nufnang

Jumaat, 22 Oktober 2010

Terjumpa tentang Rumahku.... 10.10.2008

Empat unit rumah kedai musnah terbakar

 

RANTAU PANJANG 11 Okt. – Empat unit rumah kedai yang terdiri daripada tiga buah bengkel membaiki kereta dan motosikal serta sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Kampung Gual Tinggi dekat sini, petang semalam.
Kebakaran kira-kira pukul 6.30 petang itu turut memusnahkan enam kereta dan empat motosikal yang sedang dibaiki serta melibatkan kerugian keseluruhan bernilai RM150,000.
Pemangku Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Anuar Ali berkata, ketika kejadian, bengkel berkenaan tidak berpenghuni tetapi kedai runcit terbabit didiami oleh pemiliknya.
Beliau berkata, kejadian dipercayai bermula daripada bengkel kereta terbabit dan disedari oleh beberapa penduduk kampung selepas melihat asap tebal serta api yang sedang marak.
“Kita menerima panggilan telefon daripada orang awam kira-kira pukul 6.38 pagi dan keluar dengan dua jentera dengan kekuatan 11 anggota untuk memadam kebakaran itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, anggotanya mendapati api sedang marak dan mengambil masa selama setengah jam untuk mengawal kebakaran itu daripada merebak ke bangunan berdekatan.
Katanya, dengan tindakan pantas anggotanya berjaya menyelamatkan beberapa bangunan berdekatan yang dianggarkan bernilai RM600,000.
rumah aq yang terbakar... sedihnya...




Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kejadian itu dan kerugian dianggarkan bernilai RM150,000.
“Pemilik kedai runcit yang tinggal di premis perniagaannya sempat menyelamatkan diri dan hanya tinggal sehelai pinggang,” katanya








masa nie aku sem 1... sedih sangat masa tahu.. tapi dah leh time dah......

kredit : sempadan.wordpress

2 ulasan:

  1. Yr house ke yg masuk berite ni? sedihnya.. I feel sorry for u, :S

    my jiran pnh rumah terbakar, dpn mata kami la, menangis2x tgok rumah sendiri terbakar :S

    BalasPadam
  2. nie le umh aq.... sedih memang sedih, tapi dah suratan takdir.... Pesanan, jagalah keselamatan... mesti ada langkahnya..

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...