nufnang

Isnin, 13 Disember 2010

KHar masuk My Metro... jom

Harian Metro

KHAR ungguli program budaya


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KOLEJ Harun Aminurrashid (KHAR) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak muncul kolej terbaik sempena Program Kebudayaan 1Malaysia 1UPSI, baru-baru ini.
Program anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan, Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dengan kerjasama kolej kediaman itu bagi memartabatkan kegemilangan pelbagai budaya, selain mencungkil bakat peserta.

Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus UKLK, Samsudin Suhaili berkata, program itu landasan UPSI memperkukuhkan kebudayaan bangsa kepada generasi muda.
"Mahasiswa juga mampu menunjukkan bakat, sekali gus memikul tanggungjawab diberikan," katanya.

Turut hadir, pengetua KHAR, Nor Azman Mohd Ramli KHAR mengungguli pertandingan lagu tradisional, dikir barat dan permainan tradisional, sekali gus menobatkan mereka juara berganda manakala Kolej Ungku Omar naib juara dan Aminuddin Baki ketiga.

KHAR turut mencipta nama dalam Malaysia Book of Records apabila mencipta logo 1Malaysia daripada 75,000 botol plastik terpakai untuk membentuk logo berkeluasan 51 meter panjang dan 21 meter lebar.



Tahniah skali lagi kepada kHar yang berjaya mengharumkan namanya di seluruh Malaysia

3 ulasan:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...