nufnang

Rabu, 30 November 2011

Aku sibuk arh.. Jangan Kacau leh tak...

Kenapa nie.. Jangan Marah bro..

Hahahhaa, saja bagi panas.. Maap le, x sempat2 nak mengupdate blog coz minggu nie minggu sibuk sebagai pelajar d Universiti Pendidikan Sultan Idris.. 


Ye la, dah dekat akhir nie, semua xsigment nak kena submit, jadi seibuk memanjang.. Memang burung hantu arh, berjaga sampai subuh.. Hehe

Burung hantu berjambang

Tapi masalahnya, xsigment x da la bergerak mana.. Sampingan banyak sangat.. DUGAAN, moga aku dijauhkan dari godaan setan....

Kalau nak ajak p mandi sungai ka apa ka, maap le yea, memang x sempat nak p la.. Tapi tengah bulan 12 kita ronda satu Malaysia k...

Mood
x da la sampai cam nei.. sempat le kalau nak karaoke.. kiki
Jom le buat keje semua.. Yang x da keje cari la keje k... Tetet

Ahad, 27 November 2011

Sungai Bil.. Sejuk airnya, Hijau kawasannya..

Assalamualaikum..

Punya nak sambung cerita, lepas pergi PDK Khamis minggu Lepas, masa balik aku n the geng tersinggah le kat Sungai Bil. Mula ingat nak p Kalumpang, tapi sayang, jalan x sehaluan la katakan. Huhu

Sungai Bil kalau x silap aku terletak antara Behrang n Slim River. Hmm, x da la jah sangat sebenarnya dengan Tanjung Malim.

Lain tempat lain suasana dan best le dapat p Sungai Bil untuk sejukkan kaki.. hehe


Sejuk dan nyaman kalau tengok kan.. ahha best ngak eh..
Tapi bila nak balik, jumpa plok menatang nie.. Lagi sedak wei.. haha


Bapak mahal.. sekilo RM4.00 tapi layan je la.. hehe

Jumaat, 25 November 2011

Budak Khas: Semalam D'KFC

kok, kok, kok...

Dengar x? x.. hmmm.. memang le, sebabnya ku tulis.. hahaha

K, semalam aku p le makan KFC ngan Budak Khas ( bakal Cikgu ) hehe.. Melayan jak le kejenya.. 

Tapi kecewa, bagai semua x kena ngan makanannya.. Hmmm Tempat... Tet.. 

Melayan menatang nie.. sluppp.. eh, ada oreo. haha
K-pop ka pa... 
Muka kemasinan.. auhh...
Insan yang x kesah masin ka apa ka.. layan jak orangnya
Nie le geng2 yang datang.. Ada lagi dua orang diasingkan ke kelas VIP.. huhu

KOmen prestasi kfc xxx

Khamis, 24 November 2011

FB: Heliza balas la.. Tet..

cam x da kerja dah aku nie..

Haha, kan ari 2 aku jumpa Heliza masa p PDK ( Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ) Trolak.. Dah sampai umah aku pon tgk le Page si Jaja nie... hehe

tet.. haha

Impian: kerja, kawin, keinginan..

As salam

Sebut kata impian, pasti korang punya juga kan.. Tapi lumrah hidup bagi manusia sama seperti apa yang dinyatakan diatas.. x gitu semua..

Kerja merupakan faktor penting bagi menyokong semua impian. x kerja, x da pitih, x da la nak kawinnye.. Pas 2 keinginan pon x da le termakbur coz x dapat nak beli.. hahah..

Aku, insyaallah akan menjadi seorang cikgu dan mungkin dalam masa yang sama sebagai seorang ahli perniagaan.. Moga dipermudahkan semua urusan...

Tapi bila umur dah meningkat dewasa nie.. Impian yang selalu dok mencucuk kat otak adalah Kawin.. Haha. aku punya le dok teringin, tapi lum jodohnya kot. jadi terus lah menanti sebab tiba masanya akan termakbur jugak.. Amin..

Kes dok kemaruk, aku pon amik le gambar ala2 kawin gitu.. MOdelnya just jari aku jak.. haha.. Jom tgk..

 haha.. memang x da kerja dah aku nie... 

Tapi impian perlua bagi memastikan kita hidup   tanpa sia sia..

Keinginana? banyak sangat.. Tapi lebih kepada kehendak berbanding keperluan.. perlu difikirkan balik..

Penuhi Impianmu sahabat..

Kemas bilik: Gila ah

semua

Ari nie kesnya apa, BORING.. haha

Aku pon x da kerja, jadinya aku pon mula la cari kerja.. Dr masak telur, makan nasik n pas tu barulah masuk ke tajuk utma iaitu kemas bilik. haha

Situasi agak bercelaru juga selepas menurunkan segala barang dari rak dan simpanan lain.. Memang MALAS gila nak buat tapi atas dasar tanggungjawab kepada diri dan roomate serta housemate, jadi aku memperkasakan diri untuk memastikan semua dalam keadaan terbaik.. 

Jom tengok SEBELUM dan SELEPAS.. haha

Sebelum.. alamak...
Selepas.. Selesa ckit buat keje n taik mata.. haha

Amacam.. haha, sapa kata aku x leh buat keje... Pas jak abis kemas bilik.. sambung lagi sambung baju... heheh

Moga berterusan begini la yea.. rajin je selalu.. lala

Sekian..

Rabu, 23 November 2011

BUDU, makan kenyang x rasa..

BUDU, BUDU

Kalau jenama nie memang famous le di pantai timur terutama di Kelantan. Kalau x da Budu masa makan cam x lengkap hidangan.. Tapi kalau x da lauk pauk takpa, asalkan ada Budu + nasi panas + ulam2.. Memang selera besar ah..

Tetapi kenapa aku dok bercerita pasal Budu Plok kali nie? haha, ceritanya begini.. Umah aku skarang nie ada le 8 orang, 1 Kelantan (aku le nie ) 2 Ganu, 2 Kedah, 1 Pinang, 1 Pahang n 1 Johor.  Bila makan je, kuarkan sebotol Budu.. Bayangkan leh tinggal 1/4 je skali makan... Memang bajit lari arhh.. Haha

Nasib baru2 nie Raya Haji, balik le kampung jap.. Aku pa lagi, bawa le 1/2 dozen Budu = 6 Botol.. Tapi, dok 2 3 hari pas 2, budak ganu datang bawa plok 1 dozen Budu =12 botol.. Haha.. Ah, brapa botol semua.. acu kira.. haha

Megah berdiri hingga ke pesada antarabangsa..
 Paling best kalau nak makan budu adalah bila diletakkan asam limau nipis, bawang merah dan cili.. perhhhh, terketat lutut nie.. jeliur datang tetiba. hahaha.

Apa, faedah makan budu.. ok lah kepada pembaca yang makan budu atau yang baru nak mencuba, budu nie banyak khasiatnya.. klik cni untuk tau lebih lanjut


NIE BUDU  KEGEMARAN AKU.. ALO LA.. SEDAP TOOOUU

Jom makan budu.. dah sampai LONDON doh barang nie.. haha

SEKIAN 

PDK Trolak: Eh, Heliza Helmi pon Ada...

Assalamualaikum. 


Pagi tadi aku p la PDk Trolak untuk menyiapkan xsigment tertunggak..3 orang jak yang pergi coz yang lain post pon next week. Mula nak bertolak sudah diinfo bahawa RTM Crew ada kat sana.. Biasa la 2.. 

Sesampainya kat cna, Tengok suasana agak meriah, aku buat slama dog je la.. Masuk kekelas, tetiba mata terfokus seseorang.. Eh, bukan HELIZA ka 2? Hmm.. Tengok bebetul, a'ah betul la... hehe

Apa yang aku buat, X da le dok melompat cam beruk leh bunga... Heheh.. Semua orang dok sibuk, so aku pon menyibukkan diri jugak melayan bebudak PDK nie.. Last skali aku pon Berborak le ngan Cik Heliza nie.. Agak peramah orangnya, mesra plok 2.. Like le sikop ko Jaja.

bersama budak PDk Trolak
Tenaga kerja PDk
Itulah dia cerita kat PDK.. Orang Kata Apa rezeki Tersepak.. hahaha.. Aku, x dak ka.. Sebagai kenangan dan bukti, inilah dia yang gambar nie asli dan tulen.. 

Just sebagai kenangan.. 

Selasa, 22 November 2011

Pembukaan Blog Baru.. Moga dipermudahkan Perjalanannya...

Sebenarnya dulu aku pernah buka blog Ana Ibnu Zulkifili tapi perjalanan hanya sekerat jalan.

Kini aku bukak balik bagi berkongsi dan belajar akan Agama Allah.. Moga dapat jadi rujukan aku dan kawan2 semua dalam memperkasakan agama Allah..


Blog aku yang lain dah delete la.. bukan apa, ada benda yang x brape sesuai.

Sekian..

Isnin, 21 November 2011

Angry Bird : DAMM.. hahaha

Orang matematik mungkin pernah terfikir benda alah niekan.. haha

kredit : trust mestore

Ahad, 20 November 2011

Judmental : aku suka mesej Mat Lufti.. Kena ngan budak umah aku... haha

Assalamualaikum.

Bukan apa, aku penah gak dok terfikirkan masyarakat kita yang berfikiran cetek dalam benda2 tertentu dan terburu-buru dalam m'bt andaian.

Bukan pa, mengikut pengalaman dari sekolah sampai le skarang, bila jak aku nak praktis cakap orang putih, ramai plok dok kata aku dok tergedik2.. ??? Motif sangat.. Tapi aku bukan jenis cepat mengalah, teruskan je la, sebab nak belajar.. Ada betul..

Kalau boleh, berilah peneguhan yang positif ckit.. bukan nak merendahkan bahasa kebangsaan tapi kalau tengok kat Malaysia skarang pon, nak masuk kerja kena speking orang putih. Pas satu lagi, bila ORANG LUAR NEGARA datang mai cni, terkinjal2 nak balas kalau ditanya.. Selalunya ayat cam nie

 "U GO STRET, N DONN'T KONA2"

hmmm....

Moga pas nie ramai le leh ubah sedikit tanggapan terhadap sesuatu perkara.. 

Jom melayan video si MatLufti nie.. ada mesej d'c2



Katering : Bila darah Mamak Kawin

Wau. Meriah.. Lagu x da langsung sama dengan melayu punya style.. Haha.. Semua lagu hindi.. Sampai aku yang kerja nie leh bergedik2 bila dok kerja. 

Kali pertama tengok selain daripada melayu kawin, agak meriah dan berlainan suasananya.. Kalau melayu just ambik seketul ayam, depa bantai sampai 4 ketul. Hahaha tapi dek kakak, masa majlis berlangsung, semua datang perhhh, hidung terdongak2 ke depan semuanya.. Wau...

Pretty Zenta, Kajol, salman khan segala spesis hindi leh tengok masa 2.. Perh... Dengan pakaian tradisional, memang meriah majlisnya.. haha

buat d teluk intan
Add caption
baju pengantin popuan dianggarkan rm 3000.00.. beli kt india...
dr sekolah dok minat kete nie... 

2-1-6.. Makan2 d Proton City

MAlam dah nie.. aloo

Nie bukan pa, orang umah p TF tadi.. Apa 2? menurut sham, 2 adalah Mid Valley Tanjung malim.. Haha.. Agak relevan kalau diikutkan akal.. Al maklum la, Mydin x siap lagi.. Yang x pernah pergi xcited le nak melihat rupanya... haha

Dah abis bershopping bergerak le ke Tasik Proton.. ah, nak jadikan cerita masa nak berkelah, insan mana tah yang bergelar manusia x ambik barang masa bayar tadi.. alo la.. Terpaksa la ambe ( ajuk mazlie ckp ) n Wak berpatah balik ke sana.. Haish se men.. 


  

Sesampainya d sana, cam bawa anak-anak plok g makan reramai kat tasik proton, haha, happy family katakan... melatak la pelbagai juadah yang beli tepi jalan.. lalala

Sabtu, 19 November 2011

Muhyiddin tak patut hina graduan UPSI

Bukan nak timbulkan kemarahan ataupun pergaduhan. Tapi ulasan yang dikeluarkan oleh Nasir Zakaria di harakahdaily ada benarnya..

Aku bukan apa, kesian tengok abang2 dan kakak2 yang  dah lama abis blaja tapi dok umah je.. Buat kerja kampung... Nak minta kerja tapi sijil bukan open market, just layak jadi guru jak..hmm..








------------------------------------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR, 16 Nov: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya menghina para graduan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan mengeluarkaan kenyataan yang mencadangkan mereka mencari pekerjaan lain.


Sebaliknya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sewajarnya mengambil usaha membantu menyelesaikan masalah penempatan mengajar kepada mereka.


Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, para graduan UPSI terbabit berjumlah 5,000 orang dan kesemua mereka adalah lulusan ijazah sarjana muda perguruan.


Menurut beliau, kesemua mereka sepatutnya sudah ditempat mengajar di sesebuah sekolah, tetapi sehingga kini masih menerima nasib tidak menentu, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima nasib sedemikian.


Katanya, bagi mendapatkan perhatian pihak kerajaan, mereka telah mengadakan demonstrasi di UPSI baru-baru ini, tetapi masih belum mendapat tindakan yang sewajarnya dari pihak kerajaan.


"Timbalan Perdana Menteri mencadangkan agar mereka mencari kerja lain. Ini jelas merupakan penghinaan terhadap graduan-graduan UPSI," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.


Namun dalam masa yang sama, menurut beliau, guru-guru tanpa ijazah pula diberikan keistimewaan oleh pihak kerajaan dengan diberikan peluang penempatan mengajar dengan sewajarnya.


"Jadi saya minta Kementerian Pelajaran lihatlah isu ini dan selesaikan dengan baik dengan segera," katanya.


Sementara dalam perkembangan lain, beliau mendedahkan 24 orang pelajar di Kuala Nerang, Kedah telah mengalami masalah setelah minum Susu 1.Malaysia baru-baru.


Daripada jumlah itu, katanya, 8 orang telah mengalami masalah serius sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Nerang.


"Saya difahamkan, Susu 1Malaysia itu diberikan kepada semua pelajar di seluruh negara. Diharap pihak kementerian menarik balik bekalan Susu 1Malaysia di sekolah-sekolah kerana ia tak baik kepada kesihatan," katanya.


Beliau turut meminta Kementerian Pelajaran memberikan perhatian terhadap masalah keciciran para pelajar dalam pelajaran kerana sehingga kini jumlah mereka yang terbabit agak tinggi.


Tambahnya, sejak tahun 2006 hingga 2010, bilangan para pelajar yang tidak meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di seluruh negara berjumah 80,000 orang.


Beliau turut kesal kerana jumlah para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara sehingga kini masih rendah iaitu  hanyalah sebanyak 29.7 peratus.


"Jadi saya minta kepada pihak kementerian agar memikirkan bagaimana boleh dipertingkatkan lagi jumlah para pelajar menyambung pelajara ke Institusi Pengajian Tinggi," ujar beliau.

Rabu, 16 November 2011

Vietnam #2 : Masyarakat yang pemalu

As salam

Pada siri pertama iaitu sistem pendidikan Vietnam, aku telah menceritakan beberapa kelebihan dan kekurangan. Ari nie aku nak jelaskan pula pasal masyarakat Vietnam terutama di Ho Chi Minh atau nama lama Saigon.

Kalau dilihat dari percakapan, ramai diantara mereka adalah pemalu. Terutama lelaki. hehe. APabila ditegur atau berkomunikasi, kelihatan menundukkan muka.. hahha.. Tapi agak ramah bagi masyarakat ini semasa komunikasi. Rasa seronok melihat budaya sebegini.

untuk PENGETAHUAN semua, Bahasa Melayu juga dilihat sedikit berkembang di Vietnam terutama di kalangan peniaga. Agak mudah untuk urusan membeli belah. Tip kepada rakyat Malaysia yang ingin kesana. Anda diwajibkan untuk membuat tawar menawar barangan sehingga 70 persen. Contohnya barang berharga RM 10, boleh lah ditawarkan bawah daripada rm 6.00.. Amat berbaloi.. Tapi diingatkan, sekiranya harga telah disetujui, anda diharuskan membeli kerana akan berlaku masam muka dan pertengkaran. 

NIsbah motor ngan kereta 10 : 1
Mesra bila ditegur...
promosi 1 Malaysia
Besar, manis dan sedap. Harga ok la..

Ho Chi Minh juga dikenali sebagai bandar motosikal.. Memang banyak gila.. Bayangkan nak lintas jalan, nyawa  cam d hujung tanduk.. Tapi  bila angkat tangan dan berjalan d tengah jalan, mereka akan mengelak. Yang pasti anda berjalan tanpa  berhenti atau berlari... Mula2 buat cam nak terjatuh jantung aku.. Tapi bila dah tau, semua dilalui dengan mudah.. 

SEKIAN


Selasa, 15 November 2011

BIla senjata d Tangan, aku mula menembak...

Hahaha, Tajuk entah apa-apa. 

Apa yang aku mksudkan dengan senjata? Sebenarnya ada 2 iaitu kamera dan laptop.. hehe... Kena ngan jiwa kalau ambik2 gambar nie.. Tapi sayang, kamera pinjam jak.. heheh. Yang penting sempat la merasa....

Apa yang ditembaknya, mana mangsanya? oit... nanti la.. mai aku tunjuk... lala






Isnin, 14 November 2011

Vietnam #1 : Sistem Pendidikan

Assalamualaikum

Aku sebenarnya baru balik dari Vietnam melalui program Kembara Ilmu ke Ho Chi Minh Vietnam yang mana mendekati sistem pendidikan yang disediakan disana. 

Pemantauan dan peninjauan yang dilakukan membabitkan 3 peringkat iaitu sekolah rendah, menengah dan universiti. Kalau dibandingkan dengan Malaysia, kemudahan dan infrastuktur yang disediakan di Malaysia lebih10 tahun kehadapan berbanding disana ( penilaian aku sendiri )

Penekanan dalam bidang It diberikan bermula d sekolah rendah lagi
Mesra, menghormati dan mematuhi
Kreatif semasa mengaja.. BBM amat diperlukan
Semangat Komunis yang tinggi
Jadual persekolahan juga berbeza yang mana pelajar akan belajar dari awal pagi hingga ke petang seperti mana pekerja d pejabat.. Amat memenatkan kalau difikirkan kembali. pada masa rehat tengahari, pelajar dibenarkan kembali kerumah atau kemana sahaja dan akan memasuki semula ke sekolah jam 2.00 petang hingga tamat sekitar 6.00 petang.. Wau, bila aku dengar berkenaan ini, amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia

Ruangan yang terhad.. Namun digunakan sebaik mungkin... Setiap Kelas menggunakan P.A sistem kerana keadaan yang bising
Pengajaran yang mengikut standart

Bagaimana pula d Universiti. Lawatan aku adalah ke University of Pedagogy iaitu berlandaskan Pendidikan. Agar sukar untuk memasuki Universty kerna selepas tamat pengajian setaraf dengan stpm, hampir 1 juta pelajar akan menduduki peperiksaan bagi memasuki universiti.. Namun hanya sekitar 40 ribu sahaja yang diterima. Kebanyakkan mereka adalah yang paling hebat dari 1 juta yang mencuba.

Walau kurang, keinginan masih ada
Kebudayaan diberikan penekanan
Kami lawan dengan JUara bola tampar keseluruhan universiti d Vietnam.. glup... haha
Wakil Malaysia.. alahai... Bedal je lah.. Seminggu je buat latihan..
Jalinan dua negara

Suasana pembelajaran di sana agar ketinggalan terutama di Universiti. Di Upsi misalnya, kita merungut kerana  belajar dalam rumah kedai dan akan mengeluh sekiranya penghawa dingin rosak. Namun disana bilik kuliah hanya setaraf dengan kelas sekolah menengah Malaysia yang memuatkan hampir 40 orang atau lebih pada sesuatu masa. Hanya menggunakan kipas sahaja. Sesi pembelajaran juga agar padat berbanding kita yang belajar sekitar 20 jam seminggu.

Apa yang istimewa tentang pendidikan disana, pelajar begitu menghormati guru yang mengajar. Selalunya kita mendengar dari orang tua yang mengatakan zaman dulu guru disanjungi.. Itulah suasana di Vietnam. 

Bagi warga pendidik disana, mereka tidak hanya mengajar di sebuah sekolah sahaja namun akan bertukar sekolah setiap hari.. Agar sukar sebenarnya.. COntoh hari nie di sekolah Ibrahim, esoknya d sekolah Husin... Begitu la caranya.

Ulasan tentang pendidikan disana adalah lebih berkesan berbanding Malaysia. Walaupun kekurangan alatan dan suasana kurang selesa, namun, kesungguhan yang ditunjukkkan untuk maju adalah amat tuinggi.. Amat berbeza dengan Malaysia yang hanya kesekolah kerana terpaksa...

Sekian

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...