Bismillah
MATI, tiada siapa yang boleh lari darinya. Bila tiba masa, tercabutlah nyawa dari jasad untuk selama-lamanya.
"Kerja bagai kau akan hidup seribu tahun, ibadah bagaikan kau akan mati esok hari"
Andai kamu2 semua mengamalkan ini, pasti hidup diberkati.
..Soalan..
berapa peratus kamu bahagikan kepada dunia dan berapa peratus kamu bahagikan kepada akhirat?
Soalan ini kena jawab dengan akal dan hati.. Kalau guna nafsu, rosak pecaturan.
........................................
Kenapa topik MATI menjadi penulisan aku kali nie.. ? Sebenarnya, ada satu peristiwa yang baru berlaku yang ada kaitan dengan mati.. Semuanya dapat dilihat dengan jelas..
NIe berlaku semalam, dekat umah aku.. kira kenal la Arwah.. baik orangnya.. Meninggal d bulan Ramadhan dan ari jumaat.. MOga dipermudahkan urusannya di alam sana..
Al-Fatihah
...............................................................................................................
Peniaga Nanas Maut Dirempuh Lori Ketika Sedang Berniaga
PASIR MAS: Seorang peniaga nanas maut akibat dirempuh lori tanah ketika dia sedang berniaga di tepi jalan di Km3, Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang dekat sini petang Jumaat.
Mangsa ialah Nik Mariam Nik Ja, 52, dari Kampung Gual Tinggi. Lori itu dikatakan dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Kota Baharu apabila kejadian berlaku kira-kira 1.15 petang.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nasuha Ahmad Mijal berkata, lori itu dilaporkan dipandu dalam keadaan laju dan hilang kawalan sebelum ia terbabas dan merempuh gerai Nik Mariam.
Pemandu lori itu hanya mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan berhampiran, katanya.
Nasuha berkata, pihaknya mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori.
Mayat Nik Mariam telah dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan di kampungnya, katanya. - BERNAMA
............................................................................
Aku dah 3 hari demam, ingat mati adalah wajar...
...Kun Fayakun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan