nufnang

Rabu, 5 Oktober 2011

Selamat Ulang TAhun... MAk, aku dah 23 TAhun...

.. Assalamualaikum..

5.10.2011

TArikh nie merupakan tarikh untuk aku. BIla saja tarikh nie menjelma, pelbagai ucapan yang aku terima. Diam tak diam masa terus berlalu dan detik 12.00 malam semalam genaplah aku 23 tahun... Terima kasih kepada yang memberikan ucapan.. Maaf, terlalu banyak, mungkin ada yang tak terbalas.

Orang tua cakap, ko nie dah besar panjang, dulu tengok kecik je, besar tapak tangan bapak ko je... Pikir balik, ada betulnya, dulu aku kecik je..Peristiwa yang aku ingat masa kecil adalah masa p PHuket Thailand, mungkin dalam umur 4 tahun masa 2.. Terimbas semua dalam satu malam.. Hmmm, MOga Allah terus memperkuatkan memori ini.

Mak, aku dah masuk 23 Tahun, dah besar mak. Lebih tinggi dari mak. Cepat kan masa berlalu. dulu mak selalu suap masa makan dari kecik sampai umur 15 tahun. Sedap sungguh air tangan mak. KAdang2 balik kampung, bila mintak mak suap, mak masih begitu... Hmm, rindunya.. TApi mak, aku dah 23 tahun. Boleh ke minta mak suapkan lagi?

Dulu masa kecik mak selalu marah bila aku buat salah.. Kadang2 rasa bosan asyik marah saja, tapi mak, bila dah besar, jarang orang tegur, mula aku rindu akana leteran mak... Dulu mak selalu cerita itu ini, aku suka mendengarnya. Kini biar aku bercerita tentang kita,biar mak dengar luahan hati anak mak nie... Biar mak bangga dengan anak mak yang kini d menara gading.. Doa mak dah termakbur. Terima Kasih mak.

Aku dah 23 tahun. Pas nie aku dah nak masuk alam pekerjaan, aku nak mak duduk saja je di rumah, biar aku membela mak... Besar jasa mak kepada aku.. Tidak pernah mengata tidak kiranya aku meminta sesuatu. Walau aku tau mak juga kesempitan.. Maaf mak kerna menyusahkan... Aku janji akan menjadi anak yang baik.. Doakan aku selalu...


Terima kasih kerana melahirkan aku dan menjaga dengan kasih sayang untuk 23 tahun ini...


Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...