nufnang

Memaparkan catatan dengan label my self. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my self. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Julai 2012

Ujian Ramadhan

As salam

Lama x masuk cni.

al-kisahnya gini, semalam dalam jam 12 tengahari, tetiba datang sejuk dan sakit kepala yang amat.. Ngah kerja masa 2.. ish2... pointnye senang je

"AKU DEMAM"
hehe.. Tahan punya tahan la, malas nak balik awal kerja...Dah abis kerja, aku balik. Sampai separuh jalan, singgah umah member terus tidur.. X leh drive dah... 

Hari nie dah masuk ari kedua demam.. Sabar dengan ujian.. Moga esok x teruk coz nak g kerja.. kalau x, MC la nampaknya...


Rabu, 16 Mei 2012

Aduh Mak, sakit

As salam

Benda dah nak jadi, redha saja lah.

Apa cerita nie.. Gini2, sebenarnya tadi petang 3 ekor kucing bergaduh, biasalah kucing betina.. Gaduh teruk woo, cam cite kung fu dah aku tengok. 2 ekor baru jak jadi ibu, sekor lagi dok ngah mengandung.. Ngan mengandung nie paling garang.. mungkin bermadu semuanya.. huhu.. Memang x aman le kat umah nie coz yang tinggal semua kucing betina.. Yang jantan dah berhijrah, al maklumlah, dah besar panjang kan.

Back to story. Masa aku nak meleraikan pergaduhan kucing2, Perhhh, aku pon hulur le kaki ckit.. Zapppp, weauuu, kuku yang tajam telah pon menikam kaki aku, zap, tarik panjang 2.. Aduh, mak wei, sakit bukan kepalang... Serta merta berdenyut2...

Orang kata kuku kucing nie berbisa, kalau lawan ular pon ular yang kalah.. ish3... Nie pula aku yang kena kan.. adeh deh deh.. Terus le gunakan petua yang mak aku ajar iaitu daun kapal terbang coz masa 2 ngah berkebun.. 

Caranya, ambik daung kapal terbang nie, pas 2 gotel2kan sampai lumat dan tampal kat luka.. Kalau ada kapur, letak ckit.. Berkesan beb..

Alah, ckit jak kan.. Tapi masa kena, perh, darah kuar cag cag cag.. 

Penangan dari peristiwa ini, kepala aku jadi pusing, suhu badan menurun dan alamtnya nak demam.. aduh2.. Bisa sungguh Kucing nie.. Tapi, jangan marah kata nabi.

SETIAP KESAKITAN PENGHAPUS DOSA

Sabtu, 31 Mac 2012

KERJA BARU MEMBERIKAN PENGALAMAN BERBEZA

Selepas tamat belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, aku di ibaratkan penanam anggur yang x mungkin ada hasilnya. Sepanjang menanti anggurnya berbuah, kerja sampingan aku adalah menambahkan berat badan... haha.. Mungkinkah ia berjaya? nantikan...

Namun dua tiga hari nie aku mula bergiat secara pasif dalam bidang yang tak pernah aku bayangkan apatah lagi disimpan sebagai mimpi. kerja apa 2..

Baiklah, untuk pengetahuan semua, secara sengaja atau tidak sengaja aku pon x tahu... Yang pasti aku mula terlibat atas saranan ibu aku sendiri.. Kiranya paksa rela.. hehe..


inikah kerja aku.. ada kaitan

Memandu lori.. yeah.. nie bukan juga kerja aku.. keh3

Nak tahu, Kerja aku mudah je, hanya mencatat trip lori yang mengambil tanah di sesuatu kawasan... hehe . 


Sabtu, 14 Januari 2012

9 hari sebelum aku meniggalkan Bumi Tanjung Malim

Subhanallah

Rupanya dah  3 tahun 1/2 aku di bumi Tanjung Malim nie. Banyak pengalaman dan cerita telah aku lalui. Dari hari pertama pendaftaran masuk yang mana telah dijodohkan ketemu Syidatul Fajar Syawal dan Khairun Nisa yang menjadi sahabat setia sampai ke akhirnya. Melekat plok dengan geng jejaka hensem dan bergaya Wak, Sham, Amri yang juga samapai ke akhirnya. Aku punya sahabat kiranya.


Di sini juga aku mula mengenali erti kepimpinan sebenar. Tapi adakah aku seorang pemimpin? hemmm. Tepuk dada tanya iman orang kata. Bermula dengan menjadi Rexco hinggalah bergelar JMK utk 2 tahun lamanya. Aku mengenali 1001 ragam manusia. Terima Kasih kepada yang mengenali diri dan maaf kiranya ada kilaf dari aku. Al-maklumlah, aku manusia biasa.

Kenapa, aku di sini. Tentulah kerna ilmunya. dalam erti kata sebenar. aku kemari utk mengenali apa itu Pendidikan Khas. dalam bidang ini, banyak pula cabarannya. Terima Kasih kepada Budak Khas. aku bukan yang terbaik untuk kalian semua. Sahabat setia Hafiz dan Hakim yang banyak membantu dalam banyak perkara . Hafiz dalam pelajarannya kerana aku bukan seorang yang pandai dalam pelajaran. Hakim, seorang yang cepat dlm sesetengah perkara. Kerna dia, aku mengenali erti pekerjaan. Tali tinggi, katering dan kerepek menjadi sebahagian bidang aku. 

Hidup bagai tak bernyawa tanpa keluarga di sini. Terima kasih kepada keluargaku JMK empat sidang bermula dari sidang 08/09 hingga 11/12. Walau ada sesetengah daripada kita tidak seakrap mana, tapi bila mana kau menjejaki kaki dalam kelompok ini, kau adalah saudaraku. :)

3 tahun 1/2.. Lama atau cepat terpulang kepada individu. Aku? ianya bagaikan air mengalir dan bagai angin yang bertiup tanpa berhenti.. Cepat memang cepat. 

Kini, dalam masa 9 hari terakhir sbelum munculnya 24 Janiari 2012, aku terus setia di bumi Tanjung Malim, menghabiskan sisa masa yang terus bedetik. Mereka, geng rumah 2-1-6, adik2 JMk, sahabat perjuangan  dan sahabat jalanan. Mereka bersama aku meniti masa yang ada.



Esok, selepas tamatnya masa ini, mungkin jumpa mungkin tidak. Semua sibuk dengan perjalanan hidup masing-masing. Berjumpa yang baru dan pasti sesetengah daripada kamu melupai aku? tepat bukan. Tak apa. memang lumrah kehidupan.  Aku tak pernah menyalahkan setiap apa yang berlaku kerna aku mengalami masalah yang sama.

Diharapkan coretan pagi  ini akan mengingatkan aku kepada kamu. Maaf kiranya aku terlupa kamu di masa akan datang. Sebab? muka kamu dah berubah, dari kurus jadi gemuk, mungkin yang gelap jadi beseri. Siapa tahu. perubahan manusia mengalahkan proses luluhawa yang berlaku.

Ingat aku, Zulhairi Zulkifili. Si tinggi lampai, hitam manis dan yang lain, kamu tentukan. Sekian


Zulhairi Zulkifili
2-1-6
Khar
Tanjung Malim

Rabu, 5 Oktober 2011

TErima Kasih semua

HAri nie aku nak ucap terima kasih kepada smua yang wish Hari jadi aku..  AKu hargai setiap kata dan doa yang korang aminkan kepada aku, moga aku dipermudahkan jalan seperti mana doa-doa kalian semua.

Moga dengan peningkatan umur nie membuatkan aku menjadi lebih matang dan bersedia untuk menghadapai segala cobaan dan dugaan yang bajal kunjung tiba. 

Aku juga mengharapkan bantuan dan sokongan kalian semua akan berterusan kerna aku bukanlah seorang yang mana mampu untuk menghadapi semua seorang diri. MOga kiranya ada salah dari aku, mohon ditegur.. Sama2 kita jadi insan yang berguna.

Orang tu bagi.. trimas
Dari Sham paksu.. trimas juga

Jumaat, 16 September 2011

Ariey LIfe selangkah lagi kedepan.

Assalamualaikum

Nampaknya ariey selangkah ke depan dengan bermulanya Bisnes secara kecil-kecilan. Moga permulaan ini dapat dipermudahkan jalan. Terima kasih yang membantu...

Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, boleh ke Fan page Red Flowers


Boleh masuk dan tengok. MInat leh le terus PM d facebook.

TRImas

Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Tinggal JOhor, WElcome back to Kelantan..

Assalamualaikum

PoM, PoM, PoM, PoM, PoM

Sana sini munyi mercun, meriah, Tadi pagi masa kat sekolah bunyi gak, Macam sambut pemergian aku je dari Sekolah Menengah Kebangsaan Daro Syed Esa ( SMDSE ). Berkejaran cikgu disiplin dok mengejar bebudak nie.. Aku, sekadar tersenyum... Hehehe

Kenapa plok le leh senyum tou, ye la kan, sejak dari bulan Mei aku dok kat sekolah 2, maka ari nie menjadi sejarah buat segala galanya di SMKDSE. Dah abis aku praktikal... hahahaha. Masa cam cepat jak dok mengejar. Masa nak balik, guru pembimbing buat majlis perjumpaan dengan semua guru dan murid khas coz nak sambut pemergian aku.. Wah, sedih plok rasanya.. Masa kena bagi ucapan, x terkata aku. Hanya dua tiga ayat kuar coz kena buat skali ngan kod tangan.. alo la...

Bila aku tengok tefon plok, upenye dah 26 Ogos arie nie.. Wah, kiranya dah 26 ari kita puasa dan dah dekat nak raya n merdeka...

Dah sampai umah, aku tengok barang x simpan lagi. Dah masukkan semua2 bendanya, perh, 5 beg semua. Gluop, telan air liur aku. Tu ada lagi yang tertinggal... Cam ne nak bawa balik nie. dah le naik bas... Takpa2... Redah je esok... 

PE pun, just nak ucap Selamat Tinggal JOhor dan moga JUmpa lagi...Best coz dapat kenal makanan baru kat cni.... LIke
 
Pe pun, Selamat datang ke KElantan plok pas nie.. BAlik la ke tanah tumpah darah... Rindu nie... 









Jumaat, 19 Ogos 2011

BAlik Kampung....

WAh...

Cam x sabar plok nak balik Kampung.. Ari nie baru 19/8/2011... Aku baliknya 27/8/2011... Tapi, masyaallah, barang dah siap packing nie... Ye la banyak bebenor. TApi makin bertambah-tambah dekat last2 nie....

Mungkin ini yang aku alami? 

          Ye la, aku walau di kejauhan dengan my heaven, tapi pulusnya ada, pe lagi melantak le tangan nie gatai nak pegang itu, nak pegang ini... Dah le pegang, pastu terus ambik... Sampai kurus dompet aku.. Haha...

          Ok, ko bayangkan cam ne aku nak bawa barang nie... 2 beg besar untuk pakaian, 2 beg untuk Laptop, 2 beg untuk Kelepek dan geng2 dia... RAsa gam bertambah lagi gamaknye... Adoyai... TApi tak pa... KEcik punya hal da....

           Bagi sekutu-sekutu aku yang di perantauan, aku nak bagi le ko dengar lagu nie... MOga Selamat Sampai ke Kampung Tercinta.... PE pun, doakan aku skali untuk selamat sampai.....



Isnin, 1 Ogos 2011

Wah,,, mula berpuasa...

Assalamualaikum....

Celik pejam celik rupanya dah masuk bulan puasa.... Perhh..

          Aku nie bukan apa, macam kejutan budaya plok walaupun dah selalu buat setipa tahun.. haha,, Semenjak dok Johor nie, makan aku nie bukan berkurang tapi makin bertambah. Satu pinggang x cukup mesti UP punya sampai 2 hingga 3 skali makan..

           Dah masuk ari pertama nie... Mula la dok pikir macam2.. itu la ini la. TApi bukan le pasai makanan ja, tapi stamina, kerja dan aktiviti... perh.. Yang penting IBADAHnya... Aku bukan le orang yang tinggi ilmu agamanya.. TApi bila dah masuk puasa nie, macam satu tarikan baru utk aku nak blaja benda2 akidah nie....

          Puasa nie betul la kata orang, menguji kita dalam perbagai aspek iaitu nafsu, keinginan, pandangan, kesabaran dll. Kalau stakat puasa makan tapi ati dan jiwanya x dijaga, x jadi juga... MOga aku leh le sabar n cuba untuk menjaga apa yang perlu dijaga.. tak gitu en/puan ?.. hihihi

          Pe pun, moga kita dapat memanfaatkan bulan puasa nie dengan sebaiknya n meneruskan kebaikan ini d masa yang akan datang..... Dah asar nie, nak jalan dulu lah yea.. Ketemu nanti.....




















Ahad, 17 Julai 2011

Hari yang panjang....

Wahh, nampaknya ujung minggu aku kali nie terisi ckit ngan xtiviti..

         Arie  Sabtu aku sehari dok berkebun... Banyak le pokok yang aku tanam contohnya kacang botol, kacang bendi, keledek n ulam raja.. hahahah, moga dapat le hasilnya yea.. Amin................Tangan aku jenis sejuk, 2 yang mak aku cakap... kalau jenis tangan panas, tanam pokok selalunya x dapat nak idup... hehehe

          Arie Ahad buat pa plok? hahaha, nak tahu ke... hmmm x da la sibuk sangat just p meronda kat care 4 n pas 2 sempat le p melalak dua tiga lagu kat karaoke jambang.. hahha.. Yang pasti, masa nyanyi suara memang ngah x da... Cair cam t*** jak bunyinya.. Orang dah ajak, so, pe lagi, melepaskan perasaan le nampaknya... Pas 2 ikut le si Sepul p umah dia, tengok one family dok buat biskut.. Perh, meriah jugak... Aku? tengok sahaja.... Layan Tv.. kakak

          NIe malam aku x da le dok buat pa ngat, just siapkan Rph untuk sek esok.. Wah, rajinnya.. hehehe

Isnin, 28 Februari 2011

Bunga Mawar...



[B]unga, kini sudah ditanganku. Cantik, indah, wangi dan berseri. Aku menyukainya.Hmmmm, mungkin ini sudah rezekiku....



           Walau sekadar bunga, ia cukup untuk nenyerikan bilik empat yang sempit dan suram yang memiliki 1 lampu nusantara dan kipas gantung...



           Tapi, aku perlu menyerahkannya kembali kepada si dia agar lagi berseri dan tidak layu kekeringan..


           Siapa si dia?...persoalan dibenakku...




Zulhairi Zulkifili

Ahad, 27 Februari 2011

detik masa berdetik

          Kipas berkejaran antara 3 bilasnya namun tidak pernah mencapai satu sama lain.. Ianya masih terus berpusing dan hanya  berhenti pabila ku tutup suisnya..

          Jam menunjukkan 2.33 pagi... Ehmmm, masih muda malamnya.. Kesunyian bertandang dan hanya lagu Bleeding LOve nyanyian Leona Lewis berbisik di pelosok telinga...

         Masa bertambah seminit lagi dan makin bertambah.. Detik berlalu bersama usia yang sia-sia...

          Esok akan datang, terdetik kata hatiku. Hanya menanti bersama usia untuk menggapai hari esoknya..

          Aku menanti...........................

Zulhairi Zulkifili

Dunia..



Di sebuah bilik paling bawah bangunan sembilan tingkat kelihatan suram dan makin menggelap pabila awam di langit mula menutupi matahari. Dia masih leka dengan mimpinya yang panjang entah berkesudahan.

Bila guruh mula berdendang bersama pancaran kegemilangan di langit kelabu, dia masih dibilik tanpa menghiraukan akan perubahan dunia.

Zulhairi Zulkifili

Puncak


Hari ini harinya, kata Iman dengan semangat, aku akan memastikan aku sampai ke puncak impianku.

          Iman terus melangkah ke jalan berlumpur dan berliku. Tiba-tiba sahaja dihalang oleh Nafsu.

Kau mahu kemana? Kata Nafsu

Aku mahu ke Puncak, ingin gapai kenikmatan tujuh langit. Balas Iman

Eh, sama tujuannya, kenapa keseorangan sahaja ke sana, lebih baik bergerak bersama. Kata Nafsu memujuk.

Mereka berjalan terus ke puncak dan setibanya di lereng Puncak, Nafsu dengan sengajanya menolak Iman ke cerun dan meneruskan perjalananya ke Puncak.

Zulhairi Zulkifili

Selasa, 15 Februari 2011

6 minggu yang merugikan....

adoi....


 Rasa bodoh betul la sepanjang 6 minggu nie.... X ada kesedaran diri langsung utk belajar.. semua nak post pon last minit... 


 Niat tahun baru nak semua buat cepat, tapi hangat2 tahi ayam ja.... Sampai detik nie x da pa yang leh membanggakan... Utk program ok lah, tapi study, hampeh.. Gila ahhh...


 Niat nak bangun pagi n siapkan apa patut, tapi x jadi2... Kelas ari nie pun terlepas lagi... nie semuasalah sape... aku la, korang x yah nak jawab...


 So, pe nak buat.... aku buat azam baru.. hehehe... jadi ke... tulis blog rajin plok ngan fb... Nie semua pengaruh negatif nie... ishhhh......sekian

Rabu, 25 Ogos 2010

Pandu hati-hati yang...

Yang mana balik awal 2 n kalu plok bawa kete sendiri, moga berhati-hatilah di jalan raya... aku sayang semua......


Kos untuk kemalangan kat Malaysia mencecah jutaan setiap tahun rasanya... so, pleaz hati-hati ya.......





jangan buat cam nie... keje gila... take your time...

Ahad, 22 Ogos 2010

Hatiku ngan otakku bergaduhh...

Assalamualaikum........


CARi DiriKU ... aishhhh
sudah dekat seminggu aku tidak menjenguk kat cni... Entah lah, nafsuku hilang dalam banyak perkara kecuali makan... Perasaan yang tidak menentu dan kadang kala aku sukar bernafas... Apa jenis perasaan yang aku alami sebenarnya... Nak kata perasaan ingin bercinta, kemungkinan tetapi sakitnya bagai putus cinta... Aku pun dah x faham dengan diri sendiri... 


          Sampai satu ketika,, banjir pipiku dengan keringat air mata, hehe.. Memang aku nie seorang yang emosi. Tapi persoalannya, kenapa aku menangis.. Aku sampai kini x jumpa jawapan yang pasti... Esoknya aku jadi seorang yang cukup panas baran... Itu bukan sikapku tapi telah menguasai diri hingga 80 peratus.. Aku kalah dalam memperjuangkan hak dalam kehidupan seharian dek kerna hatiku ditawan oleh emosi yang kejam...


         Ape pun, aku mengharapkan diriku yang sememangnya diriku kembali agar aku dapat menceriakan hidup sahabat disekelililng... aku inginkan diriku kembali..... aishhh....


Jgn tinggal aku... Help
         Mungkin penyelesaian yang harus diambil g memeriksa tekanan jiwa dan tahap emosi... Tanjung Rambutan bagai memanggil plak...        Hehhehe... 

Isnin, 16 Ogos 2010

Koleksi aku yang terbaru... emiko... lalala


Nie aku dapat semalam masa p beli barang kat TF... 

Cam ne nak dapat? hehehe... just beli isian semula shokubutssu n dapat la...... semua ada 6 beradik.. hope dapat la yang lain juga. heee......

comel kan...

Jumaat, 13 Ogos 2010

teringatkan kenangan lalu.... mampukah aku mengubahnya....

Takkala aku mengimbau kembali kehidupanku... banyak onak duri yang ku lalui... Dari hari kehari, dari minggu ke minggu hinggalah tahun ke tahun... Banyak sungguh dugaan datang menimpa diri... Perbagai jenis perasaan dapat kurasai dan perbagai pemberontakan telah aku lakukan.. Namun, ianya tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul

Kini, setelah hampir 3 tahun aku disini, permasalahan makin aku lupakan. Namun ianya bukannya selesai tapi segala bebanan masih digalas oleh ibu bapaku... Aku merasakan bagaikan anak derhaka kerana merelakan permasalah ini terus berlanjutan.

Pabila pulang ke kampung, aku bagaikan segan dengan kehidupan yanga ku lalui.. Bukan apa, kerana dahulu aku hidup dalam dunia yang lebih indah.. namun pabila mengingatkan kembali 10.10.2008... Hatiku merintis dan hiba... Ianya bagaikan telah mengubah sejarah hidupku yang indah menjadi mimpi ngeri..

Permasalah yang berlaku masih tidak selesai... Namun, aku terima segalanya dengan takdir Tuhan yang mana menguji hambanya yang sabar...

Dahulunya berseri dan sibuk.. Kini, ianya suram bagaikan tidak berpenghuni

Kemegahanku kini tinggal kenangan..


Sukar aku menerima kehilangan ini...


Bilik-bilik yang dulu aku diami... Banyak sejarahnya..


Senyuman seorang ibu... Hatinya siapa yang tahu...



Termenung sendirian... Menantikan anaknya kan pulang... 


Sejarah tinggal sejarah

Wahai kampungku, bukanya aku malu untuk bersamamu.. Namun, aku mempunyai misi tersendiri disini... Harapkan sinar kan menerangi mu di pagi hari dan membangkitkan semangat juangku sebagai anak jati..
Tidurku berlinangan air mata bila memikirkan dirimu yang semakin tenat ditelan waktu..

Bersabarlah, pasti ku pulang mencarimu...

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...