nufnang

Khamis, 21 Oktober 2010

Sahuka dalam sejarah....


Khar masuk utusan... lalalla

hahahaha.. semlam aku dok buka internet, pas tu jumpa la yang nie.. walaupun dah lama berlalu, tapi still kenangan terindah...

800 pelajar kolej UPSI lakar sejarah
Logo 1Malaysia yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, baru-baru ini.



TANJUNG MALIM 21 Sept. - Lebih 800 penghuni Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melakar sejarah tersendiri apabila logo 1Malaysia yang dibentuk menggunakan botol plastik terpakai mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Logo 1Malaysia berukuran 51 meter panjang dan 21 meter lebar yang dihasilkan menggunakan lebih 75,000 botol plastik terpakai itu diiktiraf sebagai yang terbesar pernah dihasilkan.
Menurut wakil Malaysia Book of Records, Myra Dzaman, pengiktirafan itu diberikan kerana ia merupakan yang pertama seumpamanya melibatkan penghasilan logo 1Malaysia menggunakan botol plastik walaupun sebelum ini terdapat pihak lain mencipta logo terbesar.
"Rekod logo terbesar menggunakan botol plastik terpakai ketika ini hanya sekadar 15 meter panjang dan 12 meter lebar tetapi ia bukanlah logo 1Malaysia.
"Berdasarkan saiz dan keunikannya, Malaysia Book of Records secara rasmi memperakui objek yang dibentuk ini sebagai logo 1Malaysia terbesar menggunakan botol terpakai," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Terdahulu, Myra yang juga wartawan penyelidikan Malaysia Book of Records menyerahkan sijil pengiktirafan rekod berkenaan kepada Pengetua Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, Nor Azman Mohd. Ramli.
Sementara itu, Yang Dipertua Jawatankuasa Mahasiswa kolej kediaman tersebut, Nor'isam Md. Nor berkata, pada setiap tahun, penghuni kolej kediaman akan mengadakan pelbagai program dan kali ini mereka telah bermuafakat untuk menghasilkan logo 1Malaysia terbesar.
"Apa yang membanggakan ialah ia berjaya dihasilkan secara bergotong-royong dan hanya mengambil masa lima hari untuk siap," katanya.
Tambahnya, pengiktirafan tersebut merupakan kejayaan kepada seluruh warga UPSI sekali gus membuktikan tiada yang mustahil sekiranya semua mahasiswa berganding bahu untuk merealisasikan sesuatu yang dapat dibanggakan.


 kcredit to : utusan online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...