nufnang

Ahad, 30 Oktober 2011

Rehat Sebentar..

Rehat seketika

mungkin seminggu tidak menjenguk kerna pulang ke Kampung

NANTIKAN CERITA DARI KAMPUNG

Sekian

Simpanan sebagai Kenangan

..Bunga..

jiwang ah mamat nie... Eleh, korang x yah nk menidakkan.. masa konvoi nanti, korang mesti tunggu orang bg kan.. 

Masa dok bercinta, bunga gak yg korang bg.. ros merah tanda cinta matiku padamu... byk le ayat lain

bila dah kering @ kecut.. korang buang kan? Aku? hehe, simpan ah, buat kenangan

caranya mudah, tengok yang mana paling comel, simpan d celah buku. dah pon siap.. Mudah kan..

nie le contohnya

K, selamat mencoba semua..

Petua : Hilangkan lingkaran hitam bawah mata

Arie nie aku nak share cam ne nak hilangkan lingkaran bawah mata.. Aku tahu budak2 terutama di menara gading nie jenos tidur lambat.. Ye la buat xsigment kan.

Bajet? x besar pon... Ok, korang mesti minat minum TEH kan? Ala, liptop ka apa ka.. semua boleh je..

Petuanya begini. Ambik satu uncang teh dan letakkan di mata. Oit, ruginya.. Hahaha.. Baiklah, sebelum tu, buat le air dulu, bila dah pakai baru guna untuk tujuan kecantikan kulit nie... JAngan membazir..

Semasa letak di mata, seeloknya baring le.. orang kata apa, rehat seketika iaitu dalam jangka masa 15 minit hingga 20 minit. 

Ulang selalu setiap kali anda minum TEH.. selamat beramal

cam nie le gayanya.. Tapi nie aku buat seluruh muka.. hehe

Oh yea, jangan lupa untuk minum air yang mencukupi kerana x cukup air, benda nie pun kurang berkesan..

Sabtu, 29 Oktober 2011

Moyangku dalam kenangan

..Assalamualaikum..

Semua hanya tinggal kenangan. Moyangku yang berada di Narathiwat Thailand akhirnya telah kembali.

Moga roh beliau dicucuri rahmat..

Al-Fatihah


dilahirkan di akhir 80 an. berumur seratus lebih semasa meninggal pada malam jumaat yang lepas..

Keunikan Tanjung Malim

............

Sapa tau apa yang unik kat Tanjung Malim? Ah, x tahu.. dah berapa lama dok kat cni... Pernah dengan PEKAN KOBOI.. Kat mana 2.. Hmmm.. Semuanya ada kat Tanjung Malim..


Apa lagi yang menarik dan unik? Haha, sebenarnya cni juga dikenali sebagai mini i-city... Hahaha.. Kenapa, x percaya.. OK, kalau nak tahu, korang pergi kat pekan dekat ngan stesen Bas.. Tengok ada x pokok yang warna-warni.. Sama kan dengan i-city.. HEhe

OK, lagi2... Tanjung Malim nie merupakan kawasan yang telah lama dimajukan oleh penjajah dulu.. x percaya tengok bangunan UPSI, ada elemen BRITISH.. Kan kan kan.

Klau d pekan pulak leh tengok bangunannya yang dibina sekitar awal 90 an.. Kira dah klasik gila... Seronok kalau kita kaji balik Tanjung Malim nie... JAngan just dok tido kat bilik je.. Try kaji ckit tempat keistimewaan sesuatu tempat.. 

PEKAN KOBOI.. Kenapa? sebabnya, bila semua budak UPSi balik, cam mati coz x da orang ngat... heheh.. Selebihnya pasal Tanjung Malim leh le dikaji... 

................................................

lokasi menarik untuk ambik gambar... klasik... memang kena ngan jiwa ah...

model spek mata... YEah
Model Jeans.. Sebak boh
tersesat... abaikan..
MOdel jam.. Leh doh 2..

nie penyokong ganu... xsited nk tgk bola..
LOkaSI ADALAH LORONG LORNG GELAP pEKAN tANJUNG mALIM

hahaha

RumaH 2-1-6 and The Geng.. InI Cerita Mereka.

Tik Tok Tik Tok

Jam dah menunjukkan kul 1.30 petang.. Yes, inilah masanya... CEPAT, time to go..

Segala persiapan dah siap, mula nak bergerak je.... Pinggan, nasi, jajan, gelas, semua lengkap.. Singgah kedai, lauk, air dan lagi jajan berjaya dibeli.. 

Tiada yang dapat halang langkah kesana..5 minit meredah, 10 minit dan 15 minit.. Akhirnya sampai... WAH, bestnye... SEjuk bila tengok, perut terus menyanyi.. Siapkan bekalan yang ada... 

Akhirnya


 masa untuk makan tengahari berjaya dilaksanakan... Punya la ikat perut semata2 nak gi piknik kat sungai samak.. hahaha. Apa2 pon memang best makan selepas kena air sungai yang sejuk sampai mencecah tulang sum sum... NIe le dia ahli kumpulan yang ada.. 


ada yang percaya bila susun ini akan menentukan nasib seseorang dalam berkeadaan baik.. Hmm, sebenarnya, itu dialog aku ambik kat TV.. jgn percaya le yea....


BAtu sempadan... Mereka orang-orang asal Tanah Melayu ( ada gaya kan? ) hahaha..
Datang memburu..

Sekadar gurauan, setiap ayat tidak ada kaitan dengan yang masih lapar ataupun kenyang... 

( _ _)W



Jumaat, 28 Oktober 2011

Wau, kini aku dah miliki laptop Epal..

..Salam sejahtera semua..

Setelah menanti untuk 23 tahun, aku akhirnya memiliki jua Notebook Epal.. Bez sesangat..
 
Tidak ada lain kat Malaysia kecuali aku.. hahah
 
Nama         : Epal
Buatan       : Malaysia
Pencipta    : Rie, Azmil, Akasha
Model       : Epal X 405Y

 
Hahaa... Sekadar gurauan..


Khamis, 27 Oktober 2011

Bola Tampar.. Inilah Wakil Malaysia di Pentas antarbangsa..

assalamualaikum

awal pagi begini memang kerjanya mengadap laptop je... Buakan apa, x terbiasa tido awal.. hehe

Cerita demi cerita aku tulis. Dan kali nie bertambah lagi cerita untuk sekian kalinya. Seperti tajuk diatas. Ya, itulah kami ( dengan bangganya melebarkan dada ) yang mana akan k pentas dunia tidak lama lagi.. Lathan demi latihan dijalankan untuk memastikan yang terbaik ( alo La ). Bukan apa, bagi le nampak hebat ckit.. Nie nak ambik bola pon terketaq tangan.. hehe
 
Walaupun tidak mewakili Malaysia untuk sebarang pingat, tapi GAME ini mesti diteruskan dengan jayanya yang mana merlunya untuk membuktikan rakyat MALAYSIA berbakat dalam apa2 bidang..
Udah la.. Aku Cite dah nak merepak pepagi nie.. Mai tengok aktiviti apa yang kami buat masa latihan selama 2 hari..


mAIN-MAIN JUGAK.. tAPI, ROTI SEDAP BOH.. HAHA

Abaikan bulu-bulu kakiku.. Nak bagi tau yang kasut nie dah banyak berjasa.. Hmm..

Maap la yea. memang x dok gambar masa main coz aku pon main jugak.. heheeh.. Gambar selepas saja yang ada... Nanti aku tunuj siapakah lawan kami.. YEAH
 
 

Selasa, 25 Oktober 2011

Ciri-ciri individu Autisme..

Masa dok tengok2  terjumpa la satu pic berkenaan ciri-ciri autisme. Mungkin ramai yang x tahu jadi, aku nak kongsi agar korang yang x tahu akan dapat mengenali dan lebih prihatin terhadap golongan ini.

nak tengok lagi leh ke NASOM

Isnin, 24 Oktober 2011

Narathiwat Thailand.. Kampung aku kena BOm.. 7 mati

..Assalamualaikum..

Bukak Fb pagi nie tengok ada satu tag yang menunjukkan laporan daripada Berita Harian yang menyatakan serangan bom kat Thailand... Berdasarkan gambar, dan laporan.. Tempat yang kena bom nie adalah pasar yang aku shopping pepagi untuk sarapan pagi dan beli keperluan.. 

Plan nak balik 2 3 hari sebelum raya, tapi tengok keadaan dulu cam mana.. Hmmm.

Ramai yang tertanya kan.. Mai le kita baca laporan penuh daripada Berita Harian

BH Online

SEBUAH  pasar raya terbakar sejurus letupan bom di wilayah  Narathiwat, semalam.
SEBUAH pasar raya terbakar sejurus letupan
bom di wilayah Narathiwat, semalam.

NARATHIWAT: Sekumpulan disyaki pemisah Islam menembak mati sekurang-kurangnya tujuh orang dalam siri tembakan dan serangan bom di selatan Thailand, kata polis semalam. 

Petang kelmarin, sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai pakaian wanita dan menaiki tiga trak pikap, melepaskan tembakan di pusat pemeriksaan di Narathiwat yang membunuh dua anggota renjer.
Tidak lama selepas itu, sebutir bom meletup berhampiran pasar raya berhampiran, diikuti bom kedua di sebuah pasar raya lain yang terletak kira-kira 300 meter, menyebabkan kebakaran merebak ke rumah kedai dan mengambil masa tiga jam untuk dipadam.
Polis berkata, mereka menemui dua mayat rentung, seorang pemilik kedai lelaki dan seorang guru perempuan dalam kedai pertama, manakala mayat seorang budak lelaki dan ibu bapanya ditemui di dalam sebuah lagi kedai. 

Tujuh lagi mengalami kecederaan dalam serangan itu, yang berlaku dalam masa setengah jam, terbaru dalam siri peningkatan serangan oleh kumpulan pemisah. 

Wilayah paling selatan negara itu digegarkan dengan konflik sejak lapan tahun lalu yang sudah meragut lebih 4,800 nyawa penduduk Islam dan Buddha. 

Lewat bulan lalu, lebih 12 pemisah menyerang sekolah di Narathiwat, membunuh empat anggota tentera dan mencederakan seorang kanak-kanak. Guru yang bertugas di sekolah awam kerap menjadi sasaran kerana dilihat sebagai simbol kekuasaan kerajaan dan sistem pendidikan dilihat sebagai usaha Bangkok melaksanakan budaya Buddha. 
Penduduk di wilayah berkenaan merungut mengenai diskriminasi terhadap etnik Melayu Islam oleh pihak berkuasa di negara Buddha itu, termasuk dakwaan salah guna kuasa oleh tentera. – AFP 

Seni #1 Lukisan Muka

Nampaknya aku mula dengan minat baru yang mula menguasai diri... Hmm,

Banyak benda yang perlu aku pelajari untuk ini.. Moga sapa2 yang leh ajar untuk penambahbaikan.. 

Nie lukisan Ariey yang bertajuk Material Girl

 HAha.. ingat kan cantik tapi..hehe

Skarang dah ada seorang cikgu.. Tapi nak tambah lagi....

It not my face

Kesian.. 30 Tahun dipenjara walaupun tidak bersalah

Tadi terbaca kosmo.. 

Tuduhan adalah merogol, hukuman seumur hidup.. Itulah yang telah dijatuhkan kepada seorang Lelaki kulit hitam di Amerika Syarikat. 

Tapi jumaat lalu dia dibebaskan.. Sebab bukit tidak menunjukkan dia bersalah.. Lamanya dok di penjara baru terbukti dia tak bersalah.. Diskriminasi ke apa terhadap golongan kulit hitam.. Hmm.. Mari le baca berita penuh dia


NEW ORELEANS, Amerika Syarikat - Seorang lelaki berkulit hitam, Henry James dibebaskan pada Jumaat lalu selepas dia silap dipenjarakan selama 30 tahun.
Peguamnya memberitahu berita gembira itu pada Khamis lalu bahawa seorang hakim sudah menggugurkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya kerana kesalahan merogol.
James yang berusia 50 tahun didapati bersalah merogol seorang wanita pada 1981.
Namun, berdasarkan ujian asid deosiribonukleik (DNA), dia didapati tidak bersalah pada bulan lalu.
"Saya berasa terkejut. Selepas 30 tahun, akhirnya anda mendapat satu peluang keadilan," katanya pada satu temu bual Projek Tidak Bersalah New Orleans.
Pada Jumaat lalu, dia tidak pernah putus harapan semasa dipenjarakan.
"Anda putus harapan, anda akan hilang semuanya," katanya.
Lelaki itu menulis surat kepada pihak Projek Tidak Bersalah New Orleans bagi membantunya dibebaskan.
James ditangkap selepas seorang wanita yang dirogol menyatakan bahawa dia tidak mengenali penyerang.
Namun, wanita itu memilih James semasa proses pengecaman penyerangnya dibuat.
Tiada sebarang bukti DNA James ditemui oleh makmal jenayah Jefferon Parish dalam bukti kes merogol wanita itu.
James merancang untuk tinggal di New Orleans dengan seorang anak perempuannya.
Anak perempuannya itu berusia tiga tahun semasa dia dipenjarakan.
James berharap akan menggunakan kemahiran pertukangan kayu yang dipelajarinya semasa dipenjara untuk mendapatkan pekerjaan. - AP

Ahad, 23 Oktober 2011

Motor cross.. Terbaik dari Felda Trolak Selatan

23 Oktober 2011

Kemeriahan memang terasa.. Memang mantap n mengagumkan.. Hahah.. Over plok

Aku nie bukan apa, kali pertama tengok Motor Cross, dan rezeki pulak coz leh jadi urusetia bagi pendaftaran peserta.. Kiranya ilmu baru aku dapat hari nie.. Semua kebetulan .

Sebenarnya, bukan motor je, tapi banyak aktiviti yang berlangsung seperti lumba basikal, bola sepak, pertandingan menyanyi dan sebagainya. Tapi yang aku terlibat hanyalah untuk Motor Cross sahaja.. Jom Tengok gambarnya.



Dengar kata bulan Disember nie ada lagi... Kalau leh join, aku on je setakat nie... Nak tahu Felda Trolak Selatan kat ne, leh ke FB nye Felda Trolak Selatan

Rabu, 19 Oktober 2011

Thank 4 everything.. Always remember me, Zulhairi Zulkifili

..............

8 sem berada d Upsi, 8 sem jugak aku mengenali mereka. Dari hari pertama sudah aku mengenali..

Setiap sem Wajib ada gambar bersama.. Tak pernah miss. 

Semalam dapat ini


Sebagai ingatan selalu, aku ternak le kekura kat blog nie.. 

Sekian

Selasa, 18 Oktober 2011

Sexy... Apa yang korang fikir ah....

Jangan cepat buat andaian.. Bukan kawasan tu k.. haha

wau, sexynya.. Apakah ini?
.
.
.
.
.
.
.
.
Oit.. dapat ka?
.
.
.
.
.
.
.
.

Dah jelas ckit. hmmm
.
.
.
.
.
.
.

i see
.
.
.
.
.

Nie le dia.. Korang nie.. cepat ngak buat andaian

Kredit: billy info

Isnin, 17 Oktober 2011

Pangkor Village beach Resort... Nice

Assalamualaikum

NIe hanya bikisan sebelum kita buat kunjungan hormat nanti.. Ada yang x dapat gambaran, jadi, rie masukkan untuk tatapan korang... Kalau ada masalah leh tanya.. OK.

empuk dan selesa...
Pasir putih,,
snorkeling
transpot
Tepi pantai.. dekat penginapan..

Nak tengok lebih, cari kat Pak cik Google

Ahad, 16 Oktober 2011

Kebun Pisang, Kelapa Sawit, Getah.. Mana yang paling untung....

Usahawan MUda

Aku bercita2 untuk itu.. Tapi skarang di landasan Ilmu dan bakal jd warga pendidik pada tahun depan. 

Tapi, minat aku lebih tertumpu kepada usahawan @ perniagaan. Tidak hairan la sepanjang berada di Universiti ini banyak benda yang aku lakukan untuk mendapatkan hasil bagi menyara hidup dan nafsu. Kalau tak percaya boleh singgah kat Red Flowers.

Sesungguhnya aku nie darah bisnes. MAk bukak restoren dan aku juga dah ada bisnes sendiri masa dulu... Tapi sebelah bapak aku nie ramai plok cikgu... BIla 2 benda ni digabungkan, maka aku pun jadilah 
Guru + Usahawan..

Plan masa kerja nanti adalah cari tanah untuk bukak bisnes dalam bidang pertanian. Tapi, dalam banyak tanaman aku lebih kepada 3 yang utama iaitu SAWIT, GETAH dan PISANG. Tapi kena lah pilih salah satu.. Bukan apa, untuk permulaan..

Pilihan masih samar coz dalam 3 jenis ini tak tahu yang mana lebih menguntungkan.. Aku hanya berharap impian akan menjadi kenyataan.. Amin

Perjalanan yang masih jauh.. moga jalan berliku d depan dapt diluruskan.. Betul ka bos..

 Getah... Pemintaan yang tinggi.. BUsuk2 pon duit boh

Insipasi hidup... Bayangkan 1000 pokok semuanya berbuah... Senang jaga..

Sawit.. Hasilnya mempunyai pemintaan yang tinggi... 

Masih cuba membuat landasan.. MOga berjaya Yeah

SEKIAN

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...