nufnang

Khamis, 12 April 2012

Bersih : Islam sukakan kebersihan

Bismillahhirohmanirrahim. 

Hari ni aku nak cakap tentang keBERSIHan. Nie x da kaitan dengan Bersih 3.0 yang akan diadakan namun mesej dia sama iaitu bebas dari kotoran. 

Apa yang korang faham tentang bersih? Tentu lah ramai yang kata bersih nie banyak iaitu pakaian, tubuh badan, persekitaran dan sebagainya. Tapi, aku nak tanya, berapa ramai yang betul2 menjaga kebersihan.. Hmmm. Ini aku tidak menuduh kepada mana2 individu, Kalau rasa YA, jadi terkenalah anda, kalau TIDAK, ini sebagai perkongsian untuk kebaikan bersama. 


Ok, kenapa aku boleh cakap pasal BERSIH nie, sebenarnya, sepanjang jalan di MALAYsia nie x kisahlah jalan kampung ka, higtway ka, banda ka, semua x BERSIH. Ini kerana sikap tak CAKNA atau berfikir secara pendek segelintir masyarakat tentang cara pembuangan sampah yang betul. Tapi bila topik ini aku cuba bincang dengan beberapa individu, jawapan mereka mudah, katanya ini peluang pekerjaan baru kepada orang yang x da kerja.. Aku akui benda itu, tapi x kan nak tengok anak bangsa kita dok mengutip sampah.. 

Aku ada ambik satu petikan ayat dari blog http://drazwan.blogspot.com. Mari kita baca.


Ok, aku akui benda ini, tapi berapa ramai yang dikategorikan dalam kelompok ini.. Hmm. Ada yang mengamalkan namun bila ke tempat lain atau luar kawasan, nilai2 nie diabaikan. 

Nabi juga menekankan kepada kebersihan. JOm baca petikan yang diambil darihttp://abizakii.wordpress.com

Kebersihan anggota badan, sangat diperhatikan oleh Nabi SAW dan selalu memerintahkan hal itu kepada ummatnya. Beliau disamping mandi, senantiasa mencuci kedua tangannya sebelum dan sesudah makan. Menggosok gigi dengan siwak, menggunting kumis, mengerat kuku dan membersihkan segala kotoran yang melekat di celah-celah anggota badannya. Kebersihan menjadi perintah dan setengah dan ajaran agamanya.

Beliau bersabda: “Allah itu baik, cinta akan segala yang baik, bersih, suka akan kebersihan dan Maha Murah, ,nencintai setiap yang bermurah hati. (HR At­Turmidzy).

Dalam hadis lain disebutkan: “Lakukanlah olehmu kebersihan sedapat mungkin, karena Islam tegak atas dasar kebersihan, dan tidak akan masuk surga melainkan setiap yang bersih.”

Jadi, kebersihan amat ditekankan dalam ISlam, sama2lah kita amalkan..

Sekian dan Salam Jumaat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...