nufnang

Selasa, 15 Mei 2012

Selamat hari guru

16 Mei 2012

Sapa tau tarikh ini membawa maksud apa? Haha, jangan tak tahu, tarikh ini atau lebih tepat hari ini merupakan sambutan Hari Guru yang mana meraikan para guru yang banyak berjasa dalam penyebaran ilmu.

Guru, satu nama yang cukup dihormati. Sekali anda terjebak sebagai guru, sampai ke mati orang akan memanggil gelaran itu.. Walaupun anda dok umah goyang kaki lepas bersara, guru jugaklah panggilan anda.. hehe

Banyak orang kata menjadi guru ini adalah kerja yang senang, sampaikan ada yang membantah masa kerja yang telah disusun kepada guru.. Ingat, kerja guru bukan sahaja di sekolah, malahan sampai ke rumah, siang mengajar, malam menyemak kerja pulak.. Selain itu, nak jadi guru, bakat yang perlua ada adalah serba boleh. kenapa x percaya?
Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh seorang guru.. Itulah sebabnya dalam doa selalu disebut

 "ampunkan dosa2 ibu bapaku, ampunkan dosa guru2ku"

Kejayaan yang dicapai oleh mana2 individu sememangnya bermula dari seorang guru. Takkan mungkin DOktor megah berdiri di bilik bedah belajar sendiri..


Aku? hmm, selayakknya aku merasakan aku tidak layak untuk dipanggil guru. Entah, kekuatan ITU tiada untuk menghadapi dugaan yang besar ini.. Takut, takut tidak dapat menjadi Guru yang mampu mendidik dengan sebaik-baiknya..

Walau apa pun, Aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah mengajar mana2 individu. Walau anda hanya pengemis, namun anda masih mampu menjadi guru... percayalah... Kadang kala guru terbaik bukannya berada di sekolah namun berada di rumah anda... Terima kasih kepada Ibu Bapa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...