nufnang

Memaparkan catatan dengan label love islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label love islam. Papar semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2011

Ketenangan datang dan Pergi...

...Coretan Senja..

Tapi aku nak mencoret juga sesuatu kat cni, kerana aku rasa aku nak menulis. ahak

Silih berganti aku dok rasa ari nie, Kejap marah, kejap suka, kejap sedih, kejap gembira dan kejap sepi.. Hmmm, Kenapa plok nie... Ati jadi tak tetap. Bila dikaji, aku rasa aku kurang satu, kurang untuk mendekatiNYA.. Allah, maafkan aku... Kiranya bila aku melaksanakan tanggungjawab kepadaNYA, ati yang marah tiba-tiba jadi tenang.. Terima Kasih Ya Allah.

TApi kenapa aku sedih plok. Mungkin sebab aku x mampu buat orang sekeliling aku gumbira. Maaf kepada sapa yang terasa atas kekilafan yang aku lakukan. Tadi tengok Video kat Fb yang aku tengok kat Wall Oniechan, tetiba mengalir air mata.. Sentimental tol la mamat nie.  Bukan apa, dengan bakat suara yang Allah berikan kepada si penyanyi, dia cuba sampaikan mesej akan godaan syaitan dan iblis kepada kaum wanita.. 

x penuh.. p kat fan page dia Gadour-Lartistou-officiel

Aku plok walau bakat x brapa, tapi x guna sebenarnya benarnya.. Hmmm

Moga diperkuatkan hati untuk perjalanan selepas nie... KAlau salah dan silap, harap semua dapat menegur. Aku bukan sempurna sebagai seorang muslim.

"Biar hari ini lebih baik dari semalam dan biar hari esok lebih baik dari hari ini"



Jumaat, 17 Disember 2010

MUndur masyarakat kita... cetek ilmu agama...

..Assalamualaikum..

Hari semalam hari jumaat, aku p la solat jumaat... sampai sna kira dah lewat le... Ye la Khutbah dah mula... K lah, aku memang, selalu cam gini-gini.. Moga berubah ye.. Amin.

Tapi bila sampai je, aku tgk budak buat bulatan n sembang2 plok 2.. nak tegur x leh coz ngah khutbah... So dalam otak ok lah cz budak lagi.. Nanti mak bapak diorang ajar la 2.

Duduk je aku kat Masjid, Nampak le 3 orang lelaki tua, sorang kat atas kerusi n dua bersila depan aku... tetiba je si tua sebelah kiri skali g tegur yang tengah nie.. Pe lagi, cam kedai kopi le masa 2.. dah le Khutbah x dengar sangat, tambahan suara sumbing. So aku x dengar ape n masa 2 otak dah melayang dah... Geram je nak tegur jangan bercakap tapi aku plok yang sia-sia jumaatnya.. hmmm

Motif aku kat cni, Budak2 dah le x tahu upenye org tua pun sama.. Kesedaran kurang upenye masyarakat kita bab agama nie... Aku pun hampir kesitu... Moga aku diberi pintu Rahmat untuk melangkah ke langkah yang lebih baik... Amin3

Nie nak share ayat ckit.. kan kena sebarkan walau sepatah ayat.. Harap berguna dan digunakan...

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ulama berbexa pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat. Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat namun solat Jumaatnya tetap sah. Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.

~  SEKIAN  ~

Khamis, 7 Oktober 2010

Doa untuk deman panas rasanya...

Bulan nie kalau x silap ramai yang dok demam .... Buktinya adalah kawan2ku sendiri... Tapi sedikit menarik cz satu umah demam n pindah lak umah lain... Aku x kena plok, Alhamdulillah... Ari nie nak share doa lak... just makan ubat x jadi tanpa minta kesembuhan dari Allah... Jom sama sam amal ya...



Bismillahii kabiiri na’uudzu billaahii ‘azhiimi min syarri ‘irqin wa min syarrin naari.

Artinnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dari kejahatan peluh yang mendidih dan kejahatan panasnnya api.”

Ahad, 29 Ogos 2010

cara nak kenal jodoh... sudah aku menjumpainya???

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Rabu, 25 Ogos 2010

never say Bye anymore.... pleaz.....

MasyaAllh...  asyik tertipu je kita nie.... 


jarum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islam yang lain. Wassalam di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta...insyaallah... 

Khamis, 8 Julai 2010

Ya Allah... besarnya kurniaan mu kepada hamba2mu


Kalimah Allah

kalimah Allah
Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.
Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sgt kagum dgn ilusi mata kurniaanNya ini.. Posted @ www.isuhangat.net

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...