Untuk pengetahuan, Golok nie merupakan tempat wajib saya singgah bila balik Kampung. Al maklum le, barangnye murah dan dekat ngan rumah.. Jarak dalam 5 km sahaja.
Bila dengar kes cam nie, rasa ngeri pun ada, tapi dah terlalu biasa dan banyak kes yang tidak dibesar2kan kerana kerap berlaku
Walaupun hal nie berlaku, Orang Rantau panjang dan golok akan melakukan aktiviti seperti biasa pada esok harinya..
KAlau tanya pernah dengar bunyi bom meletup.. Jawapan Ya.. hmm
JOm baca berita yang saya ambik dari Berita Harian
Pernah lalu cni... Arhhh |
SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand): Rakyat Malaysia antara yang dipercayai maut dalam serangan bom yang dilakukan serentak di tiga lokasi berasingan dalam kejadian bom di Sungai Golok malam tadi.
Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Chakapon Phanon, ketika mengulas kejadian berkata, tiga lokasi serangan membabitkan dua hotel iaitu Hotel Parkson dan Hotel Merlin serta sebuah tokong.
Katanya, semua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Sungai Golok.
“Jarak antara kedua-dua hotel yang menjadi lokasi serangan berada tidak jauh iaitu 50 meter. Polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa yang mati atau cedera setakat ini.
“Polis percaya kejadian ini dilakukan puak pemisah. Bagaimanapun, siasatan terperinci akan dilakukan untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu,” katanya.
Pekan Golok menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia terutama di Kelantan untuk membeli-belah terutama pada hujung minggu atau cuti umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan