nufnang

Jumaat, 13 Ogos 2010

Lesen jual rokok tak jadi 1 Sept.

PUTRAJAYA – Kerajaan semalam menetapkan pendirian untuk tidak menguatkuasakan lesen kepada peniaga yang menjual rokok kepada orang ramai buat masa ini meskipun mempunyai peruntukan untuk berbuat demikian.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat kerana peraturan di bawah Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) 2010 (Akta 692) itu belum dimuktamadkan.
“Walaupun akta tersebut sebenarnya telah dikuat kuasa pada 1 April lalu namun peraturan pelesenan masih belum muktamad.
“Peraturan pelesenan sedang digubal dan kita jangka ia bakal dibentangkan pada Kabinet pada penghujung tahun ini,” katanya pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Jelas Hamzah, kerajaan akan mengkaji segala cadangan pelaksanaan akta tersebut dengan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat termasuk pihak industri.
...................................................................................................................................................................
Entah la... cam dok main tarik tali lak... Benda elok buat la awal-awal.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...