nufnang

Rabu, 16 November 2011

Vietnam #2 : Masyarakat yang pemalu

As salam

Pada siri pertama iaitu sistem pendidikan Vietnam, aku telah menceritakan beberapa kelebihan dan kekurangan. Ari nie aku nak jelaskan pula pasal masyarakat Vietnam terutama di Ho Chi Minh atau nama lama Saigon.

Kalau dilihat dari percakapan, ramai diantara mereka adalah pemalu. Terutama lelaki. hehe. APabila ditegur atau berkomunikasi, kelihatan menundukkan muka.. hahha.. Tapi agak ramah bagi masyarakat ini semasa komunikasi. Rasa seronok melihat budaya sebegini.

untuk PENGETAHUAN semua, Bahasa Melayu juga dilihat sedikit berkembang di Vietnam terutama di kalangan peniaga. Agak mudah untuk urusan membeli belah. Tip kepada rakyat Malaysia yang ingin kesana. Anda diwajibkan untuk membuat tawar menawar barangan sehingga 70 persen. Contohnya barang berharga RM 10, boleh lah ditawarkan bawah daripada rm 6.00.. Amat berbaloi.. Tapi diingatkan, sekiranya harga telah disetujui, anda diharuskan membeli kerana akan berlaku masam muka dan pertengkaran. 

NIsbah motor ngan kereta 10 : 1
Mesra bila ditegur...
promosi 1 Malaysia
Besar, manis dan sedap. Harga ok la..

Ho Chi Minh juga dikenali sebagai bandar motosikal.. Memang banyak gila.. Bayangkan nak lintas jalan, nyawa  cam d hujung tanduk.. Tapi  bila angkat tangan dan berjalan d tengah jalan, mereka akan mengelak. Yang pasti anda berjalan tanpa  berhenti atau berlari... Mula2 buat cam nak terjatuh jantung aku.. Tapi bila dah tau, semua dilalui dengan mudah.. 

SEKIAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...