nufnang

Memaparkan catatan dengan label kurang asam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kurang asam. Papar semua catatan

Isnin, 12 Disember 2011

Panas, Panas Tubuhku Panas

..Assalamualaikum..

Arh, panasnya tubuh nie... Rasa nak terjun dalam Ais jak... Arhhh.. X tertido malam nie..

Soalan       : Kenapa hang jadi cam gini?
Jawapan    : Nie salah satu panas dunia oiii..
Soalan       : Jawap le soalan aku oiii pak cik..
Jawapan    : Tolong la, cam ne nak buat...
Soalan       : Panas badan kes pa, demam ka? Panas dosa ka?
Jawapan    : BUkan, bukan... Sebenarnya aku panas kes terover makan DURIAN.. 
                  hehehe, saja nak bagi tau hang.. 
Soalan       : !@#$%^&

MOtif apa la mamat nie dok cerita kan.. Haha.. Tapi memang realiti le aku kepanasan malam nie kesnya terover makan durian Petang tadi...

Apa pun, Memang best ar coz disaat tempat lain x da durian, tapi banyak plok kat Tanjung Malim nie..


Semasa proses pemungutan dan pembersihan


Tinggal kenangan.. Selmat Tinggal kulit dan biji durian... Akan ku jumpa anak cucumu nanti...

Sebenarnya, ada lagi yang di simpan. Plan nak buat PULUT DURIAN plok esok.. hahaha

Nantikan cerita seterusnya.

Sabtu, 5 November 2011

Ulasan: Graduan UPSI Manja Melampau-lampau!

Hmm.. menjadi Topik yang panas pabila orang yang sememang tidak terlibat mengulas ISu tentang Graduan UPSI. Bukan ingin memburukkan Tapi memberi teguran akan sikap tidak cakna akan situasi sebenar sekali gus menyebabkan perbalahan antara kita..

Sememangnya banyak pihak yang terpaksa menanggung kesalahan si penulis yang menulis membabi buta dengan menggunakan slogan Parti.. Moga individu yang menulis dapat membetulkan situasi yang ada...

ISu yang diulas tidaklah sebesar mana tapi buah pendapat si penulis sememangnya menggunakan kepala lutut semata.. Kerna dia, rosak Seluruhnya...


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6332-kerja-lain-graduan-ismp-bantah-muhyiddin-
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ‘cari kerja lain’ sebelum ini telah menimbulkan kemarahan sekaligus mengguris hati ribuan graduan dan bakal graduan ISMP di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kampus-kampus lain.
Susulan dari ketidakpuashatian itu, hampir seribu mahasiswa UPSI telah mengadakan piket di perkarangan Sudut Pidato Universiti tersebut semalam sebagai tanda protes.
Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Yuyu Luna ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan piket yang berlangsung selama empat jam itu telah menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan ISMP yang dikatakan telah dinafikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
“Piket tengah hari semalam telah dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Mahasiswa yang dicetus oleh wakil LMP sebuah ‘front’ Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Adam Adli dan wakil Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Wan Ahmad Fathi.
==================
Undi undi jugak, tapi pada ana bab ini memang graduan UPSI sudah melampau. Sudah diberikan ruang belajar di UPSI pun dah baik. Konon nak minta jaminan kerajaan supaya mereka diberikan tempat untuk bekerja selepas habis pengajian.
Mat/Minah UPSI,
Janganlah nak buat rayuan yang pelik-pelik. Muhasabah diri. Kalau nak layan untung nasib engkorang sahaja, apa nak jadi dengan anak-anak kami di universiti lain? Takpa kalau tak bekerja. Kalau nak minta macam tu senanglah. Habis tu graduan universiti lain nak cari peluang kat mana? Macamlah korang tu hebat sangat.
Ana naik marah sebab ramai lagi kalangan anak-anak kita yang belajar di UNISEL, dan banyak universiti milik Pakatan Rakyat pun tahu nak cari kerja juga. Lawan dalam pasaran lah. Siapa yang bagus dan mampu. Dia dapat kerja. Itu pun tak boleh nak fikir ke?
Inilah masalah dengan pelajar Melayu. keputusan tak berapa bagus pun. Tapi kalau nak tuntut – macam-macam yang mereka nak tuntut. Habis tu anak-anak gadis kita yang tamat Mesir, sekolah pondok, Maahad Muhammadi semua nak pergi ke mana? Apa graduan UPSI sahaja yang pandai mengajar?
Anak- anak kami yang balik dari Mesir, Jordan, Libya, Tunisia dah siap-siap nak balik. Semua dah ada ijazah yang baik. Siap ilmu agama. Sudah belajar banyak daripada suasana Arab Spring di Timur Tengah dah siap nak laksanakan amanah di negara sendiri. Apa kena mengena pulak UPSI nak dapat layanan istimewa daripada kerajaan. Jenis tak sedar dek untung. Anak-anak kami pun pandai nak kerja kerajaan. Jadi Cikgu…lepas tu boleh pastikan generasi baru Malaysia mengenali PAS dengan lebih baik. Nak harap puak UPSI sahaja…alamat melingkuplah Negara kita ni.
Minah/Mamat UPSI,
Jangan nak tutup peluang anak-anak kami ya. Sila berlawan dalam pasaran terbuka.
Bab ni ana setuju dengan Menteri Pelajaran. Perlu utamakan pelajar KPLI dan GSTT.

Rabu, 25 Mei 2011

Betul ka ie rumah dia....?

25 mei 2011

K, mula cite cam nie, masa kat sekolah, aku pun telefon le Nur Fatimahzurin coz ak g umah dia kat Parit ulong, Sri Medan Batu Pahat, Johor... Ye la, dia balik kg, so, pe lagi nak le singgah jap... 

Pasal x tahu dia punya plan umah, so mesej la lagi tanya.. Dia pun balas " pas umah cikgu jaafar, pergi lagi sampai ujung kampung n sampai, umah kita sebelah kiri"..... Cam 2 la bunyinye... hehehe... 

Balik je sekolah, aku n Aku seorang Wak ( nama kat fb ) memecut le laju di jalan yang berliku nak p ke destinasi yang dituju..... Sampai je kampung, aku kuarkan skali lagi tefon nak tgk mesej... Ikut punya ikut plan yang dibagi, terus aku ke ujung kampung.... 

Dup dap dip dup.... Telan air liur aku... Dah sampai upenye ujung kampung.. Tapi nape x de umah? Hmmm Yang ada plak si kembar dok berdiri megah kat bawah pokok kemboja... Seriau deng.. kakaka.. Kubur ke umah dia... Haish... 


Pas 2 call balik.... Gelak sakang di Fatimah nie... OOOo ko saje nak kenakan aku.... hehehe... Upenye, umah dia depan je, so, patah le balik..... kakakaka

Pe pun, thank le bagi pengalaman n makan makan semalam.... hehe

Untuk makan semalam, abang rie bagi 3 bintang.. hahahaha 

Rabu, 29 September 2010

Roti best.. inti tikus jerukk.. jom makan

yumy2 wekkkk


berlaku di England. Beli roti dari TESCO dapat free tikus! LOL. Akibatnya syarikat pembuat roti disaman pihak berwajib GBP 5500 kerana tidak menjaga kebersihberlaku di England. Beli roti dari TESCO dapat free tikus! LOL. Akibatnya syarikat pembuat roti disaman pihak berwajib GBP 5500 kerana tidak menjaga kebersihan. Mereka juga dipaksa membayar kos pengendalian kes mahkamah sebantak GBP 11,109.47 an. 


Kalau jumpa kat malaysia lak... pe tindakan kita... entah le ya....



Ahad, 22 Ogos 2010

Kejam manusia nie... bodoh betul...


Kurang asam betul orang yang seksa kucing nie... Memang jenis x berotak betull...!@#$%^.. geram nie.....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedih bila tgk kucing nie.... Thank kepada insan yang prihatin.... Moga hero tabah dalam hidup da dunianya... 

Ahad, 15 Ogos 2010

Sekian kalinya berulang.....

Terkejut kaki bayi terjulur dari beg



ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang ditemui di Sungai Tambun di Kota Damansara semalam.


PETALING JAYA – Lima sahabat yang leka menjala ikan terkejut apabila menemui satu beg galas yang hanyut berisi mayat bayi perempuan di Sungai Tambun di Kota Damansara di sini semalam.
Beg galas berwarna hitam itu dipercayai dicampak ke dalam sungai itu dan dihanyutkan air menghala ke kolam tadahan banjir tidak jauh dari situ.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohamed berkata, mayat bayi berkulit gelap itu dipercayai telah dibuang beberapa jam sebelum ia ditemui pada pukul 11.30 pagi oleh lima sahabat yang sedang menjala ikan.
Menurut beliau, ketika ditemui mayat bayi itu dibungkus dengan kain sebelum dimasukkan ke dalam beg galas.
“Bayi itu dipercayai telah mati sebelum ia dibuang ke dalam sungai,” cerita beliau ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Katanya, polis tidak menemui apa-apa dokumen atau nota dalam beg pakaian tersebut.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...