nufnang

Memaparkan catatan dengan label x betul dah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label x betul dah. Papar semua catatan

Selasa, 6 Disember 2011

Kau Sebagai Ganti..

..Tet..

Hilang satu pasti kan berganti. Menunggu atau dicari.. Tergantung atas keinginan diri.

Wah, wah, wah.. Berbuka dengan jiwang karat le mamat nie.. Haha

..Assalamualaikum..

 Lama x UPDATE walaupun ary2 buka.. Cam x da story coz setiap ari dok terkurung kat bilik jak.. haha..

Tajuk KAU SEBAGAI GANTI nie ilham daripada kasut baru.. hmm.. x betul dah mamat nie.. kiki.. 

KIsahnya begini, Dulu  aku pernah beli kasut kat Taiping dan menjadi sahabat setia kakiku untuk ke mana saja, dari Perak ke Johor,singgah ke n9 dan Melak, balik Kelantan, singgah di 3 negara luar iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam... 

Tapi, Usianya dah lama, yang cantik kan jadi sebaliknya yang elok dan tidak lihatnya dari pandangan mata..

Sebab itulah, aku mencari ganti.. Tet.. Sedih plok.. Haha


Kasut Yang banyak berjasa.. Skarang bawah dah belubang.. Ingat nak kuburkan  d Vietnam, tapi sayang aku kat ko, bawa balik dok kat Tanjung Malim balik.. Hmmm ( abaikan bulu kaki )


Tu  dia.. Baru2.. Nie aku x pakai pon lagi.. Entah bila nak guna x tau... Moga ko jadi setabah si Coklat la ye si Biru.....

Nantikan kasut baru di kakiku selepas nie.. Tengok berapa jauh ia mengembara sama ada sehebat si Coklat  atau tidak..

.....Bersambung.....

Khamis, 24 November 2011

FB: Heliza balas la.. Tet..

cam x da kerja dah aku nie..

Haha, kan ari 2 aku jumpa Heliza masa p PDK ( Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ) Trolak.. Dah sampai umah aku pon tgk le Page si Jaja nie... hehe

tet.. haha

Ahad, 2 Oktober 2011

Apa, Insomnia... Aku tergolong lagi

..Assalamualaikum..

Hari ni aku nak sentuh pasal INSOMNIA. MUngkin ramai dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu.. Tapi aku akan perjelaskan kepada semua sedikit sebanyak. INSOMNIA nie merupakan masalah tidur yang mana mengganggu pola atau jadual tidur. 

Apa kesan kalau tak cukup tidur?.. Tentulah, rutin harian akan terganggu, masalah emosi, fizikal tidak bermaya dan sebagainya.. Dapat semua.. K, kalau nak tahu lebih lanjut, aku tinggalkan link kat cni untuk korang baca..Terapi Gangguan Tidur

Kenapa la aku dok cerita pasal benda nie kan. Ye lah, aku pun salah seorang dari insan yang mengalami... Dan ramai jugak yang mengalami benda nie kan? Ya @ TIdak.. Korang jawab la, aku x dengar pun

MAsa dok Praktikum n dok kat kampung, aku x da la mengalami, ye la, kul 11.00 malam semua dah masuk tidur, nak borak x da orang, nak tengok tv, banyak ngak iklan. Last2 tido gak.. hahah

Tapi biasa la bila dok kat U kan... kawan tido lambat, kita ikut skali, last2 kelas p mana, korang p mana.. HEhe, ( berdasarkan Pengalaman ).

Cite semalam, x da kerja nak buat so aku melukis de... JOm tengok hasilnya

Berdasar gambaran orang lain..
kenapa saya melukis... Sebab nak tidur pon kena fokus. BIla saya dah melukis, otak jadi relax dan lama kelamaan, tertido.... NIe dari Summary . 

MOga selepas nie korang tidur ngan aman...

ZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZ

Sabtu, 20 Ogos 2011

Akok.. RIndunye...

Salam semua...........

Akok, sapa x kenal? Nie bukannya jenama telefon atau laptok.. APa, kereta? LAgi la bukan... Sengal korang yea... K, mai aku cite...

Akok merupakan benda yang aku suka. Selalunya beli banyak tapi pas 2 buang... Dapat tangkap? x lagi... Haishh.. Nie kuih la.... Aku memang suka makan pastu mula le membuang.. X termasuk dalam amalan membazir.. HAha.. TApi serius, aku memang dok mengidam nak makan nie... Ye la dah lama tak jumpa. KAlau x silap terakhir aku makan masa puasa tahun lepas.. alo la...

Mungkin ramai yang x kenal kuih nie coz selalunya banyak di Pantai Timur je... Akok nie memang sedap dan ada 2 saiz selalunya.... Mai kita view kuih Akok dulu.....

nie bukan akok, sabut kelapa la... UNtuk bakar
dok tunggu nak balik je nie.. GUal Tinggi... NAk g cari Akok kat Lati yang tip top sedapnya.... 

Nie baru Akok....
Ada banyak perisa...
Pe pun... Akok, tunggu aku... nok kelik doh nie.......

Isnin, 18 April 2011

Buang sisa kesakitan ini

Hati.
bertapa engkau telah dilukai
bercucuran darah menitis
terbakar disambar kehangatan jiwa
penyebab diri sensara....

Pedih..
Rasa ini kurasa kembali
dulunya pernah menguasai diri
baru ingin sembuh
tercalar kembali
mengembalikan rasa itu..

Diri...
Mampukah engkau berdiri
semangat tiada disisi
hilang bersama nafas pagi
tinggal engkau sendiri....

Jumaat, 24 September 2010

Dipenjara 14,400 tahun sebab rogol anak

MANILA - Seorang lelaki Filipina dihukum penjara oleh seorang hakim sebuah mahkamah di sini semalam sehingga 14,400 tahun kerana merogol seorang anak perempuannya hampir setiap hari selama lebih setahun.
Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina berkata, tertuduh seorang pemandu beca didakwa memperkosa mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun semasa ibunya berada Hong Kong kerana bekerja sebagai pembantu rumah.
"Inilah kes penderaan seksual terhadap seorang mangsa bawah umur yang paling teruk dalam rekod perundangan kita," kata Guarina dalam penghakimannya yang diputuskan pada awal minggu ini.
Pada mulanya, lelaki itu dihukum mati dengan cara suntikan maut namun dia bernasib baik apabila Filipina memansuhkan hukuman tersebut.
Mahkamah diberitahu, lelaki yang mempunyai tiga orang anak itu mula merogol mangsa di rumahnya selepas isterinya itu berlepas ke Hong Kong pada Januari 2001 dan kejadian tersebut berterusan selama 386 hari. - AFP

Isnin, 16 Ogos 2010

lawk bodoh tapi best

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini candle light dinner dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard SILA DATANG LAGI

Rabu, 21 Julai 2010

Bapak kejam... x leh trime apa yang Allah bagii....

Benci dapat bayi perempuan

Oleh Hadzlihady Hassan

2010/07/22
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian. 

“Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan, mata dan kepala,” katanya.

Sumber itu berkata, sambil membebel kepada isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan.

“Lelaki terbabit turut mengatakan rasa tidak puas hati dan mendoakan supaya bayi berkenaan mati selain mempersoalkan isterinya mengapa tidak melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, isterinya yang tidak tahan perangai lelaki terbabit menghalang suaminya dan cuba melarikan diri bersama bayi mereka ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

“Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kemarahan suaminya apabila dia sekali lagi mengamuk.

“Lelaki itu memukul dan menumbuk isterinya tanpa belas kasihan dan mengurung wanita berkenaan serta bayinya selama tiga hari dalam rumah bagi mengelak dua beranak itu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun dua beranak berkenaan dapat melepaskan diri selepas lelaki terbabit keluar bekerja dan terlupa mengunci pintu rumah.

Ketika dihubungi Harian Metro, wanita itu yang meminta namanya dirahsiakan berkata, kekejaman suami ditanggungnya sejak hamil dan dia kurang pasti kenapa suaminya benci serta marah apabila dia melahirkan anak perempuan.

“Apapun saya bersyukur kerana suami terlupa mengunci pintu rumah. Jadi, saya dan bayi saya dapat melarikan diri ke rumah ibu yang tidak jauh daripada rumah kami,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia membuat laporan polis dan membawa bayinya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Anak saya cedera di beberapa bahagian badan dan ditempatkan dalam wad Hospital Ampang selama empat hari,” katanya sambil memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menjejaki lelaki terbabit yang dipercaya sudah melarikan diri.

sumber: http://www.hmetro.com.my

Selasa, 20 Julai 2010

Keldai terbang ....

  




kesian gila tengok video nie... aku naik role coster pun cam nak tercabut jantung,,, apa la plok haiwan nie yang first2 terbang,,, bengong  la orang baut nie... polis lak  leh nak buat siasatan coz x ada laporan orang awam.... 


Nak turun2.. Nape orang x dengar apa aku katakan... Tolong.. pleazzz

  

Rabu, 7 Julai 2010

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...