nufnang

Jumaat, 24 September 2010

Dipenjara 14,400 tahun sebab rogol anak

MANILA - Seorang lelaki Filipina dihukum penjara oleh seorang hakim sebuah mahkamah di sini semalam sehingga 14,400 tahun kerana merogol seorang anak perempuannya hampir setiap hari selama lebih setahun.
Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina berkata, tertuduh seorang pemandu beca didakwa memperkosa mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun semasa ibunya berada Hong Kong kerana bekerja sebagai pembantu rumah.
"Inilah kes penderaan seksual terhadap seorang mangsa bawah umur yang paling teruk dalam rekod perundangan kita," kata Guarina dalam penghakimannya yang diputuskan pada awal minggu ini.
Pada mulanya, lelaki itu dihukum mati dengan cara suntikan maut namun dia bernasib baik apabila Filipina memansuhkan hukuman tersebut.
Mahkamah diberitahu, lelaki yang mempunyai tiga orang anak itu mula merogol mangsa di rumahnya selepas isterinya itu berlepas ke Hong Kong pada Januari 2001 dan kejadian tersebut berterusan selama 386 hari. - AFP

3 ulasan:

  1. hahaha.. x berasas lgsung..
    mn la ada manusia blh hidup dlm tempoh masa bgitu pjg!!!!! agak2 la hehehe

    BalasPadam
  2. ade ke hukuman sebegini....hukuman dunia x seteruk balasan neraka yg dijanji Allah....

    BalasPadam
  3. kadang2 orng yang gubal ni gila... cam ne la leh telepas dr tanjung rambutan pas 2 lak layak jadi hakim... x betul dohhh

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...