nufnang

Ahad, 6 November 2011

PTPTN akan dihentikan

Satu demi satu berita mengejutkan disampaikan oleh kerajaan.

Selepas nie banyak kekosongan di Universiti seperti zaman dahulu yang mana alasannya tidak dapat menyara dan menampung kos.

Harap boleh dipertimbangkan balik.. PAstikan duit negara mengalir untuk sesuatu yang berfaedah bukannya ke poket sendiri... 




Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional, PTPTN bakal menghentikan pinjaman sara hidup kepada pelajar tidak lama lagi, berikutan kekangan kewangannya.

Sebaliknya pinjaman akan diberikan hanya untuk menampung yuran pengajian.

Perkara itu antara cadangan yang diluluskan ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuarat akhir Oktober lalu dan akan dilaksanakan sekiranya diluluskan kabinet.

Datuk Ismail Said, Pengerusi PTPTN: "Kita sedang membincangkan dengan kerajaan mencadangkan supaya PTPTN pada tahun 2013 contohnya berikan pinjaman yuran pengajian sahaja, duit poket kita cadangkan dengan cara lain."

Datuk Ismail yang juga ahli parlimen Kuala Krau berkata, antara cadangan pinjaman bagi menampung kos sara hidup pelajar ialah melalui dana khas yang diwujudkan oleh PTPTN.

Dana berkenaan hasil sumbangan badan koprat dan pelbagai pihak.

Hingga kini dana khas PTPTN mempunyai 250 ribu ringgit.

Syarikat atau orang perseorangan yang menyumbang kepada dana berkenaan akan diberi pelepasan cukai.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan daripada  http://mynewshub.my mengatakan ianya bukanlah keputusan  muktamad... 

Thank kepada NAzurah Haron coz bagi link nie.. 

1 ulasan:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...