[B]unga, kini sudah ditanganku. Cantik, indah, wangi dan berseri. Aku menyukainya.Hmmmm, mungkin ini sudah rezekiku....
Siapa si dia?...persoalan dibenakku...
Zulhairi Zulkifili

SERAMAI 30 ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK), Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak menyertai Kem Kepemimpinan Organisasi di Kem Iman D’ Semungkis di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.
Kem tiga hari itu mensasarkan matlamat membina sifat kepemimpinan di kalangan peserta sebagai meneruskan kemantapan sesebuah organisasi pada masa depan.
“Segala aktiviti diadakan penuh dengan cabaran dan kesukaran bagi melatih kekuatan mental dan fizikal peserta.