..Assalamualaikum..
Hari semalam hari jumaat, aku p la solat jumaat... sampai sna kira dah lewat le... Ye la Khutbah dah mula... K lah, aku memang, selalu cam gini-gini.. Moga berubah ye.. Amin.
Tapi bila sampai je, aku tgk budak buat bulatan n sembang2 plok 2.. nak tegur x leh coz ngah khutbah... So dalam otak ok lah cz budak lagi.. Nanti mak bapak diorang ajar la 2.
Duduk je aku kat Masjid, Nampak le 3 orang lelaki tua, sorang kat atas kerusi n dua bersila depan aku... tetiba je si tua sebelah kiri skali g tegur yang tengah nie.. Pe lagi, cam kedai kopi le masa 2.. dah le Khutbah x dengar sangat, tambahan suara sumbing. So aku x dengar ape n masa 2 otak dah melayang dah... Geram je nak tegur jangan bercakap tapi aku plok yang sia-sia jumaatnya.. hmmm
Motif aku kat cni, Budak2 dah le x tahu upenye org tua pun sama.. Kesedaran kurang upenye masyarakat kita bab agama nie... Aku pun hampir kesitu... Moga aku diberi pintu Rahmat untuk melangkah ke langkah yang lebih baik... Amin3
Nie nak share ayat ckit.. kan kena sebarkan walau sepatah ayat.. Harap berguna dan digunakan...
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ulama berbexa pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat. Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat namun solat Jumaatnya tetap sah. Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.

~ SEKIAN ~
Hidayah perlu dimohon dan diminta, Insya-Allah Allah mendengar doa setiap hamba-Nya. Salam Ziarah dari sahabat yang "jauh di mata".
BalasPadam