJA. SAYA RASA TAK PERLULAH ANDA MENGKONDEM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA. MAAF KALAU KOMEN INI MENGANGGU ANDA.

    BalasPadam
  2. maaf mencelah, maksud kawan kita nie mereka tidak maju dlm infrastruktur ttp maju dlm daya saing, daya usaha n tahu memaksimumkan apa yg ada dlm sistem pendidikan mereka walaupun tidak secanggih di Malaysia. Berbeza situasi di Malaysia. Ibarat kata cerdik pandai, Fasiliti Kelas Pertama, Pemikiran tetap Kelas Ketiga...

    BalasPadam
  3. Saya hanya menceritakan Apa yang saya lihat. walaupun serba kekuarangan, tapi cara pengajaran d Vietnam adalah amat berkesan... Memang terdapat banyak kekurangan... Pengalaman semasa praktikel dan lawatan melalui kembara Ilmu nie sedikit sebanyak membantu saya dalam membuat perbandingan.. Ini bagus untuk merubah apa yang kurang dalam sesuatu sitem pendidikan sesuatu negara...

    BalasPadam
  4. setuju dgn entry abg riey ni.. walau dorg jauh ketinggalan ke belakang dari segi infrastrukturnya, tapi dari ilmunya dan disiplin murid-murid, mereka jauh lebih hebat dari Malaysia.. di sekolah malaysia terlalu banyak peraturan yg kekadag tak relevan dan menghalang keinginan murid-murid, tapi disana, mereka bebas membawa perlatan mainan dan membuatkan mereka lebih cergas di dala kelas... :)

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...