nufnang

Sabtu, 14 Januari 2012

9 hari sebelum aku meniggalkan Bumi Tanjung Malim

Subhanallah

Rupanya dah  3 tahun 1/2 aku di bumi Tanjung Malim nie. Banyak pengalaman dan cerita telah aku lalui. Dari hari pertama pendaftaran masuk yang mana telah dijodohkan ketemu Syidatul Fajar Syawal dan Khairun Nisa yang menjadi sahabat setia sampai ke akhirnya. Melekat plok dengan geng jejaka hensem dan bergaya Wak, Sham, Amri yang juga samapai ke akhirnya. Aku punya sahabat kiranya.


Di sini juga aku mula mengenali erti kepimpinan sebenar. Tapi adakah aku seorang pemimpin? hemmm. Tepuk dada tanya iman orang kata. Bermula dengan menjadi Rexco hinggalah bergelar JMK utk 2 tahun lamanya. Aku mengenali 1001 ragam manusia. Terima Kasih kepada yang mengenali diri dan maaf kiranya ada kilaf dari aku. Al-maklumlah, aku manusia biasa.

Kenapa, aku di sini. Tentulah kerna ilmunya. dalam erti kata sebenar. aku kemari utk mengenali apa itu Pendidikan Khas. dalam bidang ini, banyak pula cabarannya. Terima Kasih kepada Budak Khas. aku bukan yang terbaik untuk kalian semua. Sahabat setia Hafiz dan Hakim yang banyak membantu dalam banyak perkara . Hafiz dalam pelajarannya kerana aku bukan seorang yang pandai dalam pelajaran. Hakim, seorang yang cepat dlm sesetengah perkara. Kerna dia, aku mengenali erti pekerjaan. Tali tinggi, katering dan kerepek menjadi sebahagian bidang aku. 

Hidup bagai tak bernyawa tanpa keluarga di sini. Terima kasih kepada keluargaku JMK empat sidang bermula dari sidang 08/09 hingga 11/12. Walau ada sesetengah daripada kita tidak seakrap mana, tapi bila mana kau menjejaki kaki dalam kelompok ini, kau adalah saudaraku. :)

3 tahun 1/2.. Lama atau cepat terpulang kepada individu. Aku? ianya bagaikan air mengalir dan bagai angin yang bertiup tanpa berhenti.. Cepat memang cepat. 

Kini, dalam masa 9 hari terakhir sbelum munculnya 24 Janiari 2012, aku terus setia di bumi Tanjung Malim, menghabiskan sisa masa yang terus bedetik. Mereka, geng rumah 2-1-6, adik2 JMk, sahabat perjuangan  dan sahabat jalanan. Mereka bersama aku meniti masa yang ada.



Esok, selepas tamatnya masa ini, mungkin jumpa mungkin tidak. Semua sibuk dengan perjalanan hidup masing-masing. Berjumpa yang baru dan pasti sesetengah daripada kamu melupai aku? tepat bukan. Tak apa. memang lumrah kehidupan.  Aku tak pernah menyalahkan setiap apa yang berlaku kerna aku mengalami masalah yang sama.

Diharapkan coretan pagi  ini akan mengingatkan aku kepada kamu. Maaf kiranya aku terlupa kamu di masa akan datang. Sebab? muka kamu dah berubah, dari kurus jadi gemuk, mungkin yang gelap jadi beseri. Siapa tahu. perubahan manusia mengalahkan proses luluhawa yang berlaku.

Ingat aku, Zulhairi Zulkifili. Si tinggi lampai, hitam manis dan yang lain, kamu tentukan. Sekian


Zulhairi Zulkifili
2-1-6
Khar
Tanjung Malim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...