nufnang

Khamis, 30 Disember 2010

Aku terdampai di pantai bergelora...

....Assalamualaikum....

Takkala aku mencalitkan cerita aku dan mereka, mungkin sudah banyak air mata tersejat dek kulitku yang hitam manis.. Bukan aku menidakkan segala apa yang berlaku, namun aku hanya seorang insan biasa yang mengharapkan sesuatu yang sama. Hatiku bergelora dan bergetar dek kepanasan jiwa... Arhhh, aku mungkin x mampu menahannya lagi. x mampu ku berdiri, bagaikan patah kaki tanpa aku sedari....

Masa berdetik setiap tika, aku masih disini bermain dengan dunia yang lara... Kenapa penderitaan mereka menjadi luka kepadaku.. Aku x tahu dan kenapa aku yang rasai kesalahanya... Ku cuba memejamkan mata, namun kesudahan hanya keresahan  yang menyentap setiap enak lenaku di dinihari..

Aku terus dengan jalanku, walau masih banyak berliku, biar lah, aku dah berada disepanjang jalan, jangan berpatah balik, teruskan dan carilah kebahagian di perhujung cerita...

Mengharapkan kebahagian di tengah jalan... Rie, jangan ko mengharap.. Biar ia datang sediri di satu masa dan ketika x kau sedari.................

..SEKIAN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...