nufnang

Isnin, 28 Februari 2011

Bunga Mawar...



[B]unga, kini sudah ditanganku. Cantik, indah, wangi dan berseri. Aku menyukainya.Hmmmm, mungkin ini sudah rezekiku....



           Walau sekadar bunga, ia cukup untuk nenyerikan bilik empat yang sempit dan suram yang memiliki 1 lampu nusantara dan kipas gantung...



           Tapi, aku perlu menyerahkannya kembali kepada si dia agar lagi berseri dan tidak layu kekeringan..


           Siapa si dia?...persoalan dibenakku...




Zulhairi Zulkifili

JMK KHAR masuk METRO lagi...

Harian Metro



SERAMAI 30 ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK), Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak menyertai Kem Kepemimpinan Organisasi di Kem Iman D’ Semungkis di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.
Kem tiga hari itu mensasarkan matlamat membina sifat kepemimpinan di kalangan peserta sebagai meneruskan kemantapan sesebuah organisasi pada masa depan. 

Yang Dipertua JMK, Nor ‘Isam Md Noor, berkata kem itu meletak sasaran melahirkan mahasiswa serba boleh.

“Kem ini merencanakan pelbagai aktiviti bagi mengharumkan nama UPSI. Ia menjadi tempat menguji semangat dan kekuatan peserta menghadapi pelbagai cabaran.

“Segala aktiviti diadakan penuh dengan cabaran dan kesukaran bagi melatih kekuatan mental dan fizikal peserta.

“Ia juga bagi memupuk semangat bekerjasama serta mendorong antara satu sama lain,” katanya.

Sepanjang program itu, peserta dilatih dengan pelbagai latihan mencabar diri oleh pasukan pasukan fasilitator diketuai Mohd Fadzli Abd Manaf dari Exact Tarining Colsuntant.

Mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti sukar seperti meredah hutan sejauh satu kilometer dalam hujan lebat selain membina kepakaran memasak makanan di tepi sungai.

Peserta yang dibahagikan kepada empat kumpulan turut didedahkan aktiviti menara impian, merunut hutan dan ikhtiar hidup, dinamik kumpulan, komunikasi berkesan dan memanjat dinding.

Turut hadir, Pengetua KHAR , Nor Azman Mohd Ramli.

Kuasa Minda.. Telepati menyerang aku..

 [M]inggu nie pemikiran aku jadi x brape nak betul ckit... Ye betul.. semua gara-gara Kuasa telepati... Ape 2 ? Bisikan rahsia menyengat telinga n meminta tolong untuk dilepaskan....Aku x faham, bukan aku pakai telefon pon, tapi kenape aku leh dengar perkara sedemikian.... Gila-gila


         Tapi, semua Perkara yang berlaku hanya mimpi semata, x ada kaitan dengan realiti hidup aku.. hahahahahaha.. NBie semua karut.. man mungkin aku mampu mendengar suara org lain dlm keadaan sedar yang hanya membisikkan ke telinga tanpa mengeluarkan suara...


          Nie la sebabnya, Buku Detektif Indigo Kembali telah membuat aku jdi cam gini.. Pas baca terus tido hingga aku membayangkan dlm hidup sebenar aku...

           Kalau sape nak tahu lebih lanjut, leh cari buku nie kat Khar mionggu nie... Ye la, kebetulan ada Pesta Buku dan Informasi 2011...  Nak tanya aku, just send pesanan ngan Kuasa minda anda. hahah...

Ahad, 27 Februari 2011

detik masa berdetik

          Kipas berkejaran antara 3 bilasnya namun tidak pernah mencapai satu sama lain.. Ianya masih terus berpusing dan hanya  berhenti pabila ku tutup suisnya..

          Jam menunjukkan 2.33 pagi... Ehmmm, masih muda malamnya.. Kesunyian bertandang dan hanya lagu Bleeding LOve nyanyian Leona Lewis berbisik di pelosok telinga...

         Masa bertambah seminit lagi dan makin bertambah.. Detik berlalu bersama usia yang sia-sia...

          Esok akan datang, terdetik kata hatiku. Hanya menanti bersama usia untuk menggapai hari esoknya..

          Aku menanti...........................

Zulhairi Zulkifili

Dunia..



Di sebuah bilik paling bawah bangunan sembilan tingkat kelihatan suram dan makin menggelap pabila awam di langit mula menutupi matahari. Dia masih leka dengan mimpinya yang panjang entah berkesudahan.

Bila guruh mula berdendang bersama pancaran kegemilangan di langit kelabu, dia masih dibilik tanpa menghiraukan akan perubahan dunia.

Zulhairi Zulkifili

Puncak


Hari ini harinya, kata Iman dengan semangat, aku akan memastikan aku sampai ke puncak impianku.

          Iman terus melangkah ke jalan berlumpur dan berliku. Tiba-tiba sahaja dihalang oleh Nafsu.

Kau mahu kemana? Kata Nafsu

Aku mahu ke Puncak, ingin gapai kenikmatan tujuh langit. Balas Iman

Eh, sama tujuannya, kenapa keseorangan sahaja ke sana, lebih baik bergerak bersama. Kata Nafsu memujuk.

Mereka berjalan terus ke puncak dan setibanya di lereng Puncak, Nafsu dengan sengajanya menolak Iman ke cerun dan meneruskan perjalananya ke Puncak.

Zulhairi Zulkifili

Jumaat, 25 Februari 2011

Kenyang aku jamah Karipap2 cinta..


Dah lama x makan karipap, tetiba tengok yang panas, try le kunyah... peh memang sedap arhh..
Aku dua ari dok kunyah, barulah kenyang...hehe..

Dari mula nak buat karipap aku try hayati, ternyata ianya sukar dah memberlukan banyak perkara...Aku kiranya bila dah telan kuih nie sampai mengalir air mata .. hahaha

Ko nak rasa, mai arh, aku bagi tgk...kaka... 



Nie la karipapnya... Ko nak makan yang mana, si sareah buat or ali... hihii.. Kelakar cite dia....

Pe pun nak tahu, p le beli.. Bukan karipap kat kedai ek..

Selasa, 15 Februari 2011

6 minggu yang merugikan....

adoi....


 Rasa bodoh betul la sepanjang 6 minggu nie.... X ada kesedaran diri langsung utk belajar.. semua nak post pon last minit... 


 Niat tahun baru nak semua buat cepat, tapi hangat2 tahi ayam ja.... Sampai detik nie x da pa yang leh membanggakan... Utk program ok lah, tapi study, hampeh.. Gila ahhh...


 Niat nak bangun pagi n siapkan apa patut, tapi x jadi2... Kelas ari nie pun terlepas lagi... nie semuasalah sape... aku la, korang x yah nak jawab...


 So, pe nak buat.... aku buat azam baru.. hehehe... jadi ke... tulis blog rajin plok ngan fb... Nie semua pengaruh negatif nie... ishhhh......sekian

Isnin, 14 Februari 2011

Lama x tgk dia... Gud Luck utk pratikum....

hehhee... ingan kat partner lama.... Harlina n keluarga 09/10... Nasib adaa kenangan yang terakam.. walau aku merosakkannye secara sengaja.. lalalalala


Bakti di Pagoh Johor.. Seribu kemanisan dalam kepahitan

Assalamualaikum.....

Cerita ari nie aku nak bagi tau pasai aku p Pagoh Muar Johor... Pe, best gila.. hahaha.. Kenape? adalah... hahaha....

Nak tau ek.. K lah, cam gini2... Aku p la untuk buat bakti cikit kat sane untuk mansar banjir.. Fokus adalah kawasan teruk banjir.. Aku n geng Upsi p le cuci sekolah agama, masjid n surau.. Walau x banyak yang dapat tolong, tapi kira ok la sebab mampu kerahkan tenaga empat kerat yang bersisa nie... hahaha, klasik bunyinya..

Yang paling aku seronoknye, aku cam jadi diri aku yang gila2 seperti dulu2... Haha, semua trauma ngan aku ek.. Sory le sape yang terkena.. X rancang pun nak mengata tapi mulut x leh nak kave.. Lalalalala

Punya le bersyukur geng upsi bila aku dok senyap.. ( ye ke ).. tepuk dada tanya selera...kikikiikik.. Tapi aku seronok sangat... Leh kenal ngan Aira ( artis kampung ) n makcik2 muda.. kakaka

Kiranye aku ni berjaya menjadi Dj secara tidak langsung bersama patner KUntum..( leh tahan mulut budak nie ).. semua benci ( tapi sayang )...

MOga korang semua maafkan kami nie yang banyak berdosa gitu... Aku halalkan semua yang korang dok ngumpat aku kat blakang.. lalala .. Walau x dengar, firasat aku kuat tau...

Sempat dok tembak pic untuk santapan.. Moh le tengok....

Gambar masa sampai.. x sempat nak ambik selepas.. abis bateri.. sob2
Mak cik2 yang datang..
Jalan2 tengok kg... 
Jantan koya... ek
Longgokan
Bok bong g sekolah.. Tahniah...
suka mok cik nie.. sabah mari
Klasik nie.... Terserempak, so snap le..
Pe pun, thank le kat korang yang buat program nie.... Ade lagi, jemput2 lan ye.. aku on je kalau free....


Khamis, 10 Februari 2011

Kem kempimpinan.... Mantap abis....

lama x masuk, rindu.. hahha

K, ari nie aku just nak share le satu pengalaman masa kau p kem kepimpinan kat ulu selangor...

ceritanya begini......

sebnelum balik raya cina ari 2, budak jmk nie kena la p kem kepimpinan.. so, pe lagi gi la sana...kat cne fasilitator kebanyakkan cikgu cikgi.. best le, sempoi, perangai lak cam bebudak... hahahhaa

Mereka yang dok latih kami nie dari exact... 

pe pun tengok gambar lu, baru aku cite lagi

setibanya ke kem Hulu Langat, selangor
Kumpulan Juara... Antares... Mantap.... hhaha
Peserta, felo dan ajk pelaksana..


NIe plok gambar aktiviti....


Tengok gambar nie rasa cam korang semua dah faham kot... So, ari 2 aku bagi 4 bintang, tapi, sekarang up jadi 5 bintang... mamtap...hahah

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...