nufnang

Selasa, 1 Mac 2011

Banyak Juga Khar masuk Paper... Nie masa Karib dulu.....

Harian Metro




UPSI prihatin mangsa banjir







KUALA LUMPUR: Selepas utara tanah air, nasib mangsa banjir di pantai timur kini terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak yang menyerahkan RM3,812 menerusi Tabung Bencana The New Straits Times Press (M) Bhd - Media Prima (NSTP-Media Prima).
Pengarah Program Karnival Insaniah Bestari 2011, Noor ‘Isam Md Noor berkata, kutipan sumbangan diterima daripada pelajar menerusi karnival anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid yang berlangsung pada 13 hingga 16 Januari lalu.


“Menerusi karnival ini, kami dapat menyaksikan sambutan pelajar dan kakitangan UPSI yang prihatin dengan mangsa bencana alam. dengan memberi derma bagi membantu meringankan beban mereka.
“Penubuhan tabung bencana ini adalah tepat pada masanya malah sebagai satu cara pelajar dapat berbakti kepada masyarakat sesuai dengan konsep kemahiran insaniah Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan keprihatinan mahasiswa kepada golongan yang memerlukan,” katanya.


Katanya, tabung kutipan derma mula dilancarkan pada 26 Disember tahun lalu dan berakhir 16 Januari lalu dan hanya dalam dua minggu berjaya mengumpul jumlah itu menunjukkan komitmen semua pihak terutama pelajar keempat-empat kolej UPSI begitu membanggakan.


Sumbangan diserahkan Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Nor Azman Mohd Ramli kepada Eksekutif Jabatan Komunikasi Korporat NSTP, Mohd Rizzuan Abd Razak di Balai Berita, di sini, semalam.


Ni link yang khar pernah masuk untuk program sebelumnya...


Harian Metro..
Berita harian...

Isnin, 28 Februari 2011

Bunga Mawar...



[B]unga, kini sudah ditanganku. Cantik, indah, wangi dan berseri. Aku menyukainya.Hmmmm, mungkin ini sudah rezekiku....



           Walau sekadar bunga, ia cukup untuk nenyerikan bilik empat yang sempit dan suram yang memiliki 1 lampu nusantara dan kipas gantung...



           Tapi, aku perlu menyerahkannya kembali kepada si dia agar lagi berseri dan tidak layu kekeringan..


           Siapa si dia?...persoalan dibenakku...




Zulhairi Zulkifili

JMK KHAR masuk METRO lagi...

Harian Metro



SERAMAI 30 ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK), Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak menyertai Kem Kepemimpinan Organisasi di Kem Iman D’ Semungkis di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.
Kem tiga hari itu mensasarkan matlamat membina sifat kepemimpinan di kalangan peserta sebagai meneruskan kemantapan sesebuah organisasi pada masa depan. 

Yang Dipertua JMK, Nor ‘Isam Md Noor, berkata kem itu meletak sasaran melahirkan mahasiswa serba boleh.

“Kem ini merencanakan pelbagai aktiviti bagi mengharumkan nama UPSI. Ia menjadi tempat menguji semangat dan kekuatan peserta menghadapi pelbagai cabaran.

“Segala aktiviti diadakan penuh dengan cabaran dan kesukaran bagi melatih kekuatan mental dan fizikal peserta.

“Ia juga bagi memupuk semangat bekerjasama serta mendorong antara satu sama lain,” katanya.

Sepanjang program itu, peserta dilatih dengan pelbagai latihan mencabar diri oleh pasukan pasukan fasilitator diketuai Mohd Fadzli Abd Manaf dari Exact Tarining Colsuntant.

Mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti sukar seperti meredah hutan sejauh satu kilometer dalam hujan lebat selain membina kepakaran memasak makanan di tepi sungai.

Peserta yang dibahagikan kepada empat kumpulan turut didedahkan aktiviti menara impian, merunut hutan dan ikhtiar hidup, dinamik kumpulan, komunikasi berkesan dan memanjat dinding.

Turut hadir, Pengetua KHAR , Nor Azman Mohd Ramli.

Kuasa Minda.. Telepati menyerang aku..

 [M]inggu nie pemikiran aku jadi x brape nak betul ckit... Ye betul.. semua gara-gara Kuasa telepati... Ape 2 ? Bisikan rahsia menyengat telinga n meminta tolong untuk dilepaskan....Aku x faham, bukan aku pakai telefon pon, tapi kenape aku leh dengar perkara sedemikian.... Gila-gila


         Tapi, semua Perkara yang berlaku hanya mimpi semata, x ada kaitan dengan realiti hidup aku.. hahahahahaha.. NBie semua karut.. man mungkin aku mampu mendengar suara org lain dlm keadaan sedar yang hanya membisikkan ke telinga tanpa mengeluarkan suara...


          Nie la sebabnya, Buku Detektif Indigo Kembali telah membuat aku jdi cam gini.. Pas baca terus tido hingga aku membayangkan dlm hidup sebenar aku...

           Kalau sape nak tahu lebih lanjut, leh cari buku nie kat Khar mionggu nie... Ye la, kebetulan ada Pesta Buku dan Informasi 2011...  Nak tanya aku, just send pesanan ngan Kuasa minda anda. hahah...

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...