nufnang

Isnin, 16 April 2012

Petua: Hilangkan toksin dalam badan...Toxic no more..

As salam

Wah3, entah apa tah, ari nie pepagi selepas subuh aku update blog.. X da la ngigau tapi belatih x nak tidur pas subuh, rezeki x masuk kan..







Cerita aku nak bawa pagi2 nie adalah aku dah buang Toxic dalam badan aku nie ha. Wah, bunyi cam senang jak.. Sebenarnya, aku try pakai Detox yang di ura-urakan oleh peniaga kedai obat.. So, pakai lah, kira ari nie kali kedua aku tengok hasil dia... Jom tengok
Arie pertama pakai

NIe arie kedua plok

Wah, cam ne, mesti ramai yang geli kan... BIla bukak je benda nie, bau herba pon merebaklah kat dalam kelambu jap..  Produk nie nama dia Detox.. Memang fungsi dia nak buang Toxic pon...
nie gambaran dia.. haha.. Sapa nak boleh la dicuba yea...

Dah pakai nie, rasa ringan jak badan.. 1 lagi, kalau dah pakai nie, boleh le mula jaga makan, behenti merokok dan sebagainya sebab, bawah buang atas masuk.. hahah

NIkon ke Canon


Bismillah..

Rupanya susah nak buat keputusan yea... Walau dah lama dok pegang dslar nie ( orang punya ) tapi jadi kompius bila nak beli.. X tahu yang mana terbaik. Bukan lah Dslr 2, tapi terbaik untuk aku nie.. Ye lah, kira baru nak belajar kan.. 

Bajet x besar mana pon, RM2 k je so x leh nak memilih sangat.. hmm.. OK lah, dengan bajet sebanyak nie, jenis apa yang aku boleh ambik? Kalau dok survey2, Nikon d3100 n Canon 1100 d je lah yang sesuai.. Ke ada lagi?, x tahu la pulak... 
Yang mana satu? adoi yaiii

SO, sapa2 la yang pakar bab nie boleh le dikongsi bersama aku kat cni.. Dah baca dah kat banyak2 blog lain, tapi x puas hati lagi sebab banyak benda x faham.. hahahah

HArap keputusan aku buat sebelum bulan 5 nie coz dah nak p beli.. 

Sekian



Jumaat, 13 April 2012

Kedai Ariey kini dibuka

Alhamdulillah

Nampaknya kesempatan ini aku mula nampak jalan untuk mengurangkan kes pengangguran di Malaysia, dengan terbukanya Kedai Ariey iaitu secara online.

Apa yang istimewanya? Pastinya barangan adalah diimport dari luar negara dan harga yang ditawarkan amatlah berpatutan. Barang2 terdapat pelbagai jenis. jadi bagi yang berminat boleh terus ke facebook Kedai Ariey untuk melihat sendiri barangan yang ada. Antaranya seperti berikut:


Jersi bola dalam negara dan luar negara.. Semua ada... Kalau x ada dalam katalog, boleh bagi contoh gambar atau link untuk tempahan.


Made Thailand, kreatif.. Sapa berminat juga boleh tempah, ada banyak pilihan warna.


Kelambu pon jual. hahaha.. kira barang2 lain juga boleh ditempah, syaratnya mudah, bagi contoh gambar dan aku akan try cari..

terus ke kedai, jangan berlenggang lagi.. Cepat2..

Khamis, 12 April 2012

Bersih : Islam sukakan kebersihan

Bismillahhirohmanirrahim. 

Hari ni aku nak cakap tentang keBERSIHan. Nie x da kaitan dengan Bersih 3.0 yang akan diadakan namun mesej dia sama iaitu bebas dari kotoran. 

Apa yang korang faham tentang bersih? Tentu lah ramai yang kata bersih nie banyak iaitu pakaian, tubuh badan, persekitaran dan sebagainya. Tapi, aku nak tanya, berapa ramai yang betul2 menjaga kebersihan.. Hmmm. Ini aku tidak menuduh kepada mana2 individu, Kalau rasa YA, jadi terkenalah anda, kalau TIDAK, ini sebagai perkongsian untuk kebaikan bersama. 


Ok, kenapa aku boleh cakap pasal BERSIH nie, sebenarnya, sepanjang jalan di MALAYsia nie x kisahlah jalan kampung ka, higtway ka, banda ka, semua x BERSIH. Ini kerana sikap tak CAKNA atau berfikir secara pendek segelintir masyarakat tentang cara pembuangan sampah yang betul. Tapi bila topik ini aku cuba bincang dengan beberapa individu, jawapan mereka mudah, katanya ini peluang pekerjaan baru kepada orang yang x da kerja.. Aku akui benda itu, tapi x kan nak tengok anak bangsa kita dok mengutip sampah.. 

Aku ada ambik satu petikan ayat dari blog http://drazwan.blogspot.com. Mari kita baca.


Ok, aku akui benda ini, tapi berapa ramai yang dikategorikan dalam kelompok ini.. Hmm. Ada yang mengamalkan namun bila ke tempat lain atau luar kawasan, nilai2 nie diabaikan. 

Nabi juga menekankan kepada kebersihan. JOm baca petikan yang diambil darihttp://abizakii.wordpress.com

Kebersihan anggota badan, sangat diperhatikan oleh Nabi SAW dan selalu memerintahkan hal itu kepada ummatnya. Beliau disamping mandi, senantiasa mencuci kedua tangannya sebelum dan sesudah makan. Menggosok gigi dengan siwak, menggunting kumis, mengerat kuku dan membersihkan segala kotoran yang melekat di celah-celah anggota badannya. Kebersihan menjadi perintah dan setengah dan ajaran agamanya.

Beliau bersabda: “Allah itu baik, cinta akan segala yang baik, bersih, suka akan kebersihan dan Maha Murah, ,nencintai setiap yang bermurah hati. (HR At­Turmidzy).

Dalam hadis lain disebutkan: “Lakukanlah olehmu kebersihan sedapat mungkin, karena Islam tegak atas dasar kebersihan, dan tidak akan masuk surga melainkan setiap yang bersih.”

Jadi, kebersihan amat ditekankan dalam ISlam, sama2lah kita amalkan..

Sekian dan Salam Jumaat.


Selasa, 10 April 2012

Kamera Lomo

..As salam..

Korang ingat x masa kecik2 dulu bila p berkelah atau ada keraian pasti orang tangkap gambar kan.. Kamera dulu x sama cam yang skarang yang dah pakai kad memori,

Kamera dulu just pakai kodak je yang mana boleh tangkap gambar MAKSIMUN 36 je rasanya... Hehe, Kira nak tangkap pikir dua tiga kali takut ambis kodak.. Last aku pakai rasanya masa kat PLKN 2006. Lepas tu dah x JUmpa dah sampailah semalam. 

Hari nie aku jumpa kembali walaupun secara Online je.. Perh, kira ada promosi sampai 75%.. Dah gatai tangan aku nak membeli nie.. Tahu harga selepas potongan berapa? Hanya RM 25 je.. x caya pe kat link 
bawah

Harap dapat le satu coz nak beli tadi but Maybank2u ada masalah plok... 

SEKIAN

Selasa, 3 April 2012

Buku Pilihan : Travelog Wartawan Islam

Assalamualaikum

Hari nie aku nak berkongsi sebuah buku dengan pembaca sekalian.. Tajuknya adalah seperti di atas.

Buku ini mengisahakan pengalaman yang dialami sendiri oleh Roslan Hamid iaitu penulis buku ini. Buku ini mengisahkan suka duka yang dialami dalam dunia kewartawanan. 

Sebagai seorang wartawan yang beragama islam, banyak benda yang perlu dititik beratkan semasa melakukan tugas. kadang2 ia menjadi sukar kerana tugasan ini mengganggu masa beribadat seorang muslim. Selain itu juga, penulisan cerita juga memberi cabaran yang berbeza kerana harus mengikut warga atasan walaupun berita itu melanggar hak seorang muslim.

Kerja merupakan satu ibadah, silap pecaturan, kerja itu boleh menjadi saham ke neraka.. Kenapa, bagaimana. UNtuk mengetahui lebih lanjut, sila dapatkan buku ini.

Melalui pembacaan aku, agak menarik yang mana menjelaskan tentang konsep kerja menurut islam, cabaran yang perlu dibawa oleh seorang muslim dalam setiap pecaturan yang dilakukan. Bagaimana mengatasi bos yang berkuasa Veto dan apakah tindakan yang perlu dilakukan. Sebenarnya pembacaan aku belum tamat. Jadi untuk tahu lebih lanjut, dapatkan. Insyaallah mampu membantu anda dalam menghadapi cabaran kerja...

Isnin, 2 April 2012

sEMANGAT sEMUT DALAM BEKERJA

Assalamualaikum

Semalam aku telah belajar sesuatu daripada semut.. Sungguh, mereka atau haiwan kecil ini telah mengajar aku tentang kepentingan kerjasama dalam bekerja.

2 hari aku membuat pemerhatian terhadap semut dengan memberikan sedikit makanan. Allah, aku terpegun melihat semangat kerja yang ditonjolkan oleh mereka. Tiada kepentingan kepada diri sendiri tetapi kepentingan untuk keluarganya atau keluarga semut. Caranya mudah, sedikit makanan telah aku letakkan di laluan semut yang keluar bekerja. Subhanallah, sekejap sahaja semut2 lain telah datang untuk membantu untuk membawa makanan pulang.. Walaupun makanan itu besar, namun bebanan dipikul bersama.. tak sampai 2 jam, semua habis dibawa pergi.


Aku membandingkan situasi semut dengan situasi manusia masa kini.. Masyaallah, jauh bezanya, kita
( manusia ). Terlalu banyak kepentingan kepada diri sendiri tanpa memikirkan saudara2 kita yang lain. 

Jika masyarakat kita x dapat mengambil semangat kerja semut, tak lama lagi, tergadai negara dek kerana sikap pentingkan diri sendiri.. Hari ini, umat islam bergaduh sesama sendiri dan ada menolak kebenaran islam demi kepentingan politik. Sungguh, aku sedih melihat hal ini dan kadang kala aku malu dengan sikap segelintir masyarakat kita yang sanggup butakan mata, telinga dan hati bagi memuaskan nafsu sendiri...

Akal diberi untuk berfikir baik dan buruk sesuatu tindakan.. jadi, fikirlah...

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...