nufnang

Ahad, 7 November 2010

Aku salah satu drpnya...


bangga aku.... hihihihihiih.... aku ajar mereka senamrobik...


.................................................................................................................

34 pengawas masuk UPSI


IMPIAN 34 pengawas sekolah merasai pengalaman hidup di kampus direalisasikan apabila mengikuti program Jalinan Mesra Pengawas Sekolah Bersama Mahasiswa di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), baru-baru.
Pengarah program, Nor Mariyah Mat Isa berkata, ia pendekatan baru mampu mencipta kelainan dalam memberi motivasi kepada pelajar belajar bersungguh-sungguh.
Menurutnya, mereka bukan saja merasai pengalaman bergelar ‘mahasiswa’, malah merancang masa depan dengan bijak.

“Program ini satu galakan untuk belajar bersungguh-sung�guh supaya bergelar penghuni menara gading,” katanya.



Program tiga hari anjuran Biro Akademik dan Kerjaya, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) kolej KHAR itu membabitkan 16 pelajar lelaki dan 18 pelajar perempuan tingkatan tiga dan enam dari SMK Seri Jengka, Pahang.


Sepanjang tempoh program, mereka tinggal di kolej dan melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti interaksi bersama fasilitator, membina piramid menerusi kepingan syiling, kerjasama berpasukan menerusi acara lilin dan ‘EXPLORACE’.

Pelajar turut berpeluang mengendalikan Malam Gemersik Suara Merdeka dengan membuat persembahan seperti nyanyian dan mendeklamasi puisi.

1 ulasan:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...