nufnang

Memaparkan catatan dengan label tembak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tembak. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mei 2012

Colour your family

Banyak orang banyak ragam.. So nie aku punya ragam.. X puas ati ka... 

LAmbang keluarga aku.. Setiap orang ada identiti sendiri.. Aku Merah.. wakkkakak

NIe dia.. KIta kena bersatu..

Rabu, 18 Januari 2012

Kura-kura kecil bawah jagaanku

Assalamuaikum..

Selamat petang semua. dah 19/1/2012 dah ari nie.. Aku masih lagi kat Tanjung Malim. X reti2 nak balik. Heheh

Apa pon walau semua dah berada di syurga masing2, aku dan beberapa member sabar menanti detik ke syurga dunia. RUMAH.

Sepanjang masa nie, banyak plok yang menemani. Pepetang, bunyi burung lebih galak dari biasa, malam bunyi plok binatang2 yang x dapat aku kenali jenisnya. Dan siang, bersama KURA-KURA yang diberikan hak penjagaan sementara. Haha, cam dok berebut di makhamah bunyinya. kikiki

Walau sementara, tapi seronok tgk gelagak 2 beradik nie. hihi...

HAha.. Comel kan.. Pe pon, pas nie hak penjagaan diberikan kembali kat Maknye.. sob3...

Makan banyak2 v cepat besar.. 

Sabtu, 19 November 2011

Muhyiddin tak patut hina graduan UPSI

Bukan nak timbulkan kemarahan ataupun pergaduhan. Tapi ulasan yang dikeluarkan oleh Nasir Zakaria di harakahdaily ada benarnya..

Aku bukan apa, kesian tengok abang2 dan kakak2 yang  dah lama abis blaja tapi dok umah je.. Buat kerja kampung... Nak minta kerja tapi sijil bukan open market, just layak jadi guru jak..hmm..








------------------------------------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR, 16 Nov: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya menghina para graduan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan mengeluarkaan kenyataan yang mencadangkan mereka mencari pekerjaan lain.


Sebaliknya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sewajarnya mengambil usaha membantu menyelesaikan masalah penempatan mengajar kepada mereka.


Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, para graduan UPSI terbabit berjumlah 5,000 orang dan kesemua mereka adalah lulusan ijazah sarjana muda perguruan.


Menurut beliau, kesemua mereka sepatutnya sudah ditempat mengajar di sesebuah sekolah, tetapi sehingga kini masih menerima nasib tidak menentu, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima nasib sedemikian.


Katanya, bagi mendapatkan perhatian pihak kerajaan, mereka telah mengadakan demonstrasi di UPSI baru-baru ini, tetapi masih belum mendapat tindakan yang sewajarnya dari pihak kerajaan.


"Timbalan Perdana Menteri mencadangkan agar mereka mencari kerja lain. Ini jelas merupakan penghinaan terhadap graduan-graduan UPSI," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.


Namun dalam masa yang sama, menurut beliau, guru-guru tanpa ijazah pula diberikan keistimewaan oleh pihak kerajaan dengan diberikan peluang penempatan mengajar dengan sewajarnya.


"Jadi saya minta Kementerian Pelajaran lihatlah isu ini dan selesaikan dengan baik dengan segera," katanya.


Sementara dalam perkembangan lain, beliau mendedahkan 24 orang pelajar di Kuala Nerang, Kedah telah mengalami masalah setelah minum Susu 1.Malaysia baru-baru.


Daripada jumlah itu, katanya, 8 orang telah mengalami masalah serius sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Nerang.


"Saya difahamkan, Susu 1Malaysia itu diberikan kepada semua pelajar di seluruh negara. Diharap pihak kementerian menarik balik bekalan Susu 1Malaysia di sekolah-sekolah kerana ia tak baik kepada kesihatan," katanya.


Beliau turut meminta Kementerian Pelajaran memberikan perhatian terhadap masalah keciciran para pelajar dalam pelajaran kerana sehingga kini jumlah mereka yang terbabit agak tinggi.


Tambahnya, sejak tahun 2006 hingga 2010, bilangan para pelajar yang tidak meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di seluruh negara berjumah 80,000 orang.


Beliau turut kesal kerana jumlah para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara sehingga kini masih rendah iaitu  hanyalah sebanyak 29.7 peratus.


"Jadi saya minta kepada pihak kementerian agar memikirkan bagaimana boleh dipertingkatkan lagi jumlah para pelajar menyambung pelajara ke Institusi Pengajian Tinggi," ujar beliau.

Selasa, 15 November 2011

BIla senjata d Tangan, aku mula menembak...

Hahaha, Tajuk entah apa-apa. 

Apa yang aku mksudkan dengan senjata? Sebenarnya ada 2 iaitu kamera dan laptop.. hehe... Kena ngan jiwa kalau ambik2 gambar nie.. Tapi sayang, kamera pinjam jak.. heheh. Yang penting sempat la merasa....

Apa yang ditembaknya, mana mangsanya? oit... nanti la.. mai aku tunjuk... lala






Rabu, 2 November 2011

Posting... Di mana Hak ISMP


Apa nak jadi nie.. Kenapa ISMP diperlakukan sampai sebegini.. DI MANA HAK KAMI.. Apa alasan mengatakan posting terpaksa dibekukan... Memang Ijazah yang dipegang hanya layak jadi pekerja kampung sepertimana ibu bapa yang tidak berkemampuan.. Sekadar menoreh getah, memungut pucuk paku dan sebagainya..

Apa memang MALAYSIA mengalami krisis ekonomi? Yea begitu.. Memang, hutang dengan Bank dunia dikhabarkan mencecah Rm 1 trilion.. Tapi pengambilan KPLI masih ditaja 100% hinggakan barangan MSk juga diberikan secara percuma. Adakah ISMP dianggap barang dagangan yang mana hanya sekadar menjadi barang niaga untuk mencari dana dalam memenuhi kehendak.

Kapasiti untuk guru mencukupi? hmm, adakah ini releven? kenapa guru sedia ada diwajibkan bersara hingga umur mencecah 60 tahun. Ada yang mengatakan jam bekerja bagi guru harus sehingga 10 jam.. Adakah ini untuk menjaga kualiti pendidikan?

Kontroversi yang makin dipanaskan dengan kenyataan berikut

BuLeTin uTama TV3: Hnya gUru Yg diTaja oLeH kErajaaN (KPM) AkaN dibEri kEuTamaaN uTk pEnEmpaTan, NmUn bErLaku sEdikiT keLewaTaN & diHarap uTk TerUs mEnuNggu uTk prOsEs pEnEmpaTaN.. Guru Yg Tdk diTaja kErajaaN (PTPTN) boLeH mEmoHon jaWaTan Lain sEkiraNya Tdk maHu mEnuNggu pEnEmpaTan.. TPM DaTo sEri MuHyidiN YaSiN..

Wajarkan ia dikeluarkan yang mana hanya ISMP KPM akan diberikan keutamaan.. Mana kami nak bayar kiranya tiada kerja.. Nak menyusahkan mak bapak atau sebagainya..

MAna slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..

Ini dia Suara Mahasiswa UPSI di Sudut Pidato...



"Suara Mahasiswa mampu mengoncang Dunia"

Isnin, 24 Oktober 2011

Narathiwat Thailand.. Kampung aku kena BOm.. 7 mati

..Assalamualaikum..

Bukak Fb pagi nie tengok ada satu tag yang menunjukkan laporan daripada Berita Harian yang menyatakan serangan bom kat Thailand... Berdasarkan gambar, dan laporan.. Tempat yang kena bom nie adalah pasar yang aku shopping pepagi untuk sarapan pagi dan beli keperluan.. 

Plan nak balik 2 3 hari sebelum raya, tapi tengok keadaan dulu cam mana.. Hmmm.

Ramai yang tertanya kan.. Mai le kita baca laporan penuh daripada Berita Harian

BH Online

SEBUAH  pasar raya terbakar sejurus letupan bom di wilayah  Narathiwat, semalam.
SEBUAH pasar raya terbakar sejurus letupan
bom di wilayah Narathiwat, semalam.

NARATHIWAT: Sekumpulan disyaki pemisah Islam menembak mati sekurang-kurangnya tujuh orang dalam siri tembakan dan serangan bom di selatan Thailand, kata polis semalam. 

Petang kelmarin, sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai pakaian wanita dan menaiki tiga trak pikap, melepaskan tembakan di pusat pemeriksaan di Narathiwat yang membunuh dua anggota renjer.
Tidak lama selepas itu, sebutir bom meletup berhampiran pasar raya berhampiran, diikuti bom kedua di sebuah pasar raya lain yang terletak kira-kira 300 meter, menyebabkan kebakaran merebak ke rumah kedai dan mengambil masa tiga jam untuk dipadam.
Polis berkata, mereka menemui dua mayat rentung, seorang pemilik kedai lelaki dan seorang guru perempuan dalam kedai pertama, manakala mayat seorang budak lelaki dan ibu bapanya ditemui di dalam sebuah lagi kedai. 

Tujuh lagi mengalami kecederaan dalam serangan itu, yang berlaku dalam masa setengah jam, terbaru dalam siri peningkatan serangan oleh kumpulan pemisah. 

Wilayah paling selatan negara itu digegarkan dengan konflik sejak lapan tahun lalu yang sudah meragut lebih 4,800 nyawa penduduk Islam dan Buddha. 

Lewat bulan lalu, lebih 12 pemisah menyerang sekolah di Narathiwat, membunuh empat anggota tentera dan mencederakan seorang kanak-kanak. Guru yang bertugas di sekolah awam kerap menjadi sasaran kerana dilihat sebagai simbol kekuasaan kerajaan dan sistem pendidikan dilihat sebagai usaha Bangkok melaksanakan budaya Buddha. 
Penduduk di wilayah berkenaan merungut mengenai diskriminasi terhadap etnik Melayu Islam oleh pihak berkuasa di negara Buddha itu, termasuk dakwaan salah guna kuasa oleh tentera. – AFP 

Ahad, 9 Oktober 2011

Awan ITu berubah2... BAgaimana kita...

Tengok luar tingkap, awan putih berarak di dada langit yang biru tenang. 

Dari bentuk yang lebar, awan menipis, berpisah antara satu sama lain dan bergabung dengan awan sekitanya pula..

Seronok aku melihat pergerakkan dan perubahan bentuk... Difikirkan balik, sikap aku juga sering berubah... Hmmm, 

Kalau boleh aku nak jadi setenang langit biru di atas sana, semua orang tengok sejuk je.. sapa yang dok tido kat bilik leh le jenguk ke luar tingkap yea.. Udah2 le tido d ujung minggu nie.. haha


Rabu, 13 Julai 2011

Paranormal..................( Aku try jugak )

Huuuuuuu Huuuuuuu.............

Seram x? Apa, x seram langsung. Hampa nie saja jak x nak sokong aku.. Sob Sob.. Takpa2.. INgat Hampa...

          Sengal plok aku nie. K lah, aku bukan pa, saja nak menggatai kat cni.. Cam x da Topik, so aku pun nak bawak le hampa semua untuk tajuk yang lebih mantop.. haha

          Ini bukan le kali pertama aku dapat gambaq cam gini2. Kerjadian pertama dulu masa Tingkatan 6 masa p kem kat Terengganu.. Tapi sayang, gambaq dah ilang.. So, untuk buktikan pada hampa semua yang x seram, so aku pun nk tunjuk le bukti.. Nak TENGOK ke?.. Lantak hampa la.. Aku nak tunjuk gak.. NIe kan aku punya blog..

CAm cam gaya kan.. hahah
NIe tengok kat asap.kanan.. Jelmaan muka budak ngah meraung...

          Untuk pengetahuan. Nie aku ambik ngah malam yang mana aku bakar majalah hiburan.. hahaha.. Barui hampa tau yang buku seksi n seksakan mata dan batin orang nie setan suka.. haha...

That all 4 2day.................................



Khamis, 23 September 2010

Kuala Kubu baru sejenak.. lalallaa

Petang semalam aku p la Kuala kubu baru... x lama pun... just teman ??? pe jelaskan hutang... hahaha....sempat la tgk suasana kat sana... sejuk, antik n nyaman... memang aku jatuh cinta dengan kkb.... orang putih kata.. i falling in love... x gitu...

          Kebetulan lak jumpa pakcik tua nie.... leh lak dipanggil kami jantan 2 nie sayang.. geli kot.... ada la skt unsur lucah yang dibangkitka... kira jadi peristiwa ngeri la... 

dr bangunan la... 
         Pe pun , kita layan gambar kkb...

menjelaskan hutang pengajian... kakakak

Terjumpa... so, tembak2 la... heheh
nie satu lagi yang tersepak....


buah-buahan sepanjang raya.... yami2

Semperna raya nie...kita kira beruntung sebab sambut bersama pesta buahh.... Memang jadi peganti kuih raya la... hahahha

Buah dokong yang lebat.. nie gred A ok... from Thailand..
Untuk santapan rakan2.. heheh
Nie mangga@pauh... sedap, manis dan berlemak.. hahaha

Ahad, 8 Ogos 2010

Dara menghabiskan petangnya.....


puas aku termenung
terus aku berdiri
lantas aku duduk kembali
bukan mengharap pagikan pergi
hanya sebagai merenung
apakah kelemahan diri..

Isnin, 26 Julai 2010

Asyik2 sungai samaok.. lalala

Nie gambar sem lepas... pernah masuk blog tapi yang dulu... pe pun, sebab nice, so masuk balik... lalala


Agak-agak, siapa yang ciut ngah nak motor nie... Siapa tau, angkat tangan... kuikuikui

Jumaat, 9 Julai 2010

sekitar tanjong Malim... lalalala

Dulu, aku p la jalan2 Tanjong malim, sambil 2, tangan nie dok la tekan punat fon... so dapat la bbrpa gambar yang comel comel... hehehe








link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...