nufnang

Ahad, 27 Mei 2012

Selamat berbahagia sahabat..

Bismillah

Alhamdulillah, akhirnya aku punya waktu untuk mengunjungi sahabat-sahabat yang mendirikan rumah tangga.

MAAF!!

Ucapan ini aku tujukan kepada sahabat-sahabat yang sebelum ini telah melalui alam perkahwinan.. Aku x mampu untuk menghadirkan diri.. Mungkin kekangan masa atau salah aku sendiri..

Moga d masa akan datang aku datang untuk apa-apa majlis kalian semua.

..............................................................................................................................................

Tahniah kepada sahabat aku yang baru sahaja kahwin semalam iaitu Muna dan & Mije




MOga bahagia yea...
....................................................................................................................

NANTIKAN MAJLIS YANG AKAN DATANG.. =)

Khamis, 24 Mei 2012

Mainan seKolah rendah..

Tetiba teringat sekolah rendah balik.. Haha, dah lama 2, kiranya aku sekolah rendah dari tahun 
1995 hingga 2000.

Apa yang korang selalu buat masa sekolah rendah.. Mesti banyak kan. conroh, kapal terbang, bintang ninja, kereta kertas dan lain2.. 

Malam nie aku tunjuk satu.. Apa, jom tengok.. hahah

nie dia... haha... mesti selalu main... Selalunya siap ada bunyi kan...

BUdak sekarang dah x main kot benda nie.. PSP Angry bird dll je mainannya.. hahah

MEMORI

Isnin, 21 Mei 2012

Cebisan yang tinggal

Bismillah.. 

Semalam dok belek2 buku la, terjumpa balik gambar masa tingkatan 4 arau 5.. lupa dah.. Nie kira sisa2 yang tertinggal selepas umah dijilat apa satu masa dahulu..
Gambar nie diambik mas ape latar tebakah kat Terengganu.. =D

Dari kiri : Aku, Peja, Azwan, Hashim, Wazir
duduk : X ingat nama ( seorang peserta bukan rakan sekelas )

Ahad, 20 Mei 2012

Mr Yellow dah sampai

As salam

Akhirnya, Mr. Yellow dah ada ngan aku.. lama juga tunggu dia nie.. x tahu la naik flight dulu ka apa ka.. Ari nie  bangun tengahari ckit mak pon masuk bawa Mr. Yellow

Sesampai je, terus aku tangkap guna Mr. C.. Hahah.. Nak tahu siap Mr. Yellow. 
Jom!!!



Nie le Mr. Yellow.. X sabar nak try LOMO nie.. JOm


Jumaat, 18 Mei 2012

tARGET 2012

Bismillah

Dah pertengahan tahun nie baru buat target.. ish3.. Takpa, dulu pernah buat tapi untuk bulan2, nie kira buat tahun terus... Moh la kita... Yeah


Dalam banyak2, baru satu yang kena,. haha.. Cyaiyok3



Nah, susu untuk kamu

Bismillah

Pesan mak sebelum ke rumah nenek

"nanti tengahari ke petang ke bagi susu"

Apa, bila masa aku ada adik @ anak nie.. Bagi kat sapa.. dah la pakai botol susu segala... ish3

inilah buktinya.. huhuhu..

Oooo.. Cerita dia begini.. Sebenarnya, 3 4 hari lepas kambing kat umah nie beranak... Tapi anak dia x cukup kuat untuk berdiri.. x tahu la kenapa.. kira dah tiga hari dah dok belajar berdiri tapi x lepas2.. Kesian aku tengok.. So peranan tuannya adalah membantu sedangkan ibu kambing tengok je.. ish3.. eh, ada la tolong jilat2 anak dia..

BIla x leh berdiri, x sampai le bak isap susu mak dia.. hmm.. Jadi tentera kat umah nie kena lah tolong suapkan susu.. hehe.. sweet gitu..

NIe le 'baby' yang dimaksudkan... kaki belakang dah kuat, yang depan masih x mampu.. belajar yea..

teteh teteh teteh.

MOGA CEPAT BERJALAN YEA =D

Rabu, 16 Mei 2012

Petua : Daun kapal terbang ubat luka

Disebabkan semalam aku dah terluka jadi aku pakai ubat. Ubatnya adalah daun kapal terbang.. hehe.. Kenal x? cni aku tunjuk

Nie daun kapal terbang

Caranya mudah, ambik daun nie dan gotel3 kat tangan sampai kuar buih, pas 2 sapu kat luka.. Siap. Kalu nak lagi ok, tambah kapur ckit masa gotel2 tu..

*Peringatan, untuk kegunaan luar sahaja... Dah buat, nanti cuci tangan betul2.. Jangan masukkan sedikit pon kat badan.. Dialah ubat dialah racun.. =)

KEGUNAAN LAIN
kembung perut dan cirit birit ( SEMUA SAPU JA )

SELAMAT MENCUBA JIKA TERLUKA

Aduh Mak, sakit

As salam

Benda dah nak jadi, redha saja lah.

Apa cerita nie.. Gini2, sebenarnya tadi petang 3 ekor kucing bergaduh, biasalah kucing betina.. Gaduh teruk woo, cam cite kung fu dah aku tengok. 2 ekor baru jak jadi ibu, sekor lagi dok ngah mengandung.. Ngan mengandung nie paling garang.. mungkin bermadu semuanya.. huhu.. Memang x aman le kat umah nie coz yang tinggal semua kucing betina.. Yang jantan dah berhijrah, al maklumlah, dah besar panjang kan.

Back to story. Masa aku nak meleraikan pergaduhan kucing2, Perhhh, aku pon hulur le kaki ckit.. Zapppp, weauuu, kuku yang tajam telah pon menikam kaki aku, zap, tarik panjang 2.. Aduh, mak wei, sakit bukan kepalang... Serta merta berdenyut2...

Orang kata kuku kucing nie berbisa, kalau lawan ular pon ular yang kalah.. ish3... Nie pula aku yang kena kan.. adeh deh deh.. Terus le gunakan petua yang mak aku ajar iaitu daun kapal terbang coz masa 2 ngah berkebun.. 

Caranya, ambik daung kapal terbang nie, pas 2 gotel2kan sampai lumat dan tampal kat luka.. Kalau ada kapur, letak ckit.. Berkesan beb..

Alah, ckit jak kan.. Tapi masa kena, perh, darah kuar cag cag cag.. 

Penangan dari peristiwa ini, kepala aku jadi pusing, suhu badan menurun dan alamtnya nak demam.. aduh2.. Bisa sungguh Kucing nie.. Tapi, jangan marah kata nabi.

SETIAP KESAKITAN PENGHAPUS DOSA

Selasa, 15 Mei 2012

Selamat hari guru

16 Mei 2012

Sapa tau tarikh ini membawa maksud apa? Haha, jangan tak tahu, tarikh ini atau lebih tepat hari ini merupakan sambutan Hari Guru yang mana meraikan para guru yang banyak berjasa dalam penyebaran ilmu.

Guru, satu nama yang cukup dihormati. Sekali anda terjebak sebagai guru, sampai ke mati orang akan memanggil gelaran itu.. Walaupun anda dok umah goyang kaki lepas bersara, guru jugaklah panggilan anda.. hehe

Banyak orang kata menjadi guru ini adalah kerja yang senang, sampaikan ada yang membantah masa kerja yang telah disusun kepada guru.. Ingat, kerja guru bukan sahaja di sekolah, malahan sampai ke rumah, siang mengajar, malam menyemak kerja pulak.. Selain itu, nak jadi guru, bakat yang perlua ada adalah serba boleh. kenapa x percaya?
Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh seorang guru.. Itulah sebabnya dalam doa selalu disebut

 "ampunkan dosa2 ibu bapaku, ampunkan dosa guru2ku"

Kejayaan yang dicapai oleh mana2 individu sememangnya bermula dari seorang guru. Takkan mungkin DOktor megah berdiri di bilik bedah belajar sendiri..


Aku? hmm, selayakknya aku merasakan aku tidak layak untuk dipanggil guru. Entah, kekuatan ITU tiada untuk menghadapi dugaan yang besar ini.. Takut, takut tidak dapat menjadi Guru yang mampu mendidik dengan sebaik-baiknya..

Walau apa pun, Aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah mengajar mana2 individu. Walau anda hanya pengemis, namun anda masih mampu menjadi guru... percayalah... Kadang kala guru terbaik bukannya berada di sekolah namun berada di rumah anda... Terima kasih kepada Ibu Bapa..

Belajar bahasa siam

As salam

apa cite ari nie.. krang buat apa.. aku selepas konvo kira dok kat umah cam anak dara, x ada kuar p jalan2 meronda ka apa ka... perhhh... Gila sudah otak

Tapi akhirnya kuar jugak semalam p cari pokok bunga dan alatan2nya... Punya jauh p beli.. Hangpa tau kat mana, kat siam nuh.. Sampai jak kedai, terbelit-belit lidah nak cakap ngan siam x pandai cakap melayu... huhu.. gila ah... 

Alang2 dah sampai siam, p la makan Suki jap.. apa tu... Ala benda yang dibuat dari suhun dan berkuah.. Kawan aku cakap cam tempoyak.. eeeuuw, punya la sedap, ko kata gitu.. ish ish ish.. 

Aku kan selalu dah tunjuk gambar nie.. Tapi nie yang aku makan semalam le.. hehe

Aaaaa.. Selepas makan, aku pon p kat kedai mak sedara kat siam nie, al maklumlah, nak bertanyakan sesuatu... Untuk pengetahuan semua, aku nie minat ngan buku, tapi bacanya tidak.. Beli2 buat koleksi.. aduhaiii...

Alang2 dah bertanya, terus la aku mencari kedai nie... Perh, masuk2, banyak buku ada beb. KO nak apa pasal teknologi, komik, majalah, nvel dan lain2 pon ada.. huhu.. Tapi semua dalam bahasa siam.. adoyaii...

Last skali aku memang sambal satu buku nie.. iaitu kamus siam- melayu.. Ahhh, kan ada guna kan... boleh le aku membaiki bahasa siam aku... harga dia 150 bath ja persamaan dengan rm15.. 


Balik2 aku pon online le, bukan apa, kalau nak membaca, kena mengenal dulu a b c atau alif ba ta... Sama le ngan bahasa siam.. kena kenal dulu kho kai dan segala... ish3.. dasyat beb, konsonan dan ada dekat 44 belum masuk vokal.. pening2

Apa pon, nantikan perkembangan seterusnya yea...

KOPKUMKAP

Isnin, 14 Mei 2012

Bunga oh bunga

Bismillah

Sejujur-jujurnya aku terlalu minat ngan bunga.. Ahak, apa, pelik ka? Bukan bunga saja, segala benda hidup kat dunia nie aku suka.. Lebih mudah aku nie pencinta alam .. ( boleh plok ngaku gitu )

Tapi semenjak dua menjak nie, pokok yang jadi tumpuan adalah spesis berbunga terutama Anggerik.. Ada ke yang x tahu pokok anggerik 2 apa? Alamak, 2 la, selalu sebut orkid jak, mana nak tahu kan.. 

Lantaran itu, telah wujud la juga satu Kumpulan di facebook yang dinamakan Anggerik Desa. Kalau ada le seangkatan dengan aku, boleh le join skali.. Kumpulan nie open, x payah bayar pe pon. Apa yang korang dapat.. Hehe, sekadar info2 pakai pokok Anggerik jak.
.


Kenapa la boleh minat kan.. Okey, sebenarnya pokok nie senang jaga dan bunga dia selalunya akan kekal sehingga 1 bulan bagi spesis tertentu.. Dulu pon siap ada movie hollywood buat cerita pasai pokok nie kan..


Jadi, pokok nie kira diminati oleh orang ramai... hahah

Maksud nama aku:

ZULHAIRI = BUNGA KECIL 

INdahnya hidup berpasangan

As salam semua... 

Walawe, tajuk ari nie x leh blah kan.. ye la, aku kan dah abis belajar, nak jadi cikgu pon.. Kiranya tajuk pon kena la dewasa ckit..huhuhu

Manusia nie memang dijadikan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan... Tapi kalau korang dengar yang berpasangan antara jantan ngan jantan n puan ngan puan, itu salah, kira lari dari lumrah hidup.. Say No No No.. 

Apa yang buat aku tertarik dengan tajuk ini adalah Jodoh... Bukan senang nak huraikan pasal jodoh ni.. Ada yang datang senang senang jak, ada yang datang sederhana, ada yang susah datang dan ada yang tak datang-datang ( nie buat rasa prass mengonggeng nie ).

Bagi aku, itu semua kuasa Allah, kiranya setiap manusia kena bersabar dengan dugaan ini dan kirnya hilang kewarasan, maka hidup berpasangan ini menjadi bagaikan Neraka dunia.. hmmm. Mintak dijauhkan..


Bercinta pas kawin lagi syook kan.. hehe

Bagi yang rasa mampu seeloknya berkahwinlah dengan pasangan agar dosa2 dapat dihindarkan. Aku?? Belum bersedia untuk tahap ini tapi insyaallah dalam masa terdekat.. Moga dipermudahkan... =)

A.K.U.C.I.N.T.A.K.A.M.U.K.E.R.A.N.A.A.L.L.A.H


Ahad, 13 Mei 2012

Colour your family

Banyak orang banyak ragam.. So nie aku punya ragam.. X puas ati ka... 

LAmbang keluarga aku.. Setiap orang ada identiti sendiri.. Aku Merah.. wakkkakak

NIe dia.. KIta kena bersatu..

AKu perlu berubah....

Bismillah

Wah, sedar x sedar dekat 19 tahun aku belajar ek bermula dari tadika, sekolah renda, sekolah menengah, naik tingkatan 6 dan seterusnya melangkah ke Universiti.. Perh.. 5 tahun lagi belajar jugak tapi belajar berjalan dan komunikasi awal.. Al maklumlah, baby lagi masa 2.. hehe
Tapi kan.. 19 tahun belajar, apa sangat yang aku belajar.. Tetiba rasa diri nie kurang itu dan ini.. Banyak sebenarnya masa disia-siakan dalam tempoh tersebut...hmmm...

Bila fikir, rasa nak belajar balik, tapi umur dah meningkat, keperluan hidup yang perlu diutamakan.. Sambung belajar, memang ada niat, tapi tunggu kerja dulu.. keh3.. 

Nak x nak, kejar apa yang lebih utama.. Tapi sayang, banyak perkara yang sepatutnya aku dah tau dengan umur ini tapi disia-siakan.. Nak x nak, kena lah belajar balik.. Otak kira dah berkarat nie..

Kenapa aku nak cerita sangat nie.. Begini, bila aku tulis sini, ada yang baca, so leh le tolong ingatkan aku.. Yea, aku kini sudah DEWASA dan perlu berubah.. aku budak remaja atau anak-anak lagi walaupun bila p sekolah cikgu mesti tanya aku tingkatan berapa.. keh4 ( perasan ek.. )

Wah, dah abis belajar nie banyak benda nak kena fikir, kerja la, rumah la, kawin la.. huhu... Tapi Status skarang masih mengganggur.. keh3.. aduhai Zulhairi...NIe buat aku pening nie...


Pe pun, dah kena start plan dah nie.. mastikan hidup lebih baik d masa akan datang..

JANGAN BANYAK MERUNGUT

SEKIAN

Rabu, 9 Mei 2012

Tiba masa untuk berjuang di medan Ilmu

Assalamualaikum

Tangga 8 mei 2012, secara rasmi aku menjadi Alummi UPSI.. Perjuangan selama 3 tahun 1/2 amatlah berbaloi apabila akhirnya berjaya mendapatkan sekeping ijazah.. huhu.. Dulu, selalunya orang mengatakan segulung ijazah, namun sekrang dah x pakai gulung2 dah.. hehehe

Kenangan terakhir d UPsi... 

Bersama keluarga JMK yang sama2 berjuang d medan ilmu. MOga ikatan kita terus kekal hingga ke akhirnya... Ramai lagi keluarga yang x masuk nie.. heheh

Sahabat sebidang.. MOga anda menjadi guru yang berjaya d masa kana datang.. =)

Moga dengan sedikit ilmu yang dikumpul dapatlah aku berbakti d masa akan datang... Doakan aku untuk menjadi insan yang dapat membangunkan negara dengan melahirkan tokoh2 Malaysia di masa akan datang..

S.E.K.I.A.N

Rabu, 2 Mei 2012

Akhirnya.. Dslr Jadi miliku..

A salam..

Bukan mudah nak mendapatkan sesuatu. Patah lagi kita dari golongan yang berpendapatan sederhana.. Tapi, bukan satu penghalang untuk mempunyai impian untuk memilikinya.. Kerana kita tahu, Allah itu Maha Kuasa dan Maha Kaya.

Impian aku dari tahun 2008 lagi nak memiliki Dslr sendiri.. Namun Terpaksan pendam dan pendam kerana Banyak benda yang perlu diutamakan.. Melihat ramai kawan mula memiliki membuatkan sedikit cemburu namun secara positif yang mana aku tanam sedikit azam untuk berusaha.. Namun, bila bajet dah cukup, bertimpa-timpa musibbah datang menduga.. Namun, aku redha kerana ianya sebahagian ujian yang diturunkan oleh Than kepada hambanya untuk menguji tahap kesabaran..

Alhamdulillah, akhirnya, pada 1 Mei 2011 semuanya menjadi sejarah kepada diri aku sendiri apabila memegang Dslr sendiri. Syukur sangat.. Moga aku menggunakan ke jalan yang diredhai..

Walaupun tidak mencapai sasaran namun betullah kata oran, target istana, dapat kondominium dan sebagainya.. X mungkin terus mencapai yang disasarkan, namun dapat yang sedikit rendah dari apa yang diimpikan..

....INi miliki...


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...