nufnang

Isnin, 24 Oktober 2011

Narathiwat Thailand.. Kampung aku kena BOm.. 7 mati

..Assalamualaikum..

Bukak Fb pagi nie tengok ada satu tag yang menunjukkan laporan daripada Berita Harian yang menyatakan serangan bom kat Thailand... Berdasarkan gambar, dan laporan.. Tempat yang kena bom nie adalah pasar yang aku shopping pepagi untuk sarapan pagi dan beli keperluan.. 

Plan nak balik 2 3 hari sebelum raya, tapi tengok keadaan dulu cam mana.. Hmmm.

Ramai yang tertanya kan.. Mai le kita baca laporan penuh daripada Berita Harian

BH Online

SEBUAH  pasar raya terbakar sejurus letupan bom di wilayah  Narathiwat, semalam.
SEBUAH pasar raya terbakar sejurus letupan
bom di wilayah Narathiwat, semalam.

NARATHIWAT: Sekumpulan disyaki pemisah Islam menembak mati sekurang-kurangnya tujuh orang dalam siri tembakan dan serangan bom di selatan Thailand, kata polis semalam. 

Petang kelmarin, sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai pakaian wanita dan menaiki tiga trak pikap, melepaskan tembakan di pusat pemeriksaan di Narathiwat yang membunuh dua anggota renjer.
Tidak lama selepas itu, sebutir bom meletup berhampiran pasar raya berhampiran, diikuti bom kedua di sebuah pasar raya lain yang terletak kira-kira 300 meter, menyebabkan kebakaran merebak ke rumah kedai dan mengambil masa tiga jam untuk dipadam.
Polis berkata, mereka menemui dua mayat rentung, seorang pemilik kedai lelaki dan seorang guru perempuan dalam kedai pertama, manakala mayat seorang budak lelaki dan ibu bapanya ditemui di dalam sebuah lagi kedai. 

Tujuh lagi mengalami kecederaan dalam serangan itu, yang berlaku dalam masa setengah jam, terbaru dalam siri peningkatan serangan oleh kumpulan pemisah. 

Wilayah paling selatan negara itu digegarkan dengan konflik sejak lapan tahun lalu yang sudah meragut lebih 4,800 nyawa penduduk Islam dan Buddha. 

Lewat bulan lalu, lebih 12 pemisah menyerang sekolah di Narathiwat, membunuh empat anggota tentera dan mencederakan seorang kanak-kanak. Guru yang bertugas di sekolah awam kerap menjadi sasaran kerana dilihat sebagai simbol kekuasaan kerajaan dan sistem pendidikan dilihat sebagai usaha Bangkok melaksanakan budaya Buddha. 
Penduduk di wilayah berkenaan merungut mengenai diskriminasi terhadap etnik Melayu Islam oleh pihak berkuasa di negara Buddha itu, termasuk dakwaan salah guna kuasa oleh tentera. – AFP 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...